Sunday, August 1, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai menyambung perbincangan kita mengenai bulan Ramadhan dan fadhilatnya, dalam post kali ini kita teliti sepotng hadith qudsi yg menyebut tentang pahala puasa bulan Ramadhan itu. Semua amalan dan ibadah mendapat pahala di sisi Allah (a.w) walalupun sebenarnya kita tidak wajar diberi pahalapun kerana kita bertanggungjawab memenuhi perintah Allah (a.w) untuk mengabdikan diri kita kepadanya kerana kita diberi peluang hidup. Inilah mesej Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri (yakni, beramal dan beribadah) kepadaKu.' Justeru itu, tidakpun perlu diberi pahalapun. Tapi, Allah (a.w) itu amat pemurah. Walaupun tanggungjawab kita beribadah, kita tetap diberi pahala kerana mengerjakannya. Malah lebih pemurah lagi Allah (a.w) kerana setiap amalan yg baik (termasuk ibadah) diberi gandaan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda pula, tergantung kepada sejauh mana kita benar-benar ikhlas dalam ibadah dan amalan kita semata-mata mencari keridaan Allah (a.w).

Gandaan Pahala Berpuasa

Dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) teramat pemurah kpd kita yg Islam apabila kita berpuasa. Ada banyak kurniaanNya. Malahan pahala berpusa digandakan melebihi had 700 kali ganda gandaan amalan dan ibadah selainnya dalam bulan-bulan yg lain. Hanya Allah (a.w) yg tahu berapa banyak gandaannya yg kita dapati. Kita akan tahu di akhirat kelak. Disanalah kita menerima dividen dan bonos kerana amalan dan ibadah kita ketika di dunia.
Diriwayatkan hadith dari Abi Soleh az-Zaiyat sesungguhnya dia mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Telah berfirman Allah (a.w): 'Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala yg ditetapkan, iaitu gandaan 10 hingga 700 kali ganda itu), kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku (Allah (a.w) membalas dengan pahalanya. Adapun puasa itu adalah perisai atau pelindung (bagi orang yg berpuasa). Dan ketika ada berpuasa salah seorang kamu pada hari puasa jangan berjimak (dgn isteri di siang hari) dan jangan mengadu dumba, maka sesungguhnya (perbuatan sedemikian) memakan (ie. menghapuskan pahala) pada seseorang atau bertengkar (seseorang) maka katakanlah kepadanya 'aku berpuasa'.' Dan demi diri Muhammad (s.a.w) dalam genggamanNya (yakni, bersumpah Rasulallah (s.a.w) kpd Allah), maka sesungguhnya bau busuh dari mulut salah seorang kamu yg berpuasa itu lebih harum di sisi Allah (a.w) dari bau keharuman minyak (wangi) kasturi (misk). Bagi orang yg berpuasa itu mendapat dua kesenangan atau kegembiraan atau keriangan, (pertama) ketika berbuka mereka yg berpuasa, dan (kedua) ketika bertemu dengan Tuhannya senang atau suka Dia (Allah (a.w)) dengan puasanya (yakni, terhapus segala dosanya dan mendapat syurga dia).' [Hadith Bukhari, Kitab Puasa]
Demikianlah Allah (a.w) memberitahu orrang yg berpuasa itu bahawa pahala puasa itu hanya Allah (a.w) yg menentukan gandaannya. Pastilah gandaan lebih dari 700 kali gandaan tergantung kpd apa yg Allah (a.w) nilai puasa seseorang itu. Kemudian disebutkan bahawa orang yg berpuasa itu mendapat dua kegembiraan. Ketika di dunia ketika berbuka dan kemudian merayakan pula Aidil Fitri. Kemudian di akhirat dapat menemui Allah (a.w) kerana puasanya, yakni masuk syurga.[Nota: Disebutkan dalam hadith penghuni syurga itu dapat nikmat yg paling tinggi yg boleh diperolehi oleh manusia, iaitu nikmat melihat wajah Allah (a.w) di akhirat. Hanya ahli syurga saja yg diberi kesempatan melihat wajah Allah (a.w)].
Semoga kita diberi Allah (a.w) kekuasaan dan kemampuan untuk berpuasa sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan yg akan datang ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment