Assalamualaikum,
Saudara, ada beberapa isu menarik dalam beberapa akhbar hari ini. Antaranya yg saudara boleh lihat adalah berikut:
1. Kes ibu tunggal yang dihalau anaknya sendiri dan yang dicemuh oleh anaknya dgn nama atau makian 'babi', kata akhbar Harian Metro. Ini adalah satu lagi kes anak yg sengaja menempah neraka baginya;
2. Harian Metro Kes bapa yang dikatakan bencikan bayi perempuannya menyiksa isteri dan bayi kecil tu seolah-olah si bapa tu lebih rendah mertabatkan dari haiwan, kerana haiwan jantanpun tahu kasih sayang dan ikhsan. Inilah kes bapa yg juga menempah neraka bagi dirinya;
3. Harian Metro cerita seorang jutawan yang ketika hidupnya dijaga dengan baik oleh seorang pembantu rumah Filifina diwasiatkan wang dan harta bernilai RM 14.0 juta kerana khidmat terbaik 'amah' tersebuyt terhadapnya;
4. Harian Metro, yg suka berita sensasi, menyebut tentang riaksi suami pengacara TV Indon, Cut Tari, iaitu Johanes Yusuf Soebrata, terhadap skandal seks isterinya dgn penyanyi, Ariel Johanes, yg mereka videokan itu. Dia tak kata apa-apa dan tak buat apa-apa, kata akhbar. kalau betul gitu riaksinya dan dia seorang Islam,pastilah dia suami dayus. Suami dayus tak masuk syurga.
Demikianlah petikan 4 berita menarik. Selain kes amah itu, ketiga-tiga yg lain adalah isu melibatkan orang Islam yg jahil tentang ugamanya, dan yg pastinya lupakan tanggungjawabnya, bertindak. Siapa yg salah? Orang berilmu spt ulama' dan ilmuwan Islamlah yg bersalah, kerana: pertama, mereka sebok dgn perkara dunia dan perkara yg remeh, dan lupa tugas dan tanggungjawab mengilmukan umat Islam supaya mereka terpandu dalam hidupnya.
Malangnya hari ini banyak ulama' duduk senang di kerusi empok mereka. Malah semakin ramai pula yg semakin tersasar. Contoh: dalam polemik perdamaian antara UMNO dan PAS dan dalam usaha kononnya menyatukan Melayu melalui kerjasama antara PAS dan UMNO, ulama' sudah terlibat. Mereka bersedia bersama untuk menjadi 'pendamai' di meja rundingan.
Apakah, takda kerja yg lebih afdhal dalam Islam selain menjadi orang tengah pada persengketaan politik atau persengketaan dunia? Tanya ulama' yg disebutkan dalam akhbar Sinar Harian itu personaliti spt TS Harussani, Mufti Perak, D Noh Gadut, bekas Mufti Johor, D Tamyes, Mufti Selangor? Dan, ramai yg lain.
Orang yg faham tentang tuntutan Islam tau banyak perkara. Antaranya dunia itu tak penting pada Allah (a.w), maka segala sesuatu yg boleh mencapai kejayaan akhirat dari kalangan umat Islam lebih utama. Apakah, UMNO dan PAS boleh berdamai atas landasan keMelayuan atau kebangsaan atau keturunan? Selagi perbalahan disebabkan oleh urusan dunia, pasti tiada penyelesaiannya. Ini ulama' patut tahu!
Yg utama pada mereka adalah, mereka perlu mencari jalan dan berusaha untuk membina Islam Melayu yg kokoh dan kental. Kerana Islam yg kental akan menjami keperibadian yg luhor -yg tak rasuah, yg tak menyeleweng, yg tak menipu, yg tak memfitnah, yg tidak rakus wang dan kuasa dan banyak lagi sifat-sifat buruk orang politik, tak kira parti mana.
Saya nasihatkan ulama' dan ilmuwan Islam kembalilah ke pagkal jalan laksanakan apa yg dituntut oleh Allah (a.w) dan apa yg ditutntut dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Biarkanlah UMNO atau PAS atau PKR. Mereka patut selesaikan politik mereka. kalau orang ramai pun nak sama-sama hancur terlibat dgn karenah politik mereka biarkanlah. Yg utama kita nasihatkan orang islam Melayu bahawa janganlah utamakan dunia. Ramai OKB Melayu yg meninggalkan Mahligai di Klang, jutaan wang dalam ASB dgn PNB dan sebagainya kini tersiksa dalam kubur dan menunggu siksaan di akhirat pula, semuanya kerana jahil tentang Islam dan utamakan dunia dan lupakan akhirat mereka. wal iya zubillah.
Mudah-mudahan kita tidaklah terpengaruh dgn tata kelakuan orang-orang sedemikian. Semoga Allah (a.w) memberi kita petunjuk supaya tidak buta akan masa depan kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment