Assalamualaikum,
Saudara, sempena kita menyambut bulan Ramadhan dan kita diberikan gandaan pahala segala amalan kita dalam bulan Ramadhan melebihi kadar gandaan dalam bulan-bulan selain ramadhan itu, mungkin kita wajar teliti semula apakah solat yg kita kerajakan itu menepati ketetapan Allah (a.w) mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita diberitahu bahawa segala amalan dan ibadah umat Islam itu hendaklah mencontohi cara serta kaedah yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh terbaik atau model ikutan terbaik dalam mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w). Kita wajib ikuti cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita amalkan sesuatu amalan yg tidak secocok atau yg tidak dibawakan atau dicontohi oleh Rasulallah (s.a.w) itu, amalan atau ibadah tersebut terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Jika solat kita tidak diterima Allah (a.w), rugilah kita.
Menjelang ketibaan Ramadhan ini insya Allah, kita akan teliti semula cara dan kaedah kita bersolat untuk mempastikan bahawa solat kita sah dan diterima Allah (a.w) dan mendapat pahala mengerjakannya semaksimum mungkin. Dalam blog ini kita telah juga teliti beberapa aspek solat dari mula hingga akhirnya.
Kita wajib ingat bahawa solat itu adalah ibadah terutama dalam Islam, ibadah yg mula-mula dihisab di akhirat dan ibadah yg menentukan apakah kita ke neraka atau kesyurga dan apakah hisaban amalan selain solat itu mudah atau sulit? Dgn itu sesiapa yg meninggalkan solatnya pastilah tiada gunanya ibadah selainnya walaupun dikerjakannya secara istiqamah spt orang secara istiqamah berpuasa, tetapi tidak pernah solat atau sering meninggalkan solatnya. [Nota: Seseorang yg meninggalkan satu waktu solat fardu secara sengaja, maka dihukum jatuh kafir dia dan layak dia di siksa dalam neraka kerananya]. Ada sedikit maaf kalau tertinggal solat kerana sebab-sebab yg harus, seperti tertidur atau terlupa, atau sakit teruk yg tidak dapat dibantu orang lain untuk kita berwudu' atau bertayamum. Kekurangan sedmikian boleh ditampung oleh solat-solat sunat. Itulah utamanya solat sunat.
Umumnya, rutin solat itu meliputi beberapa dimensi atau komponen, iaitu:
1. Solat hendaklah dgn wudu' yg sah. Tanpa wudu' solat itu batal. Dan, tanpa wudu' yg saha, solat kita juga batal atau tidak diterima. Ramai orang Islam tidak mengetahui kaedah berwudu' yg sah atau berwudu' tidak menepati ketetapan Islam sebagaimana ditetapkan oleh as-Sunnah.
2. Solat itu sendiri hendaklah menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg ditetapkan dalam as-Sunnah. Panduan pokok solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (nabi) bersolat.' [Hadith Bukhari]. Segala ibadah dan amalan yg berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) telah memberi kita tahu dalam firmanNya pada Ayat 21, Surah al-Akhzab: 'Nescaya sesungguhnya ada segala sesuatu pada diri Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' (yakni, contoh terbaik) bagi orang-orang yg ingin bertemu dgn Allah (a.w) dan hari akhirat (yakni, masuk syurga) dan ingat mereka sebanyak-banyak akan Allah (a.w).' [Ayat 21, Surah al-Akhzab]
3. Mengerjakan solat-solat sunat mengiringi waktu atau mengiringi solat-solat fardu tersebut - sama ada sebelumnya atau sesudahnya. Amalan solat sunatlah yg membuktikan ketaqwaan serta keimanan kita, kerana solat-solat sunat itu adalah tambahan yg kita kerjakan sebagai menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah (a.w) kerana sebegitu banyak dan berbagainya nikmat yg Allah (a.w) kurniakan kpd kita setiap saat dan ketika.
4. Sesudah solat hendaklah kita berwirid dan berzikir, kalau tidak banyak memadai. Adalah tidak wajar jika kita selepas solat terus memulakan pekerjaan duniawi kita.
5. Sesudah kita berwirid dan berzikir, hendaklah kita berdoa. Sebagai manusia kita wajib berdoa kerana Allah (a.w) sukakan kita berdoa meminta segala sesuatu kepadanya dan Allah (a.w) melabelkan kita sombong jika kita tidak mahu berdoa, dan kerana keengganan kita berdoa itu kita dicampakkan oleh malaikat ke neraka kerana itulah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 60 dalam Surah al-Ghafir.
Firman Allah (a.w): 'Dan telah berfirman Tuhan kamu sekelian (Allah (a.w)): 'Berdoalah kamu kepadaKu (Allah (a.w)) nescaya Aku (Allah (a.w)) kabulkan bagi kamu (permintaanmu); sesungguhnya orang-orang yg takbur (atau sombong atau bongkak) di kalangan hambaKu (i.e. kita semua) nescaya Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam neraka jahannam yg hina.' [Ayat 60, Surah al-Ghafir]
Orang yg tidak mahu berdoa dicop oleh Allah (a.w) sebagai orang yg sombor atau membesar diri dan tidak mahu mengagungkan Tuhannya walhal Allah lah yg menjadikannya dan menghidupkannya dan kemudian memberi rezki untuknya sepanjang hayatnya.
Insya Allah kita akan teliti solat itu step by step pergerakan dan bacaannya supaya kita dapat bersolat dengan pasti menepati as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
Assalamu'alaikom,
ReplyDeleteHuraian yg sungguh mendalam agar memberi kesan kepada mereka yang mahu memikirkannya. Tapi sayang, ramai yang masih melakukan ibadah solat saolah-olah ianya satu amalan biasa sebagaiman yang telah diajar olih ibu-bapa, guru agama dan yg dilakukan olih kebanyakn di kalangan masyarakat. Tentulah mereka akan rugi.
Ada rakan yang mempersoalkan ( sebab dia sedang belajar bahasa arab ) cara kita solat sekarang yang mengikut sunnah Nabi SAW melalui hadithnya, tak betul. Firman Allah kepada kita semua ialah bukan "mendirikan solat" tapi "memperbaiki solat" yang telah berubah dari cara apabila diperentah kepada Nabi Allah Ibrahim dulu. Tapi bila ditanya bagaimana cara praktik solat yg dilakukan olih Nabi Allah Ibrahim itu, ia tak pasti dan akan bertanya kepada professornya. Inilah silapnya kerana belajar bahasa Arab dan bukan bahasa al-Quran. Professor bahasa Arab tak bolih sama dengan mubaligh2 yg belajar bahasa Al-Quran secara manqul, asnat & mutasir.
Melalui hadith yg sohih, Rasullullah SAW telah tunjukkan cara solat dengan nyata praktiknya. Tapi sebab kurang percaya kepada hadith ( kata mereka anti-hadith marah )maka berlakulah berbagai tafsiran yg mengelirukan dan akhirnya akan merugikan diri sendiri.
Wallahu'alam.