Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan perbincangan kita tentang ketetapan JAIS dan JMNS bahawa 'Ajaran Islam Jamaah' itu adalah tergolong dalam ajaran-ajaran sesat! Kita telahpun mulakan perbincangan kita tentang isu sesat secara umum sebelum menelliti pendirian JAIS dan JMNS serta meneliti apakah yg diajarkan oleh kepimpinan atau mubaligh kumpulan yg dilabel oleh JAIS 'Islam Jamaah' itu.
Sesuatu ajaran itu sesat jika ajaran tersebut adalah ajaran yg serupa Islam tetapi tidak mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini jelas kerana firman Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa': Iaitu sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) akan dimasukkan ke dalam syurga. Maksudnya: sesiapa yg pegang al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dia atau golongan itu tidak sesat. Soalnya: Adakah kumpulan 'Islam Jamaah' itu berpegang kpd ajaran al-Quran dan as-Sunnah? Kalau kumpulan itu berpegang dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka kumpulan itu pasti tidak sesat. Kedua, kita lihat pula adakah kumpulan 'Islam jamaah' itu juga menjadikan sumber ilmu dan panduan hidup serta panduan ibadah dan amalan mereka itu, kpd sumber-sumber lain selain al-Quran dan as-Sunnah seperti kitab-kitab karangan ulama' mereka atau kitab-kitab yg lain yg mengandungi juga ajaran ugama-ugama lain? Jika ada, maka mungkin sesat. Kalau kumpulan itu tidak menggunakan sumber-sumber lain sebagai panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup Islam dan sumber rujukan ilmu dalam segala sesuatu mengenai ibadah dan amalan dan segala macam perkara mengenai Islam dan syariatnya?Kumpulan itu tidak sesat, kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu jelas. Jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup Muslim serta sebagai panduan mengenai Islam dan syariatnya. Dan, Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebutkan bahawa sesiapa yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti tidak akan sesat! Jadi, kalau 'Kumpulan Islam jema'ah', sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sudah pastilah mereka tidak sesat. Kerana Rasulallah (s.a.w) beri jaminan sesiapa yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah dua khazanah peninggalan beliau, pasti tidak akan sesat. Sebaliknya, counter factualnya pula, sesiapa yg berpandu dgn selain al-Quran dan as-Sunnah, pasti dia atau golongan itu sesat. Dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebaik-baik kalam (i.e. tulisan atau kitab karangan) adalah kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sebaik-baik hidayah atau petunjuk adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, sesiapa atau mana-mana kumpulan yg menerima sepenuhnya al-Quran dan as-Sunnah, pastilah mereka terpimpin, kerana al-Quran itulah kitab panduan terbaik dan as-Sunnah itulah petunjuk atau hidayah terbaik bagaimana mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Kerana, manusia itu dijadikan Allah (a.w) untuk mengabdikan diri kpd Allah (a.w) semata-mata (Ayat 56, Surah az-Zariat).
Selain itu, jika seseorang itu atau sesuatu perkumpulan umat Islam itu menjadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan mereka dalam segala sesuatu, terutama dalam konteks amalan dan ibadah dan gaya hidup, pastilah mereka tidak sesat. Kerana, Allah (a.w) beritahu bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh ikutan atau model terbaik (uswatun hasanah) diikuti oleh manusia Islam! Soalnya: Adakah 'Islam Jamaah' itu menjadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan bagi ahli mereka dalam segala sesuatu? Ketetapan friman Allah (a.w) pada Ayat 21, Surah al-Akhzab.
Dan, seseorang atau mana-mana kumpulan umat Islam itu wajib ikuti as-Sunnah, kerana itulah perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Ambil pakai atau terima segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan segala sesuatu yg ditegah atau dilaranginya. Kalau kumpulan 'Islam Jamaah' jadikan as-Sunnah sebagai panduan tanpa pengecualian, maka kumpulan tersebut menepati firman Allah (a.w) tersebut. Sebaliknya pula, mana-mana kumpulan yg berpendirian 50-50 terhadap as-Sunnah atau terhadap firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr ini, maka mereka pasti sesat. Kerana, Allah (a.w) sebutkan bahawa yg berjaya masuk syurga jika akur dgn Ayat 13 Surah an-Nisa' itu. Tanpa, akur dgn Ayat 7, Surah al-Haysr, maka tidak menepati ketetapan Ayat 13, Suran an-Nisa' tersebut. Atau, jika kumpulan 'Islam Jamaah' ambil 90% as-Sunnah, dan 10% lagi ambil panduan selain as-Sunnah? Bagaimana? Allah (a.w) sebutkan bahawa as-Sunnah itu wajib diambil 100%. Kerana, Allah (a.w) beritahu: sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah 100%), maka dia telah mentaati Allah (a.w) secara pasti!
Ada banyak asas yg membolehkan kita menilai seseorang itu atau sekumpulan orang Islam itu sama ada dia sesat atau tidak. Kita tak perlu jadi ulama' besar dgn berpedomankan ratusan malah ribuan kita untuk menilai sesuatu perkumpulan Islam itu sesat atau tidak.Beberapa firman Allah (a.w) dalam al-Quran sudah cukup untuk kita membuat penilaian dan membuat keputusan. Kalau kita ingin juga tambah asas-asas menilai sama ada seseorang itu sesat atau sekumpulan umat Islam itu sesat, kita hanya perlu telek dalam konteks al-Quran dan as-Sunnah bukan pendapat manusia spt Mufti atau pendapat segolongan cerdik pandai yg akui dirinya 'ulama' (i.e. orang berilmu), kerana belum tahu mereka benar-benar berilmu.
Penulis tidak merendahkan mertabat ulama' atau cuba memperkecilkan mertabat ulama', tapi ingin memperingatkan masyarakat Islam bahawa jangan terpengarauh dgn cakap-cakap atau penampilan luaran, maka kita iktiraf seseorang itu atau sekumpulan manusia itu sebagai warak atau tinggi dan mendalam ilmunya dan hebat penampilannya!
Pada penulis ulama', orang yg berilmu tentang Islam dan syariatnya, hendaklah orang yg benar-benar beilmu dan faham akan ilmu mereka. Dia hendaklah khattam dan faqih dalam ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Dalam konteks ilmu al-Sunnah hendaklah sekurang-kurangnya dia khattam, secara berguru, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan sekurang-kurangnya dua kitab sunan yg lain (sama ada Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah).
Asas bagi kita menyatakan dgn pasti bahawa seseorang itu atau sekumpulan umat Islam itu sesat atau tidak adalah hanya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita belum faham al-Quran dan as-Sunnah, janganlah kita menuduh atau menyatakan sesuatu yg batil. Insya Allah, kita akan lihat ketetapan JAIS dan JMNS selanjutnya berpandukan hanya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment