Assalamualaikum,
Saudara dlm post sebelum ini kita telah teliti rumusan beberapa kefadhalan atau kebaikan beberapa amalan dalam bulan Ramadhan. Yg paling utama adalah ibadah Pusa Wajib atau Fardu sepanjang Ramadhan. Itulah syariat Islam. Elemen ketiga Rukun Islam. Sesiapa yg tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran, maka mereka tergolong orang yg fasiq, yakni orang yg menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Orang yg menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) tergolong orang yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa': Barangsipa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan yang menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak mengikuti ketetapan as-Sunnah), dan orang-orang yg melanggar had-had ketetapan Allah (a.w) (i.e. dalam kes ini ketetapan tentang puasa), pasti dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak.' Orang yg tidak berpuasa juga mengingkari ketetapan Allah (a.w) pada ketetapanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil pakai atau terima atau laksanakan, dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah engkau jauhi.' Puasa adalah satu dimensi syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk dikerjakan oleh orang yg akui dirinya Islam. Orang yg tidak berpuasa pastilah dia bukan Islam atau menyerupai perilaku orang yg tidak Islam!
Allah (a.w) berfirman pada Ayat 185, Surah al-Baqarah: 'Bulan Ramadhan itu bulan yg diturunkan di dalamnya al-Quran yg membawa petunjuk (ie. hidayah) bagi manusia dan (al-Quran itu) memberi keterangan dari hidayah dan batas-batas hukum Allah (a.w0 (yakni halal, haram, dosa pahala dsbnya). Maka barangsiapa yg menyaksikan dari kalangan kamu anak bulan Ramadhan, maka hendaklah berpuasa, dan barangsiapa yg sakit atau dalam perjalanan (i.e. bermusafir), maka gantilah hari puasa (yg tertinggal atau ditinggalkan itu) dari hari-hari lain. Allah (a.w) berkehendakkan bagi kamu memudahkan kamu dan tidaklah Allah (a.w) itu mengkehendaki menyulitkan kamu dan agar dapat kamu menyempurnakan hitungan harinya dan agar kamu sekelian dapat mengagungkan Allah (a.w) atas apa-apa yg mewajibkan atas kamu oleh Allah (a.w), dan mudah-mudahan kamu sekelian bersyukur kepada Allah (a.w).' [Ayat 185, Surah al-Baqarah]
Ayat di atas itu adalah ayat perintah menetapkan bahawa orang yg Islam itu diwajibkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Jika kita sakit yg tidak membolehkan kita berpuasa, maka kita wajib ganti bilanagan hari yg tertinggal itu dalam lain-lain bulan supaya tetap mencukupi puasa kita 30 hari. Kalau kita perlu menjalani tugas di luar qariah kita (melebihi 89 kM) maka kita diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak berpuasa, namun tetap perlu diganti hari-hari yg kita tidak beruasa itu. Puasa itu adalah salah satu amalan yg tertakluk kpd hukum had dalam Islam. Ayat itu juga memberitahu kita bahawa pertama kali al-Quran itu diturunkan ayatnya adalah dalam bulan Ramadhan. Demikianlah kebesaran al-Quran itu dalam Islam. Malam lailatul-Qadr itu juga jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Sesiapa yg berkempatan menemui lailatul-Qadr itu mendapat ganjaran pahala orang yg perfect amalan dan ibadahnya selama 1,000 bulan atau 83 tahun!
Insya Allah pada 11 Ogos 2010 nanti kita akan mula berpuasa. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur supaya dapat berpusa penuh sebulan dengan penuh keimanan dan kesabaran dan mendapat pahala maksimum. Seiapa yg mengabaikan Puasa ramadhannya amat rugi. Kerana disebutkan pahala sehari pusasa yg ditinggalkan, tidak dapat disamai oleh pahala kita berpuasa selama setahun! Rugi, jika kita batalkan sehari atau kita tinggalkan sehari. Sudahlah rugi tak dapat pahala yg banyak, kita pula mendapat dosa yg banyak meninggalkan sehari puasa.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment