Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'Puasa Fardu Ramadhan' memandangkan tidak lama lagi kita akan menemui Ramadhan. Terlalu banyak fadhilat puasa Ramadhan serta fadhilat kelebihan bulan Ramadhan, untuk kita sia-siakan.
Kefadhalan Puasa Ramadhan
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala diampunkan oleh Allah (a.w) baginya apa-apa yg didahulukannya dari beberapa dosanya yg telah lalu. Dan barangsiapa berdiri atau menetapi (yakni, mengerjakan solat dan mengimarahkan malam Ramadhan) malam lailatul qadr dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala di sisi Allah (a.w), diampunkan baginya apa-apa yg didahulukannya (yakni, dosa-dosa) dari dosa-dosanya yg lalu.' [Hadith Bukhari di dalam Bab Solat Terawih]
Dan juga hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berdiri (yakni, menetapi pada ibadah) dalam bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala di sisi Allah (a.w) baginya, diampunkan oleh Allah (a.w) baginya apa-apa yg telah didahulukan (yakni, dosa-dosanya) dari dosa-dosanya yg telah lalu.' [Hadith Bukhari di dalam Bab Solat Terawih]
Dua hadith di atas itu menyebutkan kefadhalan atau keutamaan beribadah dalam bulan Ramadhan, selain ibadah khusus berpuasa pada siang harinya. Orang yg yg menetapi beberapa ibadah sampingan dan ibdah sunat khusus pada malamnya dgn sepenuh keimanan, yakni dikerjakan semata-mata kerana menepati perintah Allah (a.w) dan dikerjakan dgn niat yg satu iaitu semata-mata mencari pahala semaksimum yg mungkin dari Allah (a.w), maka segala dosa-dosa yg lalu akan diampunkan oleh Allah (a.w). Allah (a.w) memberi peluang kpd kita dalam bulan Ramadhan untuk menghakis segala dosa-dosa kita yg telah lalu - setahun selepas Ramadhan yg lalu - jika kita juga bertindak sedemikian dalam bulan Ramadhan yg lalu. Justeru itu, sesiapa yg secara istiqamah memaksimumkan ibdahnya dalam bulan Ramadhan setiap tahun, maka pastilah dia tidak mempunyai dosa yg melayakkan dia dibersihkan dalam neraka di akhirat kelak. Maka selamatlah dia dari neraka dan jadilah dia orang yg berjaya menduduki syurga.
Ibadah puasa yg boleh memaksimumkan pahala sejajar dgn ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w) itu adalah meminimumkan dosa yg termungkin dari kesemua panca indera kita -mata, telinga, mulut, tangan dan kaki dan lain-lain anggota badan ketika berpuasa, dan bukan setakat menahan lapar dan kehausan. Inilah kelakuan ketika berpuasa di siang harinya. Dan, pada malamnya pula, kita mengerjakan Solat Terawih. Solat Terawih itu boleh dikerjakan secara berseorangan atau bersendirian atau dijema'ahkan di masjid atau surau atau mana-mana musolla (tempat bersolat). Kerana solat-solat sunat itu lebih afdhal dibuat di rumah supaya tidaklah menjadikan rumah kita 'tanah perkuburan' yg sunyi sepi tidak diimarahkan pada malamnya. Solat Terawih itu boleh dibuat 8 rakaat, jika mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w), iaitu disolatkan empat-empat rakaat satu 'salam', dan ditutup dengan Solat Witir disudahi satu atau tiga rakaat dengan satu 'salam'; atau, dibuat 20 rakaat, mengikuti sunnah Omar ibnu Khattab (r.a), sebagaimana kelaziman di masjid dan surau, disolatkan dua-dua rakaat satu 'salam', kemudian ditutup dengan Solat Witir, satu atau tiga rakaat disudahi dgn' salam'.
[Nota: Sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Omar dalam kes ini, adalah sebahagian daripada 'as-sunnah', demikianlah ketetapan Rasulallah (s.a.w), bahawa orang iman tetapi atau ikuti as-Sunnah yg merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah].
Selain Solat Terawih itu, kita juga digalakkan membaca sebanyak mungkin al-Quran dan seboleh-bolehnya satu juzu' setiap malam, supaya kita khattam al-Quran itu sekurang-kurangnya sekali, dalam bulan Ramadhan. Kita juga digalakkan berwirid, berzikir atau membaca takbir, tasbih dan tahlil serta memperbanyakan doa pada waktu malamnya. Secara berjema'ah kita juga digalakkan bertadarus al-Quran - yakni, sekumpulan kita sama-sama membaca al-Quran, iaitu seorang membaca dan yg lain memerhatikan dan memperbetulkan sebarang kesilapan bacaan dan kemudian dibaca secara bergilir-gilir.
Amalan yg diutamakan selepas 20 Ramadhan (yakni, 10 malam terakhir Ramadhan), kita digalakkan beriktikaf di masjid, yakni berada di masjid setiap malam untuk acara ibadah secara bersendirian atau berkumpulan, untuk mencari lailatul-qadr. Dalam Surah al-Qadr disebutkan kefadhalan malam qadr itu. Allah (a.w) diiringi oleh malaikat Jibril (a.s) dan rombongan para malaikat rahmat turun ke langit dunia sepanjang malam untuk menganugerahkan kpd orang iman segala sesuatu yg dikehendakinya. Allah (a.w) dengan iringan para malaikat akan berada di langit dunia sehinggalah tiba atau masuk waktu Subuh. Sesiapa yg menemui lailatul qadr itu, kefadhalan yg diperolehinya melebihi amalan dan ibadah yg sempurna (perfect) sebanyak 1,000 bulan (i.e. alfi syahrin) atau sama dgn amalan dan ibadah sempurna 83 tahun. Orang yg menemui malam qadr itu dijamin masuk syurga kerana segala dosanya dihapuskan dan amalannya sempurna selama 83 tahun walaupun mungkin dia hanya hidup 45 tahun!
Menyebut tentang malam qadr ini malaikat Jibril (a.s) pernah memberitahu Rasulallah (s.a.w) iaitu dalam zaman sebelum Islam, terdapat 4 orang ralib (i.e. ulama' Bani Israil) yg berusaha menyempurnakan amalan dan ibadah sebagai membuktikan ketinggian ketaqwaan mereka terhadap Allah (a.w) serta sebagai menyahut perintah Allah (a.w) selama 80 tahun usia mereka tanpa sekelip matapun membuat dosa. Mendegra cerita itu, Rasulallah (s.a.w) sangat merasa hairan. Namun, malaikat Jibril (a.s) memmberitahu Rasulallah (s.a.w) tidak perlu merasa ajaib perlakuan ralib tersebut. Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa umat beliau, yakni kita yg Islam kini, diberi oleh Allah (a.w) anugerah yg jauh lebih baik, iaitu malam qadr, yg melebihi ketaqwaan dan kefadhalan ralib tersebut, kerana menemuinya hanya semalam, kita berjaya mendapat kesempurnaan ibadah 83 tahun (i.e. 1,000 bulan)!
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dgn keazaman untuk mengimarahkan malam Ramadhan kita, dan semoga kita berjaya menemui malam qadr itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment