Assalamualaikum,
Saudara, hari ini sudah 7 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita tergolongan dalam puasa yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan panduan as-Sunnah: iaitu, kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan mengharapkan pahala yg maksimum dan mengharapkan agar Allah (a.w) berikan kita ganjaran pahala tertinggi gandaannya, kerana Allah (a.w) yg menentukan gandaan pahala puasa Ramadhan. Kita tahu bahawa gandaan pahala segala amalan yg baik adalah antara 10 hingga 700 kali ganda. Tapi, dalam perkara puasa Allah (a.w) tidak maklumkan gandaan pahalanya dan Allah (a.w) yg akan menentukan gandaannya. Maka dengan itulah sesiapa yg berjaya mencapat tahap pencapaian terbaik dalam puasa Ramadhannya dikikis segala dosanya setahun lalu, dan dia berjaya dibebaskan dari neraka di akhir Ramadhan, ketika kita merayakan Aidil Fitri. Dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada tiga golongan orang Islam yg berjaya dalam hidupnya, iaitu orang yg dibebaskan dari neraka, iaitu orang yg masih hidup kedua ibu bapanya, tidak dibebaskan oleh keduanya dia dari neraka, yakni kedua ibubapanya tidak rida terhadapnya. Itu satu golongan. Golongan kedua adalah orang yg menemui Ramadhan, dan kerana amalan dalam bulan Ramadhan itu, dia dibebaskan oleh Ramadhan dari neraka. Sebaliknya, rugilah orang yg menemui Ramadhan, tetapi tidak dibebaskan oleh Ramadhan dia dari neraka.
Orang yg berjaya itu adalah orang Islam yg kental imannya. Bagaimanakah kita tahu tahap keimanan yg sebenar itu?
Segala ibadat dan amalan itu mengandungi tiga dimensi – qalbi, qauli dan fe’li. Malahan keimaman seseorang itu hanya sempurna apabila diiktikadkan serta diikrarkan dengan qalbu atau hati, disebutkan serta dizahirkan dengan ucapan atau perkataan dan dilakukan dengan anggota. Inilah yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-iman maghrifatun bil qalbi, wa qaulun bil lisani, wal amalun bil arkan’ [Maksud: Bahawasanya iman itu diketahui dengan hati, dan diucapkan dengan kata-kata (atau lisan) dan diamalkan dengan anggota] [Hadith ibnu Majah]
Hadith ini menyebutkan tiga dimensi Iman atau keimanan itu. Kita boleh semak sendiri tahap keimanan kita. Tiga dimensi keimanan itu adalah:
1. Hati - kita bersyahadah mengakui Allah (a.w) itu tuhan yg esa dan kita wajib mentaati ketetapannya dan ketetapan RasulnYa dgn sepenuh hati nurani kita;
2. Kita laksanakan melalui mulut atau lisan atau kata-kata kita dalam melaksanakan segala bentuk amalan dan ibadah sentiasa mengingatiNya dgn berzikir, berwirid dan berdoa;
3. Kita kerjakan dgn anggota kita segala manifestasi amalan dan ibadah kita spt solat, puasa, segala gerak laku seharian dan setiap saat semuanya kerana menyahut perintah Allah (a.w) dan RasulNya.
Tidak cukup dgn mengakui kita Islam tapi hati kita telah ingkar ketetapan dan perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Kita laksanakan solat, puasa, sebagaimana hari ini kita wajib berpuasa, dan sebagainya. Dalam solat ketiga-tiga dimensi iman ini dijelmakan: kata-kata dalam bacaan, kalbu dalam kekhusyukan bersolat bahawea ketika bersolat Allah (a.w) berada di depan kita menyaksikan kita, selain dua malaikat yg bersama-sama kita, dan perlakuan dalam rukun-rukun solat spt mengangkat tangan, Rukuk, Sujud dan seumpamanya.
Mudah-mudahan, kita dapat memperbaiki tahap keimanan kita sedikit demi sedikit dan kita meninggalkan keburukan yg biasa kita lakukan sedikit demi sedikit dan kita memohon keampunan Allah (a.w) dgn bertaubat segala keburukan yg pernah kita lakukan dgn lisan, dengan perbuatan dan melalui ingatan dalam hati nurani kita,insya Allah. Kita masih ada masa dan peluang untuk mendapatkan syurga, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment