Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti Risalah JAIS/JMNS yg menyatakan bahawa ajaran 'Islam Jama'ah' adalah ajaran sesat. JAIS memberikan 8 'kesalahan' dari segi aqidah dan 3 'kesalahan umum'. Kesalahan umum tersebut adalah:
1. Isu membaca dan memegang al-Quran tanpa wudu'
2. Menyebarkan fahaman khilafiah/Furuiyah dalam pengajaran dan amalan
3. Isu infaq fi sabilillah
Menyentuh tentang perkara 1, mereka yg mengaji ilmu al-Hadith akan menemui hadith yg menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) masuk jamban untuk buang air, kemudian dia keluar setelah membersihkannya, tanpa berwudu' dahulu, kemudian beliau memegang al-Quran dan membacanya. Hadith ini memberikan nas dan dalil bahawa orang Islam boleh memegang al-Quran dan membacanya tanpa wudu'. Kalau kita berada di negara Arab kita akan dapati begitu ramai orang Islam membawa al-Quran ke merata tempat (kecuali dalam jamban) dan membacanya.
Menyentuh isu ke-2 iaitu ajaran khilafiyah/furuiyah, kita sering mendengar para ulama' dan ilmuwan Islam berdebat dgn panjang lebar tentang perkara pokok dan perkara ranting dalam syariat Islam. Kumpulan 'Islam Jama'ah' dikatakan mengutamakan perbezaan dgn ulama' arus perdana kerana menekankan isu khilafiyah dan furuiyah. Istilah canggih seumpama khilafiyah dan furiyah ini adalah diantara istilah yg sering digunakan oleh mereka dalam arus perdana Isla. Tapi, yg utama yg wajib kita sedari adalah bukan isu khilafiyah atau furuiyah, tetapi dasar ketetapan dalam Islam sebagaimana yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ada yg wajib dikerjakan dan ada yg boleh dibuat pilihan, buat takpa tak buatpun takpa. Ia bukan isu pokok atau ranting dalam syariat. Sesuatu itu mungkin nampak kecil seumpama ranting tetapi implikasinya amat besar. Antaranya, isu 'pembaharuan dalam syariat Islam' atau 'bid'ah'. Mungkin para ulama' berpandangan bahawa bid'ah hasanah yg mereka amalkan adalah isu ranting atau perkara kecil. Tapi, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa barangsiapa yg mengamalkan bid'ah jelas sesat dan tempatnya di neraka. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa semua bid'ah adalah kesesatan, tanpa pengecualian. Maka, wujudkan bid'ah hasnah? Apakah sandaran nas dan dalilnya? Adakah itu qias atau ijtihad para ulama arus perdana? Adakah itu yg diajarkan oleh Imam as-Syafie, yg juga merupakan seorang perwi hadith? Namun, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam as-Sunnah bahawa sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah yg tidak dibawakan atau dicontohkan oleh beliau, maka amalan itu ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). dalam hadith yg lain disebutkan bahawa semua amalan yg dicemari oleh bid'ah tidak diterima Allah (a.w). Dan, taubat orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima. Dan, lebih serius lagi, orang yg mengamalkan bid'ah tidak menyedari bahawa dia terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari?
Apakah gunanya kita beramal dan beribadah, jika tidak diterima Allah (a.w)? Kita beramal dgn harapan kita mendapat pahala dan kerahmatan Allah (a.w), tapi sebaliknya kita mendapat kemurkaan Allah (a.w) kerana kita menentangketetapan Rasulallah (s.a.w).
Tentang isu air untuk wudu' itu, sesiapa yg belajar Sunan an-Nasa'i dan ibnu Majah, contohnya, akan ketemui hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat ada berwudu' dgn satu sok (mangkuk) air dan mandi junub dgn 5 suk air sahaja. Wudu' adalah syariat. begitu juga dgn mandi junub itu syariat. Maka dgn itulah perempuan yg banyak dan lebat rambutnya tidak perlu merungkaikan sanggulnya untuk mandi junub. Memadailah dia mensela-selakan air dgn jari-jarinya di atas kepala. Junub bukanlah menghilangkan najis. Junub adalah ketetapan syariat supaya mandi mengikut cara yg ditetapkan oleh as-Sunnah.
Tentang isu persentuhan antara lelaki dan perempuan yg ajnabi (boleh bernikah) tidak membatalkan wudu'. Isu ini penting kerna mereka yg ke Mekah untuk haji dan umrah sering bersentuhan tanpa disedari atau tanpa disengajai. Tabung Haji pernah menyuruh jema'ah haji supaya bertaklid ketika di Mekah dgn fahaman mazhab selain as-Syafie yg menyatakan sentuhan sedemikian tidak membatalkan wudu'! Tapi, jika mereka faham as-Sunnah, begitu banyaknya nas dan dalil as-Sunnah yg menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat malam tersentuh kaki Aisyah (r.ah), dan dia terus solat tanpa berwudu' semula. Rasulallah (s.a.w) sering mencium atau mengucup isteri-isterinya sebelum masuk masjid untuk bersolat, tanpa berwudu' dahulu! Sentuhan tidak membatalkan wudu'. Namun sentuhan dgn orang yg tidak makhram, mendatangkan dosa, kalau disengajakan.
Bukalah kitab Sunan an-Nasa'i yg memuatkan hadith yg sahih mengenai isu ini. malah bukalah hadith Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, semuanya ada disebutkan. Apakah kita menolak ketetapan as-Sunnah. Ada ketetapan tapi kita entengkan atau remehkan?
Berhubung dgn 'kesalahan umum' ke-3 itu insya Allah kita akan bincangkan dalam post yg akan datang. Memadai disebutkan bahawa sesiapa yg mengaji al-Quran dan mengaji as-Sunnah, mereka faham infaq fi sabilillah ini. Ramai orang membelakangkan as-Sunnah dan al-Quran. Apabila diberitahu ramai pula yg berhujjah itu dan ini, enggan menerima penjelasan yg haq. Dalam kejahilan sedemikian, ramai pula 'pakar' yg menyebut tentang 'zakat pendapatan' yg tiada dalam syariat Islam! Yg ada adalah infaq.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment