Friday, July 30, 2010

Fahaman Kemazhaban: betulke atau salahke?? (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk dia atas. Isu mazhab ini sering menimbulkan prtelingkahan serta tindakan ekstreme dari golongan Islam arus perdana di Malaysia dan di Indonesia, kerana umat Islam arus perdana yg merupakan pengikut kuat fahaman kemazhaban akan melakukan pelbagai perkara untuk menghalang tokoh-tokoh ugama bercakap, berdakwah atau mengajarkan Islam. Golongan Islam arus perdana sering melabelkan golongan yg tidak sebulu dgn mereka sebagai golongan sesat, golongan Islam liberal, golongan wahabi dan sebagainya.
Dalam perdebatan itu, golongan arus perdana, disebabkan mereka teramai dan para ulama' serta ilmuwan tersohor adalah mendapat tempat terkeatas dalam hiraki sosial masyarakat dan kerana golongan yg selain itu dianggap oleh mereka paria atau marhain dalam ilmu serta kedudukan, tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat kecuali segelintir yg menggunakan akal fikiran sendiri memikirkan apakah Islam yg haq itu berpanduan al-Quran dan as-Sunnah.
Sebagai seorang pengkaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah serta dicampur dengan sejarah perkembangan Islam dan temadun masyarakat Islam, kita akan dapati hakikatnya bahawa fahaman kemazhaban ini hanya timbul selepas Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin wafat kesemuanya dan Islam berkembang dibawakan oleh pendakwah yg memiliki 1,001 macam motif dan kepentingan strategik masing-masing. Maka tidak hairanlah begitu banyak versi Islam dan begitu bebrabainya pula pandangan orang yg dikatakan ulama' dan ilmuwan tentang Islam dan syariatnya. Ini timbul kerana mereka yg membawakan Islam ke merata ceruk dunia ketika itu sebenarnya memiliki semangat yg kental untuk berdakwah demi kesejahteraan akhirat meraka masing-masing, kerana menyampaikan dan mengajarkan ilmu tentang Ilsm itu merupakan pelaburan akhirat yg terbaik bagi mereka. Mereka berdkwah, walhal ilmu mereka tidak sebanyak mana. Mereka bercakap walhal mereka tidak menggunkan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. kitab-kitab seperti Kuttubul Sittah sebagai rujukan). Maka dgn itu, pelajar atauanak murid mereka adalah replika mereka sebenarnya - tanpa sandaran ilmu yg haq serta cukup dalam memahami Islam dan syariatnya.
Dalam situasi sedemikian itu, wujudlah ketaksuban kpd personaliti serta kefanatikan terhdapa sesetengah ulama' atau ilmuwan. maka wujudlah fahaman yg berbeza. Wujudlah kumpulan dan perkumpulan dgn hiraki kepimpinan serta penasihat ulama' dan ilmuwan masing-masing, yg diberi tempat oleh yg berkuasa. Terjadilah perkumpulan atau firqah-firqah atau mazhab sekarang ini, 200 tahun kemudian dari pemerintah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Islam mula dicemari oleh fikiran dan pendapat serta kebijaksanaan akal fikiran manusia. Inilah realiti sekarang.
Kepincangan ilmu ini berterusan sampai sekarang kerana para ulama' dan ilmuwan Islam tidak merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah atau al-Hadith dalam program atau proses mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Mereka gunakan kitab-kitab karangan para ulama' yg pandai bercakap dan pandai berdebat dan pandai berhujjah dgn kebijaksanaan akal fikiran mereka! Maka, kerana terbatasnya ilmu para ulama' dan ilmuwan dan mereka pula semakin terpengaruh mencari kedudukan keduniaan - sebagai para akademik Barat - berbangga dan bermegah dgn research dan penilitian mereka dan dgn pentafsiran mereka, maka para ilmuwan pula mencontohi perilaku serta peradaban pengilmuan Barat dalam meneliti Islam dan syariatnya. Mereka menganggapkan al-Quran serta sabda Rasulallah (s.a.w) sebagai bahan untuk penyelidikan dan untuk dirumuskan dan ditakrifkan mengikut kebijaksanaan akal fikiran manusia. Maka, banyaklah pencemaran dalam takrifan serta ramifikasinya kpd bentuk-bentuk dan cara beramal. Inilah realiti sekarang.
Yg wajib kita fahami adalah al-Quran dan as-Sunnah bukanlah idea atau tulisan atau mesej yg tertakluk kpd takrifan manusia. A-Quran dan as-Sunnah adalah printah Allah (a.w) secvara langsung melalui apa yg tertulis dalam al-Quran atau penjelasan apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah.
malang hari ini, ramai para ulama', tanpa mengakui bahawa mereka sendiri kurang ilmu, cuba memberi pentafsiran bersandarkan pendapat mereka. Kerana kedudukan strategik mereka, para pemimpin yg jahil ilmu tentang Islam dan syariatnya, mengiyakan kata-kata mereka. Para ilmuwan pula yg belum diiktiraf sebagai ulama', dgn berpegang kpd ijazah Ph D mereka, mereka mengadakan pelbagai forum untuk mengutarakan kepintaran akal fikiran mereka mentafsirkan itu dan ini bersandarkan 'academic research' yg mereka lakukan dgn para imuwan lainpula, termasuklah para ilmuwan yg fasih bahasa Arab dan lus ilmunya tentang Islam dan lain-lain ugama, membuat rumusanbegitu dan begini tentang ugama, termasuklah ugama Islam.
Lebih para pula, semakain ramai para lmuwan dan ahli akademim Islam cuba memahami sifat-sifat ketuhanan sebagaimana yg difirmankan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran atau sebagaimana yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah! Lebih parahlah lagi aqidah manusia. Walhal, Allah (a.w) perintahkan manusia itu bukan untuk cuba mentafsirkan Allah (a.w) yg ghaib, tetapi apa yg disuruh dan mengkaji kejadiaan segala sesuatu supaya manusia akan bertambah yakin tentang wujudnya Allah (a.w). Tapi, ramai ulama' dan ilmuwan cuba mentafsirkan sifat-sifat Allah (a.w) secara fisikal dan secara spiritual. Fiskal apakala timbul usaha menjelaskan 'tangan Allah', arsya Allah, bagaimana Allah turun ke langit dunia dan sebagainya. Spiritualnya, manusia itu boleh mencapai tahap spiritual yg tertinggi sehingga menguasa beberapa sifat Allah (a.w) di kalanmgan pengikut tarikat dan tasauf.
Yg lebih utama pada orang Islam adlahmentaati perintah Allah (a.w) dan mentaati suruhan Rasulallah (s.a.w), dan ketaatan terhadap 'ulil amri', anak-anak terhadap ibu bapa, isteri terhadap suami serta hubungan antara sesama manusia. Itu yg utama. Bukan cuba mengkaji dan membuat tafsiran tentang Allah dan sebagainya.
Fahaman kemazhaban akan berkekalan selagi para ulama' dan ilmuwan Islam masih cetek ilmunya mengenai al-Quran dan as-Sunnah. Selagi umat Islam tidak diilmukan dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara sempurna, selagi itulah Islam akan berpecah, mazhab akan kekal. Hanyal ilmu yg hak dapat memisahkan umat Islam dari ketaatan yg haq terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dgn ketaatan mengikuti fahaman mazhab. Jika itu berlaku, umat Islam akan terpandu dan mereka akan selamat di akhirat, kerana itulah janji Rasulallah (s.a.w) dan itulah janji Allah (a.w). Manusia Islam tidak selamat selagi mereka anuti Islam dalam kejahilan. Mereka tetap akan tersesat jika mereka taksub dgn firqah atau fahaman kemazhaban.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment