Saturday, August 14, 2010

Islamkah kita? Benarkah Islam kita??

Assalamualaikum,
Saudara, bagi orang Melayu semua mengakui dia Islam. Begitu juga bagi kumpulan etnik lain - Cina, India, Bajau, dan sebagainya - yg Islam akui mereka Islam. Kalau tanya mereka, mazhab apakah atau manakah jadi pegangan atau ikutan mereka? Orang Melayu akan jawab mazhab as-Syafie. Orang India jawab mereka pengikut Hanafi atau Maliki atau Hanbali. Seolah-olah dalam Islam wajib bermazhab. Tanpa mengikuti fahaman mazhab tidak sempurna Islam seseorang itu! Ini adalah satu fallacy megikut istilah Bahasa Inggeria. Ini adalah kesilapan yg lazim di kalangan umat Islam, terutama orang Melayu. Walhal, mereka tau ataupun diberitahu bahawa fahaman atau aliran mazhab ini hanya wujud selepas 200 atau 300 tahun wafatnya Rasulallah (s.a.w).
Dalam post yg lalu kita telah muatkan apakah pendirian para imam yg disebut-sebut sebagai pengasas fahaman Mazhab - Imam Syafie (asy-Syafie), Imam Ahmad ibni Hanbal (Hanbali), Imam Abu Hanifah (Hanafi), Imam Malik b Anas (Maliki) - iaitu fahaman mazhab yg kita tahu atau sering dengar disebut-sebutkan oleh orang, terutama para ulama' dan ilmuwan Islam. Mereka semua mengajarkan Islam dan syariatnya. Tapi, mereka tidak pernah menyebut ikut apa yg mereka ajar sekiranya ajaran mereka itu bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah. Malah, dalam situasi sedemikian, mereka suruh buang pendapat atau pandangan atau ajaran mereka, dan ambillah as-Sunnah. Jelaslah mereka yg kononnya dikatakan pengasas fahaman mazhab, tidak membenarkan sesiapa bertaklid kepadanya atau kpd ajaran mereka. Mereka sendiri akur bahawa mereka tetap mengikuti as-Sunnah. Mereka tidak menentang as-Sunnah. maka dengan itu kata mereka jikalah terdapat ajaran mereka yg berlainan dari ketetapan sesuatu hadith yg sahih, maka ambil hadith dan buang ketetapan mereka.
Sungguhpun begitu, hari ini begitu ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg taksub. Ramai yg bertaklid kpd fahaman kemazhaban. Tidak mau terima as-Sunnah, walhal as-Sunnah adalah pra-syarat utama untuk mengesahkan keIslaman seseorang itu. Ini wajib kita fahami.
Mengapa? Allah (a.w) perintahkan dalam al-Quran: 'Barangsiapa atau sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w)) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), dimasukkan ke dalam syurga.' [Ayat 13, Surah an-Nisa']
Kemudian Allah (a.w) perintahkan kita: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) hendaklah kamu ambil (i.e. terima dan amalkan dan ikuti) dan apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh beliau trhadap kamu, maka hendaklah kamu tinggalkan.' [Ayat 7, Surah al-Haysr]. Jelaslah as-Sunnah itu wajib dijadikan panduan kerana itulah perintah Allah (a.w). Tidak ada ketetapan tentang kemazhaban! Ada yg berhujjah: memanglah kerana masa itu belum ada mazhab! Benar. tapi adakah ilmu Allah (a.w) itu sempit? Tidak tahu Allah (a.w) apa yg aan berlaku selepas diturunkan dan disempurnakan al-Quran dan selepas wafatnya RasulNya? Takmungkin. Kerana ilmu Allah (a.w) mengatasi segala sesuatu. kalaulah ada cebisan perintah Allah (a.w) mengenai mazhab sudah tentulah disebutkan sedikit dalam al-Quran atau disampaikan melalui wahyu kpd Rasulallah (s.a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti menyebutnya dalam as-Sunnah!
Malah Rasulallah (s.a.w) diperintahkan Allah (a.w) melarang umatnya bermazhab. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Demi sesungguhnya akan datang atas umatku barang yang datang atas Bani Israil membetuli cerpu dengan cerpu (yakni, meniru umat Islam itu segala amalan, perbuatan dan perlakuan kaum Yahudi dan Nasrani dalam semua aspek kehidupannya) hingga jika ada daripada mereka itu orang yang jimak (yakni, menyetubuhi) ibunya berterang-terang nescaya adalah pada umatku orang yang memperbuat demikian itu. Dan bahawasanya orang-orang Yahudi (bani Israil) telah berpecah-pecah (pada iktiqad mereka itu) atas 72 jalan (golongan atau mazhab atau firqah). Maka berpecah umatku atas 73 jalan, semuanya dalam Neraka (yakni, amalan dan ibadatnya tidak diterima Allah (a.w), yakni kafir mereka) melainkan satu jalan (golongan).’ Kata Abdullah bin ‘Amru (r.a): ‘Maka bertanya sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) kepada Nabi (s.a.w):‘Apa dia jalan yang lepas dari Neraka itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Jawab Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu barang yang aku ada berjalan atasnya (yakni, apa yang aku amal, ibadatkan dan buat atau ajarkan, tegahkan (yakni Sunnahnya) (yakni, al-Hadith)) dan jalan sahabat-sahabatku (iaitu, ‘Khalifah Ar-Rasyidin al-Mahdiyin’ yang empat).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam itu akan meniru segala perangai atau perbuatan atau kelakuan orang Yahudi dan orang Nesrani. Betulke? Memang sudah jelas hari ini. Orang lelaki Melayu menindik telinga. Gadis Melayu menindik pusat, malah kemaluannya. Bertatu. Mengadakan hubungan seks rambang secara senagaja. Hanya belum ada orang Melayu yg membuat seks ditepi-tepi jalan.Lelaki memakai rantai leher. Memakai emas dan lain-lain gelang di tangan. Orang Yahudi dan Nesrani mengamalkan ugamanya dengan nyanyian sebagai sebahagian daripada amaan ketika beribadah. Orang Melayupun begitu juga. menyanyikan kalimah-kalimah al-Quran seolah-olah sebahagaian syariat Islam!
Malah, kata Rasulallah (s.a.w), kalaulah ada perbuatan orang Yahudi atau Nesrani itu seorang anak (atau bapa) menyetubuhi emaknya (atau anak daranya), maka orang Melayu akan mengikuti jejak langkah mereka. Orang Islam akan mengikuti perbuatan orang-orang bukan Islam sedikit demi sedikit, sehinggakan tidak boleh dibezakan mereka itu Islamke atau ugama apake? Yg kita boleh pastikan kulitnya yg mereka itu Melayu!
Dari segi aqidah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa akan tiba zamannya, selepas wafat beliau, bahawa orang Islam berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, semuanya masuk neraka (i.e. gagal dapat syurga walaupun Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) kecuali satu golongan. Golongan itu sabda Rasulallah (s.a.w) adalah golongan yg menepati 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (yakni, golongan yg mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin).' Justeru itu, mereka yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg tergolong dalam apa yg para ulama' sebut sekarang ini 'ahlus sunnah wal-jama'ah' bukan mereka yg bermazhab, kerana terdapat 72 mazhab pegangan umat Islam mengikut hadith tersebut!
Itu pra-syarat pertama. Kita benar-benar Islam dan berjaya mendapat syurga jika kita berpegang kpd as-Sunnah yg merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali (r.an) dan para pengikut sunnah (i.e. para tabi'in = pengikut dan para tabi'ahum = para pengikut mereka selepas mereka) tersebut hingga terjadinya qiamat. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbahu wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku tinggalkan kpd kamu sekelian (umat dan manusia) dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (untuk mencari syurga dgn jayanya) jika kamu sekeliang berpegang (i.e. berpandu dan mengikuti ketetapannya) iaitu Kitab Allah (a.w) (al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah)]. Itu janji Rasulallah (s.a.w). Janji Rasulallah (s.a.w) adalah janji Allah (a.w). Jadi, sesiapa yg tidak berpegang kpd as-Sunnah pasti sesat. Inilah sebab mengapa 72 golongan atau mazhab Islam gagal mendapat syurga. Mereka berpandukan selain as-Sunnah atau mencampuradukkan panduan dengan panduan as-Sunnah!!
Pra-syarat pertama adalah ikuti as-Sunnah. Pra-syarat kedua? Kita tengok pula hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah.’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi]

Islam itu seumpama wang syiling ada 'two sides of a coin'. Permukaan pertama: ikuti dan pegangi as-Sunnah. Permukaan kedua adalah anuti Islam itu secara berjema'ah. Ini disebutkan dalam hadith di atas. Hadith di atas itu mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran: iaitu:

Allah (a.w) berfirman: 'Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau bermazhab atau di dalam perkumpulan yang terasing) ...' [Ayat 103, Surah ali-‘Imran]

Islam kita itu hanya sempurna apabila kita memenuhi dua pra-syarat tersebut: iaitu, kita ikuti as-Sunnah dan kita juga anuti atau amalkan Islam secara berjema'ah. Kalau ada satu saja, belum sempurna. Dulu al-Arqam berjema'ah, tapi malangnya mereka tidak ikuti as-Sunnah 100%, maka mereka juga tersilap. Malah ramai umat Islam atau masyarakat Islam yg berjema'ah tapi gagal menepati pra-syarat pertama, kerana mereka juga sebelum benar-benar faham as-Sunnah ikuti ijtihad para pemimpin mereka yg juga belum benar-benar faham Islam. Ada yg ikuti as-Sunnah dgn tepat tetapi tidak berjema'ah walaupun mereka berkumpulan seperti mereka yg berfahaman salafi atau wahabbi. Mereka juga tak sempurna Islamnya.
Banyak pula Umat Islam berkumpulan seperti kumpulan tabligh, tapi mereka gagal dalam kedua-duanya - iaitu ada pemimpin tapi tidak menepati ketetapan as-Sunnah tentang kepimpinan dalam Islam. Dan, mereka juga Islam tetapi ilmunya mengenai Islam dan syariatnya tidak sempurna, kerana mereka tidak utamakan pengilmuan atau pengajian ilmu as-Sunnah. Ilmu as-Sunnah itu terdapat dalam Kuttubul Sittah (iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunnan ibnu Majah). Mereka yg faqih dalam 6 kitab ini akan faham Islam dan syariatnya dengan sempurna.
Oleh itu, saudara fikirlah sendiri. Islam yg haq itu suatu yg simple atau mudah tapi tidaklah semudah yg difahamai oleh majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam, kecuali mereka pelajari Kuttubul Sittah dan faham mengenainya.
Ada dimensi-dimensi perincian Islam yg tiada dalam Kuttubul Sittah atau lebih jelas dijelaskan atau diterangkan dalam kitab-kitab hadith yg lain. Contoh: Kitab Imam Malik (al-Muato') (tentang ibadah haj dan umrah), Kitab Imam Baihaqi, Imam at-Tobrani, Imam Hakim, Imam ad-Daramiyi dan sebagainya. [Nota: Terdapat sejumlah 51 ulama muhadithin yang mengumpul hadith dalam sejumlah 51 buah koleksi hadith masing-masing, termasuk Kuttubul Sittah itu.Setiap koleksi mengandungi antara 6 hingga 12 jilid pula. Khattam kitab yg 6 inipun sudah memadai untuk memahai Islam dan syariatnya dengan sempurna.]
Mudah-mudahan kita diberi kesempatan mengaji dan mempelajari Islam supaya kita faham Islam dan syariatnya dan kita dapat beramal dan beribadah mengabdikan diri kepada Allah (a.w) sebaik mungkin sebelum sampai ajal mati kita. Ramai orang yg Islam tapi jahil, kemudian melakukan begitu banyak dan berbagai pula maksiat, termasuklah maksiat yg melibat dosa terhadap orang lain. Ada dosa yg boleh diampunkan jika ditobatkan dan Allah (a.w) terima dobat kita. Ada tobat yg hanya diterima kalau dosa kita kpd orang lain terlebih dahulu diampunkan oleh orang yg kita berdosa kepadanya. Dan, yg utama Allah (a.w) akan berikan kita syurga jika kedua ibu bapa kita rida terhadap kita.
Semoga kita masih ada masa untuk membetulkan aqidah dan pengabdian kita sebagai orang Islam, insya Allah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment