Friday, July 30, 2010

Kefadhalan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi, insya Allahkalau kita panjang usia, tiba 11 Ogos 2010, kita akan mula berpuasa wajib atau fardu, iaitu Puasa Ramadhan. Puasa ramadhan adalah rukun ke-3 dalam Rukun Islam - tiang ugama bagi orang Islam - selepas syahdah kemudian solat. Selepas puasa kita akan bergembira menyambut Aidil Fitri pula.
Puasa itu disebut dalam Surah al-Baqarah. Diceritakan betapa beratnya dalam zaman Rasulallah (s.a.w) apabila umat Islam perlu berpuasa lebih panjang masanya setiap hari, iaitu bermula sesudah Solat Isya' tamat ketika masuk waktu Solat Maghrib. manusia hanya ada bmasa yg singkat untuk berbuka, iaitu dalam waktu Maghrib. Kerana ketika masuk waktu Isya' mereka tidak dibolehkan makan minum dan bergaul (i.e. menyetubuhi) isteri.
Antara kefadhalan bulan Ramadhan itu, selain puasa, adalah dalam bulan itulah di turunkan al-Quran dan dalam bulan Ramadhan - pada 10 malam terakhirnya - akan berlaku Lailatul-Qadr. Disebutkan bahawa lailatul-Qadr itu lebih baik, yakni mengandungi pahala yg besar, menerupai pahala 1,000 bylan yg disi penuh dgn amalan dan ibadah.
Dan, ibadah serta amalan dalam bulan Ramadhan itu akan diberi ganjaran oleh Allah (a.w) gandaan pahala lebih dari 700 kali ganda sehingga gandaan yg Allah (a.w) saja akan tetapkan. Sebaliknya pula, sesuatu kejahatan atau kemaksiatan yg dilakukan dalam bulan Ramdhan itu juga akan digandakan melebihi 700 kali, terpulang kpd Allah (a.w) menentukan gandaan dosa yg dikenakan kerana kemaksiatan dalam bulan Ramadhan.
dalam bulan Ramadhanlah terdapat beberapa amalan tambahan, iaitu Solat Terawih setiap malam. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Solat Terawih itu delapan rakaat, iaitu dikerjakan empat empat rakaat satu salam dan ditutup pula dgn Solat Witir, yg ganjil rakaatnya - satu atau tiga atau lima atau tujuh rakaat satu salam. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) Solat Terawih itu dibuat 8 rakaat, di buat dua dua rakaat satu salam, kemudian diteutupi dengan Solat Witir. Rasulallah (s.a.w) pada malam ganjil 10 malam terakhir akan mensolatkan Terawih di masjid, maka dgn itu diikuti atau dimakmumkan oleh para sahabat. Dalam zaman khalifah Omar b Khattab (r.a), Solat Terawih itu dijema'ahkan sebanyak 20 rakaat dibuat dua dua rakaat satu salam.
Justeru itu, hari ini kita ada pilihan bagi Solat Terawih, iaitu dibuat 8 rakaat seumpama apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) atau dibuat 20 rakaat dua dua rakaat mengikut amalan khalifah Omar (r.a). [Nota: Rasulallah 9s.a.w) membuat ketetapan bahawa syariat yg dikerjakan oleh Omar (r.a), dan khalifah yg 4, adalah termasuk senahagian drpd sunnah.
Apabila tiba waktu berbuka, kita mendapat pahala berbuka segera setelah terbenam matahari, atau masuk waktu Maghrib. Dan, kita mendapat pahala jika kita bersahur dan lebih afdhal bersahur selambat yg mungkin. Kita juga diberi pahala sekiranya kita bersedekah makanan dan minuman bagi orang yg berpuasa.
Dalam bulan Ramadhan, jika kita bermusafir, kita diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak, tetapi puasa yg ditinggalkan hendaklah diganti (qada'kan) sejumlah hari yg kita tidak berpuasa.
Selain itu, bagi warga tua (wargamas) yg umurnya melampaui 60 tahun dan tidak mampu lagi berpuasa, mereka diberi pilihan tidak berpuasa tetapi hendaklah dia memberi makan kpd seorang orang miskin bagi setiap sehari yg tidak dipuasakan.
Kita diberitahu bahawa sesiapa yg sengaja meninggalkan puasa Ramadhan, walaupun seharai tanpa keuzuran yg disebutkan, kemudian kita qada'kan hari tersebut dalam bulan lain, kita kerugian yg amat besar kerana pahala terlepas yg tidak dapat disamai dgn pahala kita berpuasa sepanjang tahun kerana meninggalkan puasa Ramadhan sehari.
Kemudian kita diberitahu bahawa sesiapa yg berkemampuan, kita digalakkan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Pahal satu umrah dlm bulan Ramadhan begitu banyaknya, sama dgn mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w). Oleh itu bagi mereka yg berwang/berkemampuan, eloklah diusahakan mengerjakan umrah di Mekah. Oleh kerana pahala amalan baik bulan Ramadhan digandakan Allah (a.w) melebihi 700 gandaan dan kerana semua amalan dan ibadah yg dkerjakan di tanah haram mendapat gandaan pahala 100,000 kali, fikirkanlah betapa banyak dividen akhirat yg kita daoat kerana berumrah dan berpuasa serta mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat di Baitullah.
Insya Allah kita akan teliti sandaran hadith mengenai kefadhalan Ramadhan (i.e. apa-apa yg kita sebutkan di atas) itu dalam post-post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment