Assalamualaikum,
Saudara hari ini dan untuk beberapa post yg akan muncul kita akan teliti isu kemazhaban dan fahaman kemazhaban dan implikasi kpd ketaksuban kpd fahaman kemazhaban kpd aqidah seorang Muslim. Perakara ini amat penting, kerana jika kita tidak berwaspada, buruk akibatnya kpd kesejahteraan akhirat kita.
hari ini ramai orang bercakap tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah' atau ada pula golongan yg melabel diri mereka sebagai pengikut 'Firqah Najihin', satu istilah baru yang merujuk kpd golongan yg satu daripada 73 golongan yg disebutkan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) yg berjaya mendapat syurga. Kononnya merekalah golongan yg benar. Merekalah yg memenuhi syarat sebagai golongan yg berjaya mendapat syurga dan bukanlah tergolong dari 72 daripada 73 golongan yg Islam tapi gagal mendapat syurga. Konsep 'Firqah Najihin' ini nampaknya diterima oleh ramai para ilmuwan (ramai yg memilik Ph D atau bergelar Dr) di IPTA dan IPTS yg mengajar kuliyah mengenai Islam dan syriatnya. Pendapat mereka ini disokong kuat pula oleh para ulama', atau mereka yg mengakui diri mereka ulama'. Antara pendukung kuat hakikat ini adalah Dr Uthman el-Muhammady yg lantang menkritik golongan muda yg mengkritik isu taklid mazhab dan isu taksub mazhab dan yg mengkritik golongan arus perdana Islam, iaitu pengikut Mazhab as-Syafie. Mereka ini dilabelkan sebagai golongan salafi atau wahabbi ata Islam liberal dan sebagainya.
Golongan Islam arus perdana yakin dan berkeras bahawa kerana mereka mengikuti mazhab as-Syafie, maka merekalah yg tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Maksudnya mereka tergolong dalam satu golongan Islam yg berada di jalan yg benar, dan yg berjaya di akhirat kelak, mendapat syurga. Mereka menganggap atau melabelkan golongan Islam yg mereka kata wahabbi atau salafi atau Islam liberal itu sebagai golongan yg tidak termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', maka dgn itu mereka sesat kerana mengikuti ajaran yg salah, menyanggahi fahaman Mazhab as-Syafie!
Rasulallah (s.a.w) dalam hadithnya menyebutkan bahawa di akhir zaman kelak (yakni, selepas kewafatan beliau) umat Islam akan berpecah (berfirqah) menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, semuanya akui mereka Islam, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tapi Rasulallah (s.a.w) memberitahu 72 golongan atau firqah atau mazhab itu masuk neraka, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Apakala ditanya para sahabat beliau memberitahu iaitu golongan yg berjaya itu adalah golongan yg menepati aqidah dan pegangan mereka pada 'ma ana alaihi wa-ashabi' (maksud: apa-apa yg aku (Nabi) berpegang atasnya dan apa-apa yg para sahabatku berpegang atasnya). Rasulallah (s.a.w) memberitahu golongan itu adalah yg berpegang kpd sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan mereka anuti Islam secara berjema'ah. Jadi: golongan yg tidak mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan yg tidak juga anuti Islam secara berjema'ah, tidak termasuk dalam golongan satu yg berjaya mendapat syurga. Ini wajib kita fahami.
Ada dua pra-syarat yg disebutkan dalam hadith tersebut, iaitu: pertama, orang Islam yg ikuti sunnah (atau as-Sunnah) dan kedua, mereka yg Islam secara berjema'ah. Jika begitu, kita sendiri boleh perhati dan teliti. Golongan Islam atau mazhab manakah yg menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut?
Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam sabdanya: 'Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara, yg jika kamu berpegang dengan kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah). Itu adalah janji pasti Rasulallah (s.a.w). Kalau Rasulallah (s.a.w) janji, pastilah ditepati kerana Rasulallah (s.a.w) bercakap hanya dgn wahyu, atau kebenaran dari Allah (a.w).
Mereka yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan ilmu dan panduan amalan serta ibadah pasti tak sesat. kalau seseorang yg Islam meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah, pasti sesat. Atau, sesiapa yg ambil sebahagian al-Quran dan sebahagian as-Sunnah, juga sesat, kerana Rasulallah (s.a.w) tidak menyuruh kita berpandukan selain yg dua itu atau kita disuruh pelajari al-Quran dan as-Sunnah dgn berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah!
Sesiapa yg berpegang dgn HANYA al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak sesat. maka dgn itulah hanya satu daripada 73 golongan atau firqah atau mazhab yg berjaya mendapat syurga. Yg 72 golongan atau firqah atau mazhab, walaupun Islam pasti sesat kerana mereka tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tempat orang sesat dalam ugama adalah neraka. Maka dgn itulah terdapat ada sesetengah umat Islam yg jatuh kafir atau menjadi kafir tanpa mereka sedari kerana melakukan atau mempercayai sesuatu yg tahyul, kurafat, bid'ah dan taklid. Mengikuti fahaman kemazhaban atau sebarang aliran yg diajarkan oleh mana-mana individu dalam mengamalkan Islam dan syariatnya adalah perkara taklid. Umat Islam wajib berpandukan HANYA al-Quran dan as-Sunnah bukan kpd fahaman kemazhaban atau buku-buku atau kita imam mazhab! Tiada mazhab dalam Islam. Tiada aliran dalam Islam. Yg ada adalah penjelasan tentang Islam atas kebiksanaan seseorang yg ingin menjelaskan Islam dan syariatnya. Apabila diikuti oleh segolongan ulama' dan ilmuwan dan mereka berpihak menyokongnya dan menerima sebagai haq hujjah mereka, maka wujudlah mazhab 200 tahun selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Apabila para imam atau ulama' atau ilmuwan mazhab taksub dalam taklid mereka, maka hancurlah ajaran ulama' atau imam yg asal. Inilah yg terjadi sekarang ini di dunia, termasuk di Malaysia.
Penyokong Islam arus perdana terlalu taksub kpd para ilmuwan kemazhaban dan bertaklid dgn mereka dalam kejahilan tentang al-Quran dan as-Sunnah dan tentang ajaran sebenar imam-imam yg dikatakan kononnya pengasas mazhab tersebut. Tanpa ilmu yg cukup dan tanpa mempelajari ilmu dari orang yg tahu dan faqih, kemudian berpandukan kpd pendapat orang yg kurang masak ilmunya mengenai Islam, akan menyebabkan ramai yg bertaklid membabi buta dan tersesasar atau tersesat!
Insya Allah, dalam beberapa post kemudian ini kita akan beritahu pembaca apa sebenarnya yg diwasiatkan oleh para imam yg kononnya mengaasaskan mazhab mereka. Sebenarnya, imam-imam tersebut tak pernah kata yg mereka tubuhkan mazhab atau mereka suruh ikut apa yg mereka ajar dan ketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment