Wednesday, August 11, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti beberapa potongan hadith tentang pahala bonos yg kita boleh dapati dalam bulan Ramadhan ini, kalau kita lakukan berbagai amalan mudah, antaranya:
1. Segera berbuka
2. Berbuka dgn tamar (atau kurma)
3. Lambat bersahur
Segala amalan baik dalam bulana puasa digandakan pahala melebihi 700 kali gandaaan. Demikian juga, segala amalan buruk atau maksiat dalam bulan Ramadhan digandakan dosa melebihi 700 kali gandaan pula.
4. Memberi makan pada orang yg berpuasa pula membolehkan kita mendapat pahala seumpama pahala orang yg berpuasa tersebut yg kita beri makan atau yg kita jamu, tanpa menjejaskan pahala bagi dirinya sendiri.

Puasa yg Tidak dapat Pahala

Sebaliknya, kita diberitahu dalam, hadith berikut bahawa sekiranya kita berkata-kata mencaci atau mengumpat atau megata orang lain dalam bulan puasa segala pahala puasa kita terhakis atau terhapus atau terpadam kesemuanya. Yg mengikis pahala puasa dan pada masa yg sama mendatangkan dosa pula adalah karenah mulut atau lidah kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]

Hadith di atas ini menyatakan bahawa tiada gunanya seseorang itu meninggalkan makan minum, yakni berpuasa, jika bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, sama ada pada malamnya atau pada siangnya. Maksudnya, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, semata-mata sia-sia berlapar dan berdahaga. Mengikut para ulama’ seseorang yang berpuasa wajiblah dia menjaga enam perkara:

§ Menjaga matanya;

§ Menjaga lidahnya (kata-katanya);

§ Menjaga telinganya;

§ Menjaga tangan dan kakinya;

§ Menjaga anggota kelaminnya;

§ Tidak membanyakkan makan apabila berbuka; dan

§ Hatinya adalah ikhlas dengan perasaan penuh taqwa.

Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]

K

alaulah ada orang yg cuba mengganggu gugat puasa kita dengan pelbagai ajakan atau perlakuan, maka hendaklah kita beritahu mereka yg kita berpuasa. janganlah ayani orang tersebut, kalaulah ajakannya mendatangkan kemaksiatan atau dosa.

Diriwayatkan hadith daripada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan membuang masa, seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum].

Mudah-mudahan dalam Ramadhan tahun ini dapat secara tertib dab beristiqamah berpuasa dgn penuh kesedaran, keimanan dan ketaqwaan, insya Allah.

Jazakalalhu khairah




No comments:

Post a Comment