Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang 6 berita menarik yg termuat dalam beberapa akhbara Jum'at yg lalu. Dua dari subjek tersebut kita telah ulas dalam konteks Islam dan syariatnya (iaitu kes kematian Tun Omar Ong Yoke Lin dan kes Jaffar Ali, si bapa yg dihantar oleh anak-anaknya ke rumah penjagaan orang tua-tua milik orang bukan Islam di Pulau Pinang). Hari ini insya Allah kita akan ulas pula berita menarik ke-3 hingga ke-4.
Berita ke-3 adalah kes penceraian Ida Nerina, pelakon, dgn suaminya. Iaitu menyentuh isu pemutusan talak atau cerai oleh pihak mahkamah atau hakim mahkamah syariah. Soalnya: bolehkan seorang hakim menentukan sama ada seseorang itu telah sah talak atau cerainya? Dalam perkara talak dan cerai, Islam memutuskan bahawa seorang suami yg melafazkan kalimah cerai (seperti 'Aku ceraikan engkau') pasti jatuh talaknya. Kerana di dalam Islam kalimah talak atau ceri itu secara otomatis takes effect atau menjadi sah apabila dilafazkan oleh sisuami. Tak kira sama ada dia bergurau atau melawak atau bermain-main dalam melafazkan kalimah tersebut kpd isterinya. Jika seorang suami itu adalah seorang yg beriman dan tidak jahil dia tentang Islam dan syariatnya, sudah pastilah dia tidak bermain-main dgn beberapa kalimah seperti kalimah talak dan cerai. Jika dilafazkannya, dia tidak boleh menariknya semula atau membatalkannya dgn apa jua hujjah. Talak atau cerai itu sudah berlaku apabila dilafazkannya. jadi, jika suami itu orang Islam yg faham Islamnya, jika dia tanpa senagaja menyebut kalimah tersebut kpd isterinya, wajiblah dia terima hakikatnya, iaitu dia sudah tidak lagi mahram bekas isterinya. maka dia tidak boleh hidup sebumbung lagi. Isterinya sudah tidak menjadi isterinya lagi! Kalau dia menyesal dan inginkan isterinya, maka wajiblah dia rojok. Dia boleh rojok dengan melafazkan kalimah rojok itu pada bila-bila masa. Sehingga dia rojok dan isterinya mahu terus bersama-sama dengannya sebagai suami isteri, maka setelah rojok barulah halal semula hubungan suami isteri dgn isterinya.
Masalah timbul, apabila si suami lafazkan kalimah talak atau cerai, kemudian dia tidak akui. Maka dalam kes ini sahaja mahkamh boleh membantu mengilukan si suami, bukan membuat penentuan sama ada jatuh atau tidak talak atau cerai itu. Si isteri pula hendaklah berhati-hati. Kerana apabila kalimah talak atau cerai dilafazkan oleh si suami dalam apapun keadaan, dia sudah jatuh talak atau tercerai secara otomatis. Maka dgn itu suaminya tidak lagi mahramnya. Persetubuhan antaranya dgn suaminya sudah jatuh zina. kalau dia mendengar dengan pasti lafaz talak atau cerai itu, dan si suami tidak akui, dia wajib menggagapkan suaminya sudah bercerai dengannya. Kerana, kerana si suami mungkin memberi keterangan palsu dalam mahkamah yg dia tidak melafazkan kalimah talak atau cerai itu.
Justeru itu, yg utama membuat penentuan adalah si isteri dalam kes ini. Bukan si suami. Bukan juga hakim. Hakim tidak akan tahu jika suami berbohong. Yg dia boleh tahu hanya suatu persangkaan dari maklumat yg diberikan atau keterangan dua pihak - suami atau isteri. Maka dgn itu, setiap kita wajarlah jangan permain-mainkan kalimah talak atau cerai itu.
Bagi mereka yg faham Islam dan syariatnya, kalimah talak yg di'sebutkan' oleh seorang suami yg kebetulan bisu dgn cara isyarat yg lazimpun berkuatkuasa menjadi kalimah cerai atau talak, kalau melalui isyarat lazim suami yg bisu itu jelas membayangkan yg dia mentalak atau menceraikan isterinya.
Dan, suami yg menghantar sms kpd isterinya menulis bahawa dia talakkan atau ceraikan isterinya, juga menjadi kenyataan, walaupun tidak dilafazkan kerana kalimah-kalimah yg tertulis dalam sms adalah kalimah yg akan ducapkan oleh si suami jikalah dia berdepan dgn isterinya. Maka dgn itu, kalimah talak atau cerai yg ditulis melalui sms adalah seumpama kalimah yg disebutkan oleh seorang suami yg bisu melalui isyarat.
Jika si suami berbohong, maka hakim putuskan yg si suami tidak melafazkan kalimah talak atau cerai, maka hkim itu menjai seorang yg bersubhat dalam kes ini. Maka, jika pasangan tersebut terus tingga serumah dan melakukan hubungan kelamin sebagai suami isteri, walaupun hakikatnya, tidak lagi berstatus suami isteri, maka hakim itu sama-sama menerima kiriman dosa selagi pasangan tersebut terus duduk sebumbung! Percuma saja hakim itu mendapat kiriman dosa! Oleh itu berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment