(a) Berbuka dengan Tamar (Kurma)
Pahala as-Sunnah yang pertama adalah ketika berbuka. Jika kita berbuka dengan buah tamar (atau kurma), kita mendapat pahala.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (mensucikan perut kamu).’[Hadith at-Termidzi].
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin ‘Amir ad-Dhabii (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila berbuka puasa seseorang daripada kamu maka hendaklah berbuka atas (yakni, dengan) tamar (kurma), maka bahawasanya barakah (yakni, berkat), maka barangsiapa tidak dapat (menjumpai)(tamar), maka berbukalah atas (yakni, dengan) air, bahawasanya air itu mensucikan perut kamu).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
(b) Segerakan berbuka ketika masuk waktu Maghrib
Lazimnya, ketika diazankan Maghrib, kita disuruh segera mengerjakan Solat Maghrib. Namun, dalam bulan Ramadhan berbuka dahulu bariu solay Maghrib adalah keringanan (rukhsah) yg diberikan oleh Allah (a.w) kerana kita berpuasa. banyk pahalanya kita perolehi sebagai bonos aopabila kita lakukan perkara-perkara yg disebutkan dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adalah Nabi (s.a.w) berbuka puasa dia dahulu daripada solat atas beberapa (biji) rotab (iaitu buah kurma yang baru masak belum kering), maka jika tidak ada beberapa (biji) rotab, beberapa biji tamar (kurma kering) menghirup dia beberapa hirupan air.’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ [Hadith Imam Ahmad]
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Maksud: HambaKu yang amay Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith qudsi berikut, kita diberitahu bahawa Allah (a.w) sukakan kita berbuka segera tatkala sampai waktu atau masuk waktu Maghrib itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ [Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi]
(c) Melambatkan Bersahur
Adalah juga menjadi amalan sunnah, yakni mendapat pahala pula, apakala melambatkan bersahur. Jelasnya, kita dapat pahala bonos pula apabuila kita lambat bersahur. hari ini masuk waktu Subuh, katalah jam 5.56 pagi, maka kita boleh bersahur jan 5.15 dan selesai makan sebelum masuk waktu Solat Subuh.:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat (yakni, Solat Subuh). Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat Subuh)?’ Berkata Thabit: ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith berikut menyebutkan bahawa walaupun azan Subuh telah diazankan, kita masih boleh berbuka. Azan ini adalah azam pertama sebelum azan kedua. Azan kedua masuk waktu Subuh. Maksudnya kita dibolehkan melambatkan bersahur sehingga masuk waktu Subuh.
Diriwayatkan hadith daripada Samrah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada menegah sekelian kamu daripada sahur kamu sekelian oleh bang (azan) Bilal dan tidak (menegah bersahur oleh) fajr yang menyorong tinggi (kelihatan terbit terus ke tengah langit), dan akan tetapi (berhenti bersahur pada) fajr yang berselerak (cahayanya) di kaki (ufuk) langit.’ [Hadith hasan at-Termidzi]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment