Saturday, August 7, 2010

Solat Fardu dan Puasa Wajib: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menjelang tibanya Ramadhan ini, kita peringatkan diri kita bahawa segala amalan dalam bulan Ramadhan ini mendapat gandaan pahala melebihi 700 kali ganda amalan dalam bulan-bulan biasa. Tapi, haru ingat bahawa kemaksiatan yg dilakukan dalam bulan Ramadhan juga digandakan sebanyak itu dosanya! dalam pada itu, dalam post yg lalu diberitahu bahawa amalan yg terawal dihisab di akhirat kelak adalah ibadah solat (fardu). Jika cacat ibadah solat kita maka cacatlah hisaban atas amalan yg lain. Jika baik, maka baiklah hisaban ibadah dan amalan yg lain. Oleh itu prestasi kita dalam ibadah solat fardu itu menentukan segala-galanya kebajikan kita di akhirat. Jika cacat ibadah solat kita - ada banyak yg dulu tertinggal atau teralpa atau sengaja ditinggalkan atau diremehkan zaman muda, selain memohon keampunan dgn bertaubat terhadapnya, boleh ditampung dgn mengerjakan solat-solat sunat, terutama solat-solat sunat malam hari bermula 1/3 terakhir malam - Solat Tahajjud - kerana kita mendapat keampunan apabila berdoa.
Solat fardu itu tiang ugama. Ini kita sudahpun maklum dalam post yg lalu. Oleh kerana solat fardu itu tiang ugama, sebagaimana sesebuah rumah itu, ada tiangnya. kalau tidak dikerjakan bererti seumpama rumah yg tidak bertiang, maka runtuhlah rumah itu. Justeru itu, jika kita tidak bersolat, runtuhlah ugama kita. Apabila runtuh ugama kita, jadilah kita orang yg tak berugama. Pastilah kita masuk neraka. Kerana, antara ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, hanya ugama Islam yg diridaiNya. Ugama lain atau tanpa ugama pastilah Allah (a.w) tak rida. kalau tak dapat keridaanNya, pastilah kita bertempat di neraka!
Islam menghukum sesiapa yg meninggalkan solatnya kafir. Kita tinggalkan satu waktu solatpun sudah layak menjadi kafir. Apatah lagi orang yg memang tak solat seumur hidupnya, hingga ke saat ini? Pastilah dia merasa dirinya lebih hebat dari Allah (a.w)! Yg disuruh buat tak buat. Pastilah yg ditegah jangan buat di buatnya!
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a), berkata Jabir (r.a): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Antara hamba Allah (a.w) (yang taat) dan hamba Allah (a.w) yang kafir adalah meninggalkan solat.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini menyebutkan bahawa amat serius akibat tidak bersolat seseorang itu, iaitu dia hampir menjadi kafir (atau statusnya adalah antara kafir (yang engkarkan semua perintah Allah (a.w) dan RasulNya dan orang mukmin yang beramal dan beribadat kerana dia yakin akan menemui Allah (a.w) di akhirat kelak).
Di dalam sepotong hadith lain pula, lebih berat hukumannya seseorang yang mengakui dia Islam tetapi meninggalkan solat fardunya. Seseorang Islam yang meninggalkan solat fardunya menjadikan kafir, yakni keluar dia daripada Islam.

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a) daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun janji yang dibuat antara seseorang itu dengan aku (Nabi (s.a.w)) adalah solat. Maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sesungguhnya kafir dia (yakni, menjadi kafir dia).’ [Hadith Ibnu Majah]

Hadith di atas menunjukkan bahawa orang Islam itu (melalui dua kalimah syahadahnya telah berjanji, dengan Penciptanya, Allah (a.w), dan berjanji (berbai’at)) dengan Nabi (s.a.w), yang menyampaikan perintah Allah (a.w), melalui ucapan dua kalimah syahadahnya, dengan berkata ‘Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah (a.w); dan aku naik saksi bahawa Muhammad (s.a.w) itu Pesuruh Allah (a.w)’ dan dengan itu dia menjadi Islam dan terikat dengan janji atau ikrarnya, yakni, dia menerima dan mengamal dan mengibadatkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) melalui perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) yang menyampaikan perintah Allah (a.w). Antara perintah Allah (a.w) ke atasnya, adalah dia hendaklah mendirikan atau mengrjakan ibadah solatnya. Jika dia meninggalkan solatnya maka dia mungkir janji dengan Allah (a.w) dan RasulNya, maka dengan itulah menjadi kafir dia. Dia tidak lagi Islam dan dia bukan lagi umat Muhammad (s.a.w).

Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a), katanya daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Tidak ada antara hamba Allah (a.w) (yang taat itu) dan (dengan hamba yang) syirik (terhadap Allah (a.w)) itu kecuali meninggalkan solatnya. Maka ketika meninggalkan oleh seseorang hamba itu akan solatnya maka menjadi syiriklah dia (yakni, secara tidak langsung dia mengakui bahawa ada tuhan lain selain Allah (a.w) yang memerintahkan dia mendirikan solat, maka keluar dia dari Islam).’ [Hadith Ibnu Majah].

Hukuman dalam hadith di atas ini lebih serius lagi, kerana jatuh syirik seseorang Islam itu apabila dia meninggalkan solatnya, waliyazubillah. Orang yang syirik itu tidak diterima taubatnya oleh Allah (a.w), maka tidak akan masuk Syurga dia. Mengapakan dia menjadi syirik kerana meninggalkan solat (fardu)nya, walhal dia mengakui bahawa hanya Allah (a.w) yang layak disembah? Jika ditinggalkannya bererti dia akui bahawa ada ‘kuasa’ lain yang mengatasi kuasa Allah (a.w) dalam memandu kehidupan dunianya!

Untuk mendapat ganjaran pahala serta gandaan pahala semaksimum yg mungkin, pastikanlah kita mengerjakan solat fardu, tidak mengabaikannya walau satu waktupun, dan kita juga tidak abaikan Solat Terawih (8 rakaat, dibuat dua-dua rakaat satu salam, di rumah jika kita tidak ke masjid). [Nota: Spt disebutkan dalam post yg lalu yg sahihnya Solat Terawih itu adalah 8 rakaat dibuat empat-empat rakaat satu salam mengikut sunnah Nabi (s.a.w) dan sunnah Omar ibnu Khattab (r.a). Ingatlah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa Allah (a.w) benarkan kata-kata Omar (r.a). dan, jikalah ada seorang nabi selepas Rasulallah (s.a.w), dia adalah Omar (r.a). Tapi kerana Rasulallah (s.a.w) adalah nabi penamat (khattamal nabiyin), maka tiadalah beliau diangkat Allah (a.w) sebagai nabi. Solat Terawih 20 rakaat itu tidak bersandarkan hadith yg sahih dan kokoh, wallahu 'alam]

Saudara bleh buat pilihan. Nak jadi syirik atau kafir terpulanglah. Yg penting meninggalkan solat seseorang itu boleh jadfi salah satu. Kedua-duanya menjadikan kita ahli neraka. Bezanya, orang syririk tidak akan masuk syurga slama-lamanya. Orang kafir juga gitu. Tapi, syirik tidak diterima Allah (a.w) taubatnya! Kafir, masih boleh taubat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment