Saturday, July 10, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dan bincangkan dua drpd 8 'kesalahan' 'Islam Jama'ah' menmgikut pandangan JAIS dan JMNS, iaitu pertama tentang isu 'bai'at' dan kedua tentang isu Islam yg haq itu apa dia. kali ini kita sambung lagi perbincangan kita meneliti 'kesalahan ke-3' pula.

3. Amir sebagai sumber hukum

JAIS dan JMNS menyebut bahawa kumpulan 'Islam Jama'ah' menyatakan bahawa semua sumber hukum dalam kumpulan itu adalah bersumberkan Amir (i.e. Imam atau pemimpin kumpulan tersebut). Kalau kata-kata JAIS itu benar, maka benarlah 'Islam Jama'ah' sesat. Tapi, jika setelah kita teliti perkara ini, kalau kita dapati kenyataan JAIS/JMNS itu tidak benar, yakni suatu fitnah, maka JAIS telah melakukan suatu dosa yg besar. Dan, pegangan 'Islam Jama'ah' adalah benar, kerana kumpulan itu berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum dalam Islam.
Kita teliti apakah ajaran 'Islam Jama'ah' itu menepati ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa: Wahai orang yg beriman hendaklah kamu sekelian taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan 'ulil amri' di kalangan kamu, dan jika kamu sekelian berselisihan faham atau berbantah atas sesuatu perkara (mengenai Islam dan syariatnya) maka kembalilah kamu merujuk kpd Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan merujuk kpd Rasulallah (s.a.w) (i.e. kepada as-Sunnah) jika adalah kamu sekelian orang yg beriman dgn Allah (a.w) dan beriman dgn hari akhirat, demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan penyelesaian yg terbaik.' [Ayat 59, Surah an-Nisa']
Firman Allah (a.w) adalah asa perlu wujud dalam Islam kepimpinan atau keImaman atau keAmiran dan peru wujudnya suatu jema'ah dalam Islam. Dan, melalui ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran pula, perlunya wujud dalam Islam jema'ah. Dan Islam itu wajib dianuti secara berjema'ah. Maka dgn itu wujud dua sifat Islam yg haq iaitu pertama berjema'ah dan kedua ada 'ulil amri' (atau, orang-orang yg memegang tanggungjawab keimaman), golongan orang yg memimpin jema'ah yg diketuai oleh seorang Imam atau Amir.
Kemudian dari segi hukum, Imam atau Amir tidak berhak mengadakan ketetapan hukum selain yg telahpun ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jika ada keperluan, Imam boleh membuat ijtihad, selagi ijtihad itu tidak maksiat i.e. tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, ijtihad imam, bila perlu, boleh didasarkan kepada qias dan ijma' (i.e. dimusyawarahkan antara para ilmuwan dan ulama' dalam jema'ah). Justeru itu, jika itulah amalan dan prinsip yg dipegang oleh kumpulan 'Islam Jama'ah', maka kumpulan itu melakukan sesuatu yg tidak bercanggah dgn Islam yg haq. Malah, itulah sewajibnya yg dijadikan panduan hidup bermasyarakat dalam Islam sebagaimana pada zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dahulu, selepas ketiadaan Rasulallah (s.a.w).
Setelah menliti isu ini, kita dapat buat kesimpulan iaitu pihak berkuasa jema'ah Islam, walau apapun perkumpulan yg mereka gelarkan kumpulan mereka, tidak boleh mengadakan sebarang hukum atau ketetapan mengenai syairat Islam tanpa merujuk dahulu kpd al-Quran dan as-Sunnah. Jika tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah kepimpinan jema'ah Islam dibolehkan membuat ijtihad yg tidak maksiat melalui dasar qias atau ijma' yg di musyawarahkan. Bermusyawarah adalah juga satu ketetapan dalam al-Quran.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment