Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan- Bulan yg membuka Peluang ke Syurga

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah bincangkan dgn panjang lebar bulan Ramadhan dalam konteks puasa yg diwajibkan atas umat Islam puasakan sepanjang Ramadhan sebulan. Kita dapat tahu beberapa perkara - yakni kefadhalan bulan Ramadhan itu - dalam beberapa dimensi, antaranya:

1. Dalam bulan Ramadhanlah al-Quran diturunkan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w)
2. Pahala puasa setiap hari Ramadhan itu amat besar sehingga mengalahkan puasa seumur hidup puasa-puasa selain Ramadhan jika hendak mengimbangi pahala melepas (foregone) meninggalkan satu hari puasa Ramadhan, atau sehari tak berpuasa Ramadhan kita kerugian pahala melebihi puasa sunat seumur hidup kita
3. Semua amal soleh atau amal makruf dalam bulan Ramadhan itu digandakan melebihi 700 kali gandaan, bergantung kpd apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) tertakluk kpd penilaian Allah (a.w) atas ketaqwaan dan keimanan kita yg berpuasa pada hari Ramadhan itu
4. Sesiapa yg berjaya menamatkan puasa Ramadhannya sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dari segi keikhlasan dan keimanan serta ketaqwaan kita mencari sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w) dan kita menjaga panca indera dan selainnya dari kemaksiatan, ketika berpuasa, maka kita diselamatkan dari siksa neraka di akhirat kelak
5. Berbuka cepat sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (atau waktu berbuka) mendapat pahala
6. Berbuka dgn tamar atau kurma dan air yg manis mendapat pahala
7. Bersahur mendapat keberkatan dari Allah (a.w) dan melambatkan bersahur mendapat pahala pula
8. Seseorang yg bersetubuh di siang hari Ramadhan dikenakan kifarah memerdekakan hamba (dah tak relevan lagi) atau berpuasa 2 bulan berterusan atau memberi makan 60 orang fakir miskin bagi setiap hari yag dibatlakan kerana persetubuhan
Ada satu lagi kefadhalan bulan Ramadan itu. Ini disebutkan dalam hadith berikut berkaitan dengan ibadah haji dan umrah. Sesiapa yng mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan, maka dia mendapat pahala seumpama berhaji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Sila rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Atao' hadith dari ibnu Abbas (r.a): 'Sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda kpd seorang wanita dari kaum Ansar, yang disebutkan sebagai Ummul Sunan. Apakah yg mencegah engkau apabila ada hajat engkau mengerjakan haji bersam-samaku.' Berkata wanita Ansar itu: 'Ada bersama-samaku ada dua unta untuk abi fulan (i.e. nama orang yg diceritakan) suaminya yg sedang mengerjakan haji. Adapun dia dan anaknya atas salah satu daripada unta itu, dan adapun yang keduanya memberi minum atas budakku (i.e. hambaku).' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Maka umrahlah engkau di dalam bulan Ramadhan (nescaya umrah dalam bulan Ramadhan itu) membandingi satu haji atau haji bersama-samaku (Nabi (s.a.w)).[Hadith Muslim, Kitab Haji]
Hadith ini menjelaskan bahawa seseorag yg mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Nabi (s.a.w), yakni ketika beliau naik haji. Oleh yg demikian, mungkin saudara yg bergaji besar atau ahli korporat yg dibayar ratus ribuan gaji sebulan dan seumpamanya, mungkin tidak bersedia mengambil kesempatan tersebut selagi hayat dikandung badan. Demi mendapatkan syurga Allah (s.a.w). Kalaulah kita kekal bujang banyak ruginya. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan.

Jazakallahu khairh

No comments:

Post a Comment