Assalamualaikum,
Sauadara, hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa Ramadhan. Dua minggu lagi kita akan merayakan raya Aidil Fitri, iaitu satu dari dua kegembiran umat Islam apabila dia berpuasa Ramadhan. Kegebiraan kedua adalah apabila dia benar-benar berjaya dalam puasanya apabila terhakis segala dosanya yg lalu, kerana dia berpuasa dengan penuh keimanan mengharapkan pahala maksimum dari Allah (a.w). Untuk mendapat ganjaran pahala terbanya hendaklah dia lakukan perkara-perkara berikut:
1. Benar-benar berpuasa di siang hari dengan menjaga panca inderanya dari berbagai bentuk maksiat
2. Pada siang harinya dia mengerjakan solat-solat sunat lainnya, seumpama Solat Duha dan membaca al-Quran siang harinya
3. Pada malamnya dia mengerjakan Solat Terawih, Solat Witir dan lain-lain amalan spt berwirid dan berzikir, bertadarus (atau membaca) al-Quran
4. Pada 10 malam terakhir Ramadhan dia Iktikaf di masjid
Bukan senang untuk mendapat pahala maksimum tersebut. Terutama dalam situasi zaman moden ini. Di mana-mana saja kita akan melihat kemaksiatan, mendengar kemaksiatan dan bercakap sesuatru yg maksiat, tanpa disengajai atau disengajai. Namun, kita wajar berusaha sedaya mungkin.
Penulis ingin memuatkan suatu peringatan Rasulallah (s.a.w) kpd kita melalui hadith berikut. Kerana ramai orang salah faham mengenainya. Insya Allah, penulis akan jelaskan.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) (berkata) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w)bersabda: 'Ketika mati seorang manusia (yg Islam dan iman itu), maka terputuslah darinya (atau baginya) segala amalannya, kecuali (yg tidak putus darinya) tiga perkara: (pertama) pahala dari sedekah jariah yg mengalir padanya; (kedua) ilmu yg dimanfaatkan olehnya; dan (ketiga) anak-anaknya yg soleh/solehah yg mendoakannya. [Hadith Muslim, Kitab Wasiat]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita bahawa pahala yg kita perolehi untuk bekalan akhirat kita yg akan dihisab untuk menentukan sama ada kita ke syurga atau ke neraka itu adalah berdasarkan segala amalan makruf dan ibadah yg kita kerjakan semasa hidup kita. Apabila kita mati tiada lagi yg dapat dibekalkan atau kita bekalkan kecuali tiga amalan yg akan terus membekalkan kita pahala sehingga kiamat dunia atau sehingga tiada lagi sumber tersebut.
1. Sedekah jariah yg kita keluarkan semasa hidup kita seumpama wakaf atau sumber wang ringgit atau harta yg berguna untuk fi sabilillah atau untuk mengimarahkan dan membangunkan atau melancarkan lagi syiar Islam seumpama pusat-pusat pengajaian ilmu yg memanfaatkan manusia dalam ugamanya dan untuk bekalan akhirat mereka.
2. Ilmu yg memanfaatkan orang islam demi ugamanya dan akhiratnya, bukan ilmu yg memanfaatkan orang dalam kehidupan dunianya. Allah (a.w) tidak menilai sesuatu yg bersifat keduniaan, sehinggakan jikalah dunia ini sama nilainya pada Allah (a.w) dgn kepak seekor lalat, maka tidak akan diberi rezki pd orang yg kafirpun. Yg utama pada Allah (a.w) itu adalah akhirat. ilmu yg mendapat pahala bukanlah ilmu mengenai sesuatu yg menguntungkan dunia kita, tapi ilmu yg dapat membantu manusia meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya dan membantu manusia Islam bersedia untuk akhiratnya. Inilah yg sering disalah faham oleh para ulama' dan ilmuwan Islam, apabla mereka merangkumkan dalam tafsir hadith ini tentang ilmu keduniaan.
3. Anak-anak yg soleh dan soleh yg mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibu bapanya.
Dalam konteks kiriman pahala atau pengaliran pahala kebaikan kpd kita setelah kita mati, kita boleh ibaratkan ketiga-tiga tersebut itu sebagai pelaburan akhirat yg mengalirkan dividen akhirat kepada kita, selagi pelaburan itu kekal wujud. Dividen akhirat dari sedekah jariah itu tergantung kpd bentuk dan jenis sedekah tersebut. kalau bangunan masjid, misalnya, selagi masjid itu digunakan dan amalan serta ibadah yg dikerjakan oleh orang yg mengunjunginya adalah amalan dan ibadah yg mendatangkan pahala, jika amalan dan ibadah itu tepat mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. kalau bukan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, kemungkinan kita dikirmkan dosa pula!
Pelaburan ketiga anak-anak yg mendoakan kesejahteraan pada kiat. kalau mereka doakan. kalau mereka juga orang yg tinggi keimanannya, kerana jika tidak anak kita mungkin tak solat. hanya doa ketika besolat (fardu dan sunat) sahaja yg diterima atau diambil kira! Beraa ramaikah orang Islam yg meninggalkan anak-anak yg soleh dan solehah hari ini? Yg ramai meninggalkan anak-anak yg menghabiskan wairsan harat dan kekayaan ibu bapanya secara batil dan membuat maksiat!
Pelaburan yg ketiga yg lebih anjang usi lakunya atau anjang masa aliran dividennya adalah ilmu. Tapi, bukan sebarang ilmu. Hanya ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah, kerana ilmu itulah yg memberi panduan yg berguna untuk dunia dan akhirat orang yg belajar dengannya. Bukan ilmu dunia spt ilmu perubatan, sains, komputer dan seumpamanya. Ilmu-ilmu sedemikian berguna untk dunia dan bukan untuk akhirat! Ini sejajar dgn ketetapan Islam bahawa seseorang yg Islam itu wajib memelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Jika ada seseorang yg mengakui dirinya Islam kemudian tidak berusaha mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka dia berdosa setiap saat dan ketika. Bila dia belajar, maka terhapuslah dari terkena dosa kerana mengabaikan tanggungjawab belajar ilmu. dalam Islam ilmu itu hanya tiga: iaitu, ilmu al-Quran ; Ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith) dan Ilmu faradi yg adil. Jika kita belajar tiga ilmu ini, maka kita telah memenuhi tanggungjawab belajar ilmu. Orang yg memiliki ilmu-ilmu tersebut terlepas dari kewajipan menyampaikan ilmu dan mendapat kiriman pahala pula apabila yg belajar mengamalkannya. Kalau kita tida ilmu, hendaklah kita rapati orang yg berilmu supaya kita belajar dan bantu kembangkan program pengajaran ilmu tersbut supaya kita termasuk dari kalangan orang yg mengembangkan ilmu yg haq, kita juga dapat dividen akhirat.
Mudah-mudah dengan penjelasan ini pembaca lebih faham tentang hadith ini. Ingatlah, apabila Allah (a.w) dan RasulNya sebutkan sesuatu manfaat, hendaklah kita sentiasa bayangkan bahawa mnfaat itu adalah sebagai simpanan pahala untuk kebajikan akhirat kita. Dunai tidak masuk kira dalam Islam. kalau dunia itu utama, maka sudah pastilah yg kaya saja untung dan yg miskin pasti rugi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment