Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan bincangkan tajuk ini buat beberapa post akan datang. Kali ini kita lihat sepotong hadith yg pendek yg memberikan tiga ketetapan yg berasingan, selain tentang puasa dalam bulan Ramadhan.
Orang yg Rugi Dalam Bulan Ramadhan
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Rompong hidung seorang lelaki ketika disebutkan namaku di sisinya maka tidak mendoakan dia (yakni, menyebut 'sallahhu 'alaihi wa-sallam') atasku; dan rompong hidung seorang lelaki apabila masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian lewat (yakni, habis) Ramadhan sebelum diampunkan dosa-dosanya; dan rompong hidung seorang lelaki apabila menjumpai atasnya kedua orang tuanya maka tidak memasukkan oleh mereka kedua akan dia ke dalam syurga.' [Hadith sahih, Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
ADa tiga ketetapan dalam potongan hadith ini: akan tidak berhidung seorang lelaki di hari qiamat kelak jika dia terlibat dalam salah satu perkara berikut:
1. Apabila disebut kalimah Rasulallah atau Nabi, dia tidak menyebut kalimah 'sallallahu 'alaihi wa-sallam' atau ditulis dalam blog ini 's.a.w);
2. Apabila tiba Ramadhan tidak terampun dosanya kerana tidak mengerjakan puasa Ramadhan atau mengerjakan puasa Ramadghan tetapi tidak mendapat sebarang pahala dari puasanya; dan
3. Apabila dia masih mempunyai kedua orang tuanya - ibu dan bapa - yg tidak memasukkan dia ke dalam syurga kerana kedua-dua tidak rida atasnya.
Apabila dibangkitkan kelak, dia adalah antara orang yg tidak berhidung. Mereka adalah calun neraka. Begitulah utamanya tiga perkara yg disebutkan dalam hadith tersebut.
Ketetapan yg ketiga itu menyebutkan kedua ibubapa seseorang itu tidak memasukkan anak-anak ke dalam syurga. Ini berlaku apabila kedua-dua tidak rida terhadap anak-anaknya. Kita diberitahu bahawa ridanya Allah (a.w) terhadap kita apabila rida kedua ibu bapa kita terhadap kita,. Anak-anakyg tidak mengendahkan ibu bapanya, tidak melayaninya terutama menjaganya ketika sudah tua dan dhaif, adalah anak-anak yg tidak dimasukkan oleh kedua ibu bapanya ke dalam syurga. Hari ini begitu banyak kes dan contoh anak-anak yg mengabaikan kedua ibu bapanya kerana pelbagai sebab, kerana dunia selalunya. Seumpama mereka yg menghantar ibu bapanya tinggal di rumah orang tua-tua. Anak-anak yg tidak menafkahkan saraan untuk kedua ibu bapanya dan seumpamanya.
Oleh itu berwaspadalah ketika kita masih berkesempatan untuk melakukan ketiga-tiga perkara yg disebutkan dalam hadith di atas itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment