Friday, July 9, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara setelah meneliti asa yg membolehkan kita menilai pendapat JAIS dan amalan 'Islam Jamaah' dalam konteks kesesatan dalam aqidah, kita teliti apa JAIS kata dalam Risalahnya itu. JAIS menyebut 8 perkara yg Islam Jamaah salah dari segi aqidah Islam, spt berikut:
1. Mereka amalkan 'baiat' (i.e. ikrar taat setia kpd pemimpin)
2. Mendakwa kumpulan mereka saja yg benar-benar Islam berpandukan sepotong hadith Omar ibni Khattab (r.a)
3. Amir sebagai sumber hukum
4. Menolak sumber ijma' dan Qias sebagai sumber hukum dalam Islam
5. Pandang tentang najis mughallazah
6. Tafsiran bahawa air 2 kolah untuk wudu'
7. Sembelihan
8. Solat Jum'at di rumah
JAIS menyebutkan 3 kesalahan dari sudut umum pula, iaitu:
1. Memegang dan membaca al-Quran tanpa wudu'
2. menyebar fahaman khilafiah/furuiyah
3. Pengurusan dana/harta
Berikutan itulah pihak JAIS dan JMNS menghukum bahawa fahaman 'Islam Jamaah' dilarang disebarkan, pengikut kumpulan ini bertaubat (kerana melakukan kesalahan aqidah yg besar) dan memohon kampunan dari Allah (a.w). Justeru itu, JAIS dan JMNS mewartakan pada 24 Sept 1998 bahawa 'Islam Jamaah' adalah ajaran salah dan sesat.
Kita akan teliti satu persatu dalam onteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sama ada 'Islam Jemaah' adalah sesat atau JAIS dan JMNS yg jahil tentang Islam dan syariatnya. Pembaca blog ini hendaklah meneliti dua post sebelum ini untuk memahami kritikan atau penilaian penulis dalam post-post ini supaya tidak keliru dan lebih fham perkara yg dibincangkan.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Aku tinggalkan kpd kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, kamu sekelian pasti tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith).' [Hadith]
Sehubungan itu, kalau JAIS dan JMNS membuat keputusan berdasarkan dua sumber tersebut, maka pihak JAIS dan JMNS adalah benar. Jika tidak JAIS dan JMNS silap dan keliru dalam menilai ajaran dan amalan 'Islam Jamaah'. Kalau 'Islam Jamaah' berpandukan dua sumber tersebut tanpa menggunakan lain-lain sumber, maka ajaran dan amalan kumpulan 'Islam Jamaah' adalah benar dan sejajar dgn ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan hadith tersebut di atas itu. Jika demikian, pastilah JAIS dan JMNS silap atau tidak membuat keputusan yg berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah!

1. Isu 'bai'at' (i.e. ikrar janji taat setia umat Islam terhadap pemimpin)

Jika kita teliti al-Quran,terdapat dua firman Allah (a.w) tentang 'bai'at' umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), iaitu Ayat 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah. Yg wajib diingati adalah 'bai'at' itu timbul dalam konteks jema'ah dan bersandarkan ketetapan wajib oleh Allah (a.w) bahawa umat Islam itu wajib anuti Islam secara berjema'ah iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran (i.e. umat Islam diwajibkan pegang Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah atau berpecah belah spt menubuhkan perkumpulan atau mazhab) dan berkaitan juga dgn ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' (i.e. umat Islam wajib taatkan 'ulil amri' atau Imam atau Amir selagi Imam atau Amir tidak menyuruh sesuatu yg maksiat. Sesuatu itu bersifat maksiat jika bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).
Ayat 18, Surah al-Fath menyebutkan bahawa Allah (a.w) rida dgn mereka yg berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) di bawah pokok. Maka Allah (a.w) menolong umat Islam yg ketika itu masih sedikit dari ancaman serta tentangan orang musyrik. Kalimah 'bai'at'nya pula adalah 'sami'na wa-ato'na' (yakni, mendegar ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan mentaati ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w)). Dalam Ayat 12, Surah al-Mumtahannah itu disebutkan ikrar janji yg dituntut dari perempuan (termasuk juga lelaki) yg berjanji 6 perkara: pertama, tidakkan Allah (a.w); kedua, tidak mencuri; ketiga, tidak berzina; keempat, tidak membunuh anak-anak mereka; kelima, tidak mendatangkan dosa melalui kedua tangan dan kedua kaki mereka; dan keenam, tidak menentang perintah berbuat baik (makruf). Jika umat Islam bersetuju dgn 6 syarat itu, maka Rasulallah (s.a.w) bersedia membai'at mereka.
Jelasnya, Islam adalah dianuti secara berjema'ah. Kepimpinan jema'ah adalah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin selepas Rasulallah (s.a.w) wafat. Kemudian diikuti pula dgn zaman keimaman atau keamiran, termasuklah kesultanan. maka kita akan terbaca istilah 'Amirul mukminin' (yakni, Pemimpin orang-orang Iman) spt Harun ar-Rasyid dalam cerita Arab, sebagai contoh.
Mereka yg belajar ilmu al-Hadith akan juga menemui begitu banyaknya hadith menyebut tentang perkara 'bai'at' dan Imam atau Amir jema'ah Islam itu. Malah, ketika Rasulallah (s.a.w) wafat, jasadnya tidak dikebumikan sehinggalah jema'ah umat Islam ketika itu mengangkat Abu Bakar as-Siddiq (r.a) selaku khalifah (pemimpin menggantikan Rasulallah (s.a.w) yg pertama. Jueteru itu, jema'ah, kepimpinan dan bai'at adalah institusi yg haq dalam Islam semenjak zaman Raulallah (s.a.w) lagi. Ketika itu, Omar b Khattab (r.a) mengangkat Abu bakar dan dialah orang yg mula-mula berbai'at kpd Abu bakar as-Siddiq (r.a).
kalau kita teliti as-Sunnah, spt apa yg tertulis dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan kitab-kitab hadith dalam Kuttubul Sittah, kita akan faham betapa utamanya Islam itu dianuti secara berjemaah, umat Islam itu wajib berjema'ah, wajib ada Imam atau Amir dalam jema'ah umat Islam, dan wajib ada 'bai'at' sebagai amalan sah dalam Islam!
Nampaknya, bagi mengekalkan tradisi jema'ah ini dalam Islam hari ini, penubuhan suatu sistem keImaman atau keAmiran serta bai'at adalah sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment