Tuesday, July 20, 2010

Buat baik terhadap kedua ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post sebelum ini kita telah teliti beberapa berita menarik yg disiarkan dalam akhbar tempatan mengenai tingkah laku atau perbuatan anak-anak orang Islam tetapi sebvenarnya belum Islam lagi. Kerana mereka menyanggahi ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) serta ketetapan Rasulallah (dalam as-Sunnah). Walhal, orang Islam itu diwajibkan atas mereka mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan anak-anak itu diwajibkan mentaati kedua ibubapa mereka (ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) dan isteri mentaati suami (ketetapan as-Sunnah yg juga merupakan ketetapan Allah (a.w). Dan, umumnya, orang-orang Islam taatkan 'ulil amri' (i.e. pemimpin jema'ah Islam yg digelarkan Imam atau Amir) selagi 'ulil amri' tidak menyuruh anggota jema'ahnya melakukan sesuatu yg bersifat maksiat, i.e. bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg ingkar akan ketetapan tersebut diistilahkan sebagai orang yg 'menganianya dirinya sendiri'. 'Menganianya diri sednri' bererti sudah diberitahu jangan buat atau lakukan, tetap dibuat atau dilakukan sesuatu, yg mewajibkan di siksa dalam neraka!
Dalam berita yg kita kutip dalam post-post tersebut adalah berita anak - seorang anak atau beberapa anak - yg menzalimi ibubapa atau bapanya sendiri. Seorang menghantarkannya ke rumah jagaan warga tua bukan Islam dan tiga orang lain menipu ayahnya dengan mengambil dua keping tanah milik bapanya tanpa persetujuan bapanya. Satu kes lagi, dia membebankan bapanya menjaga dua anaknya tanpa memberi bekalan nafkah kedua-dua anaknya yg dijaga bapanya dan tidak pula menjenguk bapanya selama 7 tahun! Kalaulah berita itu betul, maka anak-anak yg terlibat itu adalah bakal pengisi neraka! Kerana, Islam menetapkan bahawa seseorang yg Islam itu hanya dapat keridaan Allah (a.w) jika kedua ibubapanya rida terhadapnya. Hanya dengan keridaan Allah (a.w) kita yg Islam dapat syurga, bukan amalan. Kalaulah bapa (terutama ibu) yg terlibat merasai dianianya anaknya dan dia tidak rida terhadap perbuatan anaknya, maka pastilah dia ahli neraka. Tiada siapa yg boleh tolong. Tidak juga sebanyak mana amal ibdahnya dan ketaatannya terhadap Allah (a.w) dan RasulNya.
Oleh itu, berita tersebut sepatutnya menjadi pengajaran kpd kita yg masih sempat berbakti kpd kedua ibubapa kita. malangnya, hari ini semakin meningkat kejahilan di kalangan org Melayu, semakin runtuh akhlak mereka, dan semakin ramailah - sengaja atau tanpa disengajai - menempah tiket ke neraka.
Firman Allah (a.w): 'Dan, Kami (Allah (a.w) wasiatkan (i.e. perintah) manusia supaya (berbuat baik terhadap) kedua orang tuanya, mengandung akandia oleh ibunya kekalahan (i.e. membebankan dan menyulitkan) atas kekalahan (i.e. semakin membebankan dalam kandungan), dan menyusu (serta menjaganya dalam susah payah) selama dua tahu (i.e. tempoh susuan oleh ibu), supaya bersyukur kepadaKu (Allah (a.w) dan (bersyukurlah kepada) kedua orangtua kamu; dan sesunggunnya kelak kepadaKu kamu sekelian akan kembali (untuk dipertanggungjawabkan atas segala sesuatu yg kamu kerjakan atau lakukan di dunia).' [Ayat 14, Surah Luqman]
Ayat di atas adalah perintah wajib terhadap anak terhadap kedua ibu bapa mereka. Mereka wajib syukurkan nikmat Allah (a.w) kerana memberi peluang kpd mereka untuk hidup sementara di dunia. Mereka wajib bersyukur juga kpd kedua ibubapanya, kerana ibunya dalam susah payah menyusukannya selama sekurang-kurangnya dua tahun (i.e. susu badan) dan menjaganya, memberi makan minum, pakaian dan kasih sayang dan mendidiknya pula supaya menjadi orang yg berguna kpd keduanya, kpd masyarakat dan bangsa serta ugamanya. Maka dgn itulah Islam mensyaratkan bahawa sesiapa yg tidak mendapat keridaan kedua ibubapanya semasa di dunia, sudah pasti Allah (a.w) tidak rida padanya di akhirat kelak. Tanpa keridaan Allah (a.w) pasti masuk neraka, wal iya zubillah.
Kemudian, Allah (a.w) berfimrn lagi dalam Ayat seterusnya, Ayat 15, Surah Luqman, bahawa anak-anak itu wajib taatkan kedua ibubapanya dalam apapun situasi dan keadaan apa-apa yg disuruh atau diperintahkan oleh kedua ibubapanya. Ibubapa hanya tidak boleh ditaati sekirangya mereka perintahkan sesuatu yg ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), terurtamajika disuruh syirik i.e. menyembah selain Allah (a.w) atau mensekutukannya i.e. meyakini ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w) dan melakukan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Kemudian, disebutkan pula tanggungjawab kedua ibubapa terhadap anak selain mendidik dan membesarkan mereka adalah disebutkan pada Ayat-ayat 16 hingga 17, Surah Luqman. Saudara boleh baca tafsirnya, kalau nak tau selanjutnya. Yg penting, walau apapun, anak-anak diwajibkan mentaati kedua ibubapanya dan menghormati mereka dan merendahkan diri terhadap mereka serta apabila mereka sudah tua menjaga mereka pula dgn baik sehingga sampai ajal mati mereka. Itulah cara untuk mendapatkan keridaan kedua ibubapa.
Mudah-mudahan kita yg masih ada kedua ibubapa, yg mungkin sekali sudah tua, supaya gunakan sepenuh kesempatan untuk menjaga mereka dgn penuh mesra dan kasih syang serta hormat dan takzim serta membantu mereka ketika tua sekuat mungkin. Insya Allah dgn cara itu, kita mendapat keridaan mereka dan keridaan Allah (a.w), insya Allah. Amin
[Nota: Luqman bukanlah seorang Rasul atau Nabi, tetapi seorang manusia yg hidup suatu zaman yg diilhamkan oleh Allah (a.w) keimanan yg padu terhadap Allah (a.w). Maka dia mendidik anak-anaknya menjadi anak yg soleh. Luqman adalah seorang manusia biasa yg diberi penghormatan oleh Allah (a.w) disebutkan dalam al-Quran. Dalam al-Quran terdapat contoh-contoh manusia - yg soleh dan yg mungkar. Jadikanlah Luqman contoh orang iman selain kita wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh terbaik bagi kita yg Islam dan beriman]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment