Thursday, August 12, 2010

Menarik hari ini ... Bunuh Diri dan Membunuh?? (Samb).)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar kelmarin, termasuk akhbar Berita Harian, dilapurkan pengumuman pihak Polis yg menyiasat kes 'bunuh diri -membunuh' yg berlaku berhampiran Exit Sg Buluh di Lebuhraya NKVE dalam kereta Toyota Caldina bilamana seorang bekas ADUN Selangor, Dato' Abdul Aziz b Mohd Nor (64 tahun) dan pembantu peribadinya, Siti Rohana (43 tahun) dijumpai ditembak dalam kereta yg terbabas di pengadang lebuhraya tersebut, 3 Ogos minggu lalu.
Mengikut kenyataan ringkas CPO Selangor itu kes ini adalah kes bunuh diri dan membunuh. Semasa kejadian itu bekas ADUN itu yg memandu kereka sementara pembantunya duduk di tempat duduk sebelah pemandu di kirinya. Ketika ditemui wanita itu ditembak dua kali, sekali di rusuk dan sekali di kepala (belah kanan), manakalah bekas ADUN itu ditembak di kepala belah kanan. Tak banyak polis nak kata.
Ada spekulasi drpd beberapa orang yg menyatakan bahawa dua orang tersebut ada hubungan intim yg tidak diketahui oleh keluarga bekas ADUN selama antara 7 hingga 10 tahun . Malah bekas ADUNlah yg memodalkan perniagaan wanita itu. Wanita itu inginkan hidup yg halal disamping seorang suami dan hidup berkeluarga dengan stabil serta halal, tapi bekas ADUN, tak mahu ambil tanggung jawab dan tak rela berkahwin secara sah. Kebetulan pula si wanita itu telah dilamar oleh seorang lelaki lain untuk berkahwin, tapi tidak dibenarkan oleh bekas ADUN. Maka, terjadilah bergaduhan dalam kereka. Tertembaklah wanita di rusuk. Panik ex-ADUN tembak kepala wanita supaya segera mati. Kemudian dia pula panik takut siasatan yg akan membabitkan berbagai perkara dan rahsia, ingin selesaikan cerita dan rahsia dgn menembak kepalanya sendiri. Itulah katanya yg berlaku.
Yg penting kita perhatikan adalah: mengapakah semakin ramai orang Islam atau orang Melayu yg Islam kini sanggup membuat jenayah dunia dan jenayah akhirat yg besar-besar tapi tak mahu bertanggung jawab semasa di dunia? Mereka sanggup berdusta. Mereka sanggup membunh orang? Dan, malah mereka sanggup 'commit suicide'??
Dulu kes seorang lelaki kacak bekerjaka dgn MBSA mengadakan hubungan dgn teman wanitanya, tak silap Rozita, sehingga membunh wanita itu. Tapi, dalam mahkamah dunia lelaki itu terlepas. Pastilah dalam mahkamah akhirat tak akan terlepas.
Semua orang Islam tahu bahawa membunuh seorang Islam itu tertakluk kpd hukum had, yakni dibunuh atau pihak keluarga yg dibunuh menetapkan hukumannya sama ada dibunuh atau dibayar kifarah yg ditentukan oleh keluarga yg dibunuh. Itu akan menyelesaikan kesalahan di dunia, tapi kesalahan di akhirat tertakluk kpd ketetapan Allah (a.w). Orang yg bunuh diri dihukum Islam jatuh kafir. Orang yg membunuh orang Islam juga jatuh kafir. Jadi, selesai urusan dunia, selesai juga urusan akhirat, kerana pasti masuk neraka! Tapi, hari ini orang Islam dan orang Melayu sendiri begitu dangkal iman dan ketaqwaannya serta begitu jahil dia, malah begitu kurang yakin dia dengan segala sesuatu bersandarkan kehidupan akhirat. Tidak menghairankanlah, perkara seumpama kes yg kita sedut ini berlaku.
Pengajarannya, kalaulah sudah terlanjur, mintalah ampun pada Allah (a.w) semoga Allah (a.w) ampuni kita dan jadilah orang yg baik. janganlah cari jalan pintas dgn membunuh dan bunuh diri. Tidak selesai masalah kita. Yg selesai kita menempak tempat dalam neraka sahaja, wal iya zubillah.
Semoga Allah (a.w) menjauhkan dari fitnah (cubaan) seumpama ini, kerana kita tidak berupaya untuk mengahadapinya ketika berhadapan dgn masalah sedemikian. Mudah-mudahan Allah (a.w) selamatkan kita, amin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment