Friday, July 30, 2010

Fahaman Kemazhaban: Apa Kata Imam as-Syafie

Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti pula apa kata Imam as-Syafie yg kononnya dikatakan pengasas fahaman Mazhab as-Shafie, iaitu mazhab yg dijadikan pegangan umat Islam golongan perdana di Malaysia. Penulis gunakan quote "..." pada perkataan 'kononnya', kerana siapakah yg pasti bahawa Imam as-Shafie itu pengasas Mazhab as-Syafie? Adakah tertulis di mana-mana bahawa Imam as-Syafie berhasrat atau memeng berusaa untuk menubuhkan mazhab atau mencari pengikut di kalangan manusia dalam menganuti Islam. Atau, adakah as-Syafie dikatakan pengasas apabila wujud pengikutnya yg sangat kasihkan dia dan kagum dengannya sehinggakan menaikkan mertabatnya menjadi seorang wali yg dianugerahkan Allah (a.w) dgn kelebihan. Maka, pengikut as-Syafie telah menobatkan beliau sebagai pengasas Mazhab', walaupun beliau tidak berniat mahupun berhasrat menubuhkan satu firqah terasing dalam beramal dan beribadah, dan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w).
Sesiapa yg mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith) secara sistematis serta menyeluruh dan sempurna, akan tahu bahawa terdapat sejumlah 49 ulama' muhadithin - ilmuwan yg mengumpul hadith dengan membukukannya sebagai kitab al-Hadith. Kitab koleksi hadith yg diketahui oleh semua orang Islam adalah Kuttubul Sittah (yakni, kitab yg enam), iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Mereka yg ingin digelar atau diktiraf sebagai sahih seorang ulama' (i.e. orang yg berilmu atau luas dan banyak ilmunya tentang Islam dan syariatnya) adalah orang yg faqih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, paling kurang. Namun, seseorang itu layak digelar ulama' apakala dia khattam mengaji, selain al-Quran, Kuttubul Sittah itu.
Mengapa, seseorang itu diiktiraf faqih serta berilmu tentang Islam dan syariatnya apabila mereka telah khattam Kuttubnul Sittah, dan tidak memadai hanya faqih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim? Kerana, ilmu mengenai Islam itu sewajibnya dipelajari dengan sempurna. Kerana ada dimensi syariat Islam ataupun ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg tiada dalam Bukhari atau Muslim, tapi ada dalam kitab-kitab hadith lain. Tambahan pula, setiap seorang ulama' muhadithin itu, ada keistimewaan atau kelebihan masing-masing.
Imam as-Syafie adalah salah seorang dari 49 ulama' muhadithin, walaupun tidak sampai ke tahap Bukhari atau Muslim atau ulama' yg 4 lagi dalam konteks pengumpul hadith atau as-Sunnah. Namun as-Syafie tergolong salah seorang dari 49 ulama' hadith tetapi tidaklah sehebat pengumpul Kuttubul Sittah. Kitab utama Imam as-Shafie adalah 'al-Umm'. Jika kita teliti al-Umm kita akan dapati beberapa ketetapan mengenai Islam dan syariatnya yg bertentangan dgn amalan orang Islam arus perdana sendiri, walaupun beliau diambil sebagai Imam ikutan atau contoh pegikut Mazhab as-Syafie atau pengasas fahaman Mazhab Shafie.
Tapi, yg lebih utama adalah kesilapan para ulama' arus perdana yg menyatakan bahawa Imam as-Syafie pengasas Mazhab as-Syafie dan ajaran as-Syafie itu adalah ajalan yg cocok dgn 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tapi, Imam as-Syafie sendiri mengakui bahawa mazhabnya adalah Mazhab as-Sunnah kerana beliau ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w). Malah beliau sendiri membuat deklarasi mengenai perkara ini dalam tulisannya. Imam as-Syafie tidak pernah menganjurkan suatu ajaran atau ketetapan yg bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, Imam as-Syafie tidak pernah menyatakan wujudnya 'bid'ah hasanah', kerana beliau kekal mendahulukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengajarkan pengikutnya tentang Islam dan segala sesuatu mengenainya.
Inilah apa yg dikatakan oleh Imam as-Syafie. Kita petik deklarasi beliau itu untuk kita sama-sama faham dan sedari.

Mazhab Shafie
Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati.’ [al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]
Beliau menyebut, jika ada ajarannya yg berlainan atau bertentangan dgn as-Sunnah, maka beliau akui dia salah. Kalau kesilapan ajarannya diketahui selepas kematian beliau, beliau berpesan kpd pengikut ajarannya supaya ketepikan atau batalkan ketetapannya dan ikutilah ketetapan as-Sunnah. Kita harus ingat Imam as-Syafie mungkin tidak sempat meneliti kesemua as-Sunnah, maka dgn itu beliau mungkin tersar dalam memberi pandangan.
Imam as-Syafie juga berkata: ‘Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu).’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]
Beliau menyebutkan bahawa jika sesuatu yg beliau ajarkan bercanggah dgn sesuatu hadith yg sahih, maka pendapat atau ketetapan beliau wajib diketepikan. Maksudnya, ambil as-Sunnah dan buang pendapat atau pandangan beliau.
Juga Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku. [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35]
Katanya lagi: ‘Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.’ [ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]
Katanya lagi: ‘Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan (menarik balik ucapanku) selepas matiku.’ [ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]
Pendirian yg serupa disebutkan oleh Imam as-Syafie. Beliau memberitahu pengikutnya bahawa jangan ikuti dia membabi buta atau membuta tuli (i.e. jangan bertaklid padanya kerana taksubkan dirinya). Kita wajib mencari ilmu as-Sunnah supaya kita pasti bahawa siapa saja yg mengajarkan kita Islam, adalah wajib bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan bersumberkan kitab karangan ulama' kerana kemungkin terjadi preskripsi ulama' tersebut silap atau menyimpang, jika dia beluam ketetamui ketetapan mengenainya dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Katanya lagi: ‘Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku.’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]
Kemudian rumusan Imam as-Syafie tentang pendapat beliau dan ajaran beliau. Beliau mengasaskan mazhab atau ikutannya itu semata-mata kpd as-Sunnah. Kalau sesuatu pendapatnya itu didapati bertentangan dgn as-Sunnah, as-Sunnah mengatasi pendapat beliau. Oleh itu, ketaksuban hasil bertaklid kpd fahaman mazhab amat membahayakan. Imam as-Syafie sendiri tidak berani mengatakan sesuatu dgn pasti selagi belum di nilai dalam konteks as-Sunnah. Kalau berlainan dari as-Sunnah, pendapatnya gugur atau terbatal dengan sendirinya. Mudah-mudahan pembaca faham perkara ini. Yg pasti benar adalah al-Quran dan as-Sunnah. Yg pasti salah adalah fikiran atau pendapat manusia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment