Wednesday, July 14, 2010

Menarik hari ini ... Motivasi ESQ 165 (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam akhbar Sinar Harian, termuat satu polemik pendapat serta pandangan dari para pebesar ugama di Indonesia tentang tindakan Mufti Wilayah Persekutuan yg bertindak mewartakan Proram Motivasi ESQ 165 sebagai program yg menyesatkan umat Islam. Kelmarin, tindak tanduk Mufti Wilayah itu disanggah oleh Mufti Perak, yg berpandangan tiada apa-apa yg mencurigakan dalam program ESQ tersebut. Penulis tak taulah apakah isi atau content Program ESQ tu. Mungkin ia hanyalah program motivasi macam program lain juga. Tapi, kerana program ini mendapat sambutan yg menggalakkan di banyak tempat oleh banyak organisasi dan orang atau syarikat coroporate ternama dan amat popular, maka tindakan Mufti Wilayah itu menimbulkan banyak polemik dan cemuhan. Tambahan pula, oleh kerana ramai orang yg bertempat dan berkedudukan tinggi dan berpengaruh dan berwibawa pernah menjadi almuni (bekas pelajar programnya), maka kontroversi itu semakin hebat. Hari ini jaguh ugama dan politik di Indonesia mempertikaikan tindak tanduk Mufti Wilayah itu.
Soalnya, kalau Mufti Wilayah bertindak silap, adakah dia itu cetek ilmunya tentang Islam dan syariatnya, walhal Mufti-mufti di 13 negeri lain lebih faham dan berilmu tentang Islam dan ESQ, sehingga mereka tidak sealiran dgn fikiran beliau? Mengapa wujud perbezaan pendapat? Atau, mungkinkah Mufti Wilayah cetek ilmunya tentang program ESQ dan hubungkaitnya dgn Islam dan syariatnya? Kalau Majlis Mufti tidak menolak program ESQ, mengapa pula Mufti Wilayah terasing, menolak?
Seronok juga membaca perbalahan orang-orang kuat Islam tentang suatu program yg bukanpun diajarkan oleh orang yg alim tentang Islam. Program motivasi yg rasa penulis menceduk sedikit sebanyak kekuatan kerohanian Islam dan syariatnya dan dijadikan bahan oleh motivator. Ramai orang yg bukan ahli ugama atau ulama' dalam konteks Islam gunakan sedikit sebanyak pengetahuan mereka tentang ugama bercakap macam ustaz atau macam ulama', demi menjayakan atau memarketkan program motivasinya.
Banyak contoh: Dato' Dr Fadhilah Kamsah, Dato' Ismail Kamus, Dato' Aidit Ghazali, Dato' suami-isteri Nurbaayah? adalah sample orang-orang sedemikian. Kalau kita tanya mereka tentang perincian ketetapan as-Sunnah, mereka akan terpinga-pinga. Justeru itu, personaliti di belakang program ESQ Dr Ari itu tentu sama. Bezanya, dia dan ESQ, dapat sokongan kuat orang kuat politik dan ugama di Indonesia, dan bekas pelajarnya orang kuat-kuat, mendapati programnya amat bermanfaat, maka lebih berjaya.
Soalnya, mengapakah kita telek suatu program itu sebagai program Islam walhal program itu bukan program Islam. Program pengilmuan Islam adalah program yg mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau orang ajar program lain, dia masukkan sikit sebanyak elemen (i.e. unsur-unsur) Islam, kita boleh lihat betulke atau tidak. Kalau tak betul, nasihatkan perancang program. Tak perlu melatah besar-besaran. Pokok pangkalnya kita wajar ingat, Prog ESQ bukan ajarkan Islam atau syariatnya. Program ESQ, macam banyak program motovasi lain, direka untuk cari fulus atau 'dirham dan dinar', bak kata masyarakat Arab jahiliah! Kalaulah resipi Barat tak menarik dan orang suka dengar ugama, masukkanlah sikit, maka dgn perencah Islam itu, 'gulai ESQ' semakin larislah pula, dan orang yg mengusahakan ESQ akan cepat jadi kayalah! Adakah orang yg mengusahakan serta memperluaskan program ESQ itu golongan orang alim (i.e. ulama')? Tak mungkin. Tapi, orang yg dilantik menasihatkan program nukilan mereka adalah dari kalangan ulama'. Berapa bayarannya (i.e. fees) mereka terima sebagai konsultan ESQ? Namun, kita harus ingatkan mereka bahawa mencari kekayaan yg sedikit menggunkan kalimah Allah (a.w) dan sabda RasulNya, sama gn memperdagangkan ugama kerana dunia. Berat padahnya ...
Saudara bolehlah baca akhbar Sinar Harian hari ini, selain akhbar lain, untuk tahu polemik kontroversi tindak-tanduk Mufti Wilayah tersebut. Atau, saudara boleh tengok program ESQ itu camne mendalam atau meluas intipati atau recipe keIslamannya, terutama dalam konteks aqidah.

Jazkallahu khairah

3 comments:

  1. Salam.
    Pada pendapat saya, kalau kita tidak tahu content ESQ, tak perlulah cepat buat hukum. Apatah lagi Majlis Fatwa WP memfatwakan content dan kaedah ESQ, bukannya operasi mereka yang kelihatan seperti berniaga/bisnes. Kedua, tidak salah orang yang bukan berlatar belakang agama membuat suatu inovasi memahamkan / menyedarkan masyarakat tentang Islam. Sebab, biasanya para asatizah akan kekal dengan stereo type mereka.
    Kaedah dan pendekatan yang berbeza, perlu untuk memenuhi keperluan dan latar belakang masyarakat yang berbeza.
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Tk, Islam menggalakkan org yg tau mengajarkannya kpd yg tak tau. kalau perlukan kaedah yg bijak dalam menarik minat orang yg Islam ataupun separuh Islam ok. tapi, content islam dan syariatnya tidak boleh berubah, itu spesifikasi Allah (a.w) semata-mata. Janganlah kita sesuaikan Islam pada manusia atau pada zaman, kerana yg perlu dan wajar adalah sesuaikan org dan zaman pada Islam, bukan vice versa.Kalaulah Islam itu dibolehkan disesuaikan dgn manusia dan zaman, makan berpecahlah umat Islam menjadi 73 golongan Islam yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, semuanya Islam tapi masuk neraka, kecuali satu yg tidak mengubah sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.Apalah gunanya kita Islam kalau setelah berhempas pulas, dapat neraka juga??
    Jazakallahu khairah

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum...

    Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

    ESQ Parenting Seminar
    "Better Parenting for a Better World"

    Pada 10/10/10 (Ahad)
    di SACC, Shah Alam
    akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
    (Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

    Harga : RM740
    Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
    Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

    Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

    (i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
    (ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
    (iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
    (iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

    ''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

    Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

    Terima kasih.

    Wassalam..

    ReplyDelete