Thursday, August 12, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti sedikit lagi ilmu mengenai puasa ramadhan itu bersandarkan ketetapan as-Sunnah. Jangan lupa bahawa niat puasa itu wajib dibuat ketika malam.
Semua orang Islam yg telah baligh (bagi lelaki setelah berumur 15 tahun dan perempuan 12 tahun, atau keluar mani atau haid bagi perempuan) wajib berpuasa. Orang-orang yg diberi keringanan (yakni, ruksyah) dari berpuasa adalah:
1. Wanita yg mengandung takutkan kemudaratan pada kandungannya boleh tak puasa tapi ganti dihri-hari lain
2. Wanita yg menyusukan anaknya khuatir kering susunya boleh tak pasa diganti pada hari-hari lain
3. Orang yg musafir boleh puasa atau tak berpuasa, dan diganti di hari-hari lain
Orang yg dah tua melebihi umur 60 tahun, boleh tak puasa, tapi bayar fidyah beri makan seorang miskin seorang bagi setiap sehari yg tak puasa.
Seperti yg penulis sering beritahu, pelaksanaan segala bentuk dan cara serta kaedah beribadah dan beramal yg menepati ketetapan Islam itu adalah perlakuan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Segala bentuk amalan dan ibadah serta kaedah dan cara mengerjakannya, tidak sah jika tidak menepati as-Sunnah. Hakikatnya adalah hanya Rasulallah (s.a.w) seorang saja yg diberi tugas oleh Allah (a.w) menetapkan spesifikasi segala amalan dan ibadah itu. Apabila sesuatu ibadah itu memerlukan penjelasan tentang kaedah bagaimana praktikalnya, maka Jibrail (a.s) di utus untuk mengajar serta menunjukkan (i.e. mendemokan) bagaimana hendak mengerjakannya. Inilah juga asas kenapa dan mengapa perlu kita mempelajari ilmu as-Sunnah. Sebab: supaya kita tahu cara melaksanakan kesemua bentuk dan jenis ibadah dan amalan sebagai menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wama khlaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' [Maksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan (yakni, beribadah) kepadaKu.'
Mengapa kita wajib, dalam mengerjakan amalan dan ibadah itu, mengikuti perlakuan Rasulallah (s.aw)? Kerana pada Ayat 7, Surah al-Haysr itu Allah (a.w) perintahkan sedemikian: 'Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum 'anhu fantahu ...' [Maksud: Dan, apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (kepada kamu sekelian) hendaklah kamu sekelian ambil atau terima dan kerjakan, dan apa-apa yg ditegahnya dari sesuatu hendaklah kamu sekelian jauhi atau tinggalkan]. Dan, perintah Allah (a.w) bahawa dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) itu kita wajib menjadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan atau contoh dalam segala sesuatu. Inilah perintah pada Ayat 21, Surah al-Akhzab: 'Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanatun liman kana yarjullaha wal-yaumil akhiri ...' [Maksud: Nescaya sesungguhnya bagi kamu sekelian ada pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi sesiapa yg ingin menemui Allah (a.w) (yakni, mendapat syurga) dan (kejayaan di) hari akhirat kelak ...']. Tiada model yg lebih baik untuk orang Islam dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w).
Menyentuh tentang pantang larang puasa Ramadhan itu, kita juga wajib ikuti Rasulallah (s.a.w). Kita sudah maklum puasa yg bagaimanakah boleh melepaskan kita dari neraka atau yg boleh menghakis segala dosa kita setahun yg lalu? Kita juga dah tau siapa yg mendapat keringanan meninggalkan puasa, tapi ada yg wajib menggantinya dan ada yg wajib membayar fidyah (denda). Kita juga dah tau bahawa gandaan pahala puasa serta segala amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan itu amat besar sehinggakan jika ditinggalkan puasa sehari tanpa ruksyah (i.e. keringanan yg dibolehkan oleh Allah (a.w)) itu merugikan kerana ganjaran pahala berpuasa sepanjang hidup kita untuk mengganti atau mengimbangi pahala terlepas (foregone) itu tidak dapat mengimbanginya! Kita juga tahu membuat maksiat siang hari puasa itu mendapat gandaan dosa yg sama sebagaimana gandaan pahala dalam bulan Ramadhan itu. Kita juga tau bahawa seseorang Islam itu akan meruntuhkan ugamanya apabila dia sengaja tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Apakah yg membatalkan puasa kita: Yg pasti membatalkannya adalah perbuatan-perbuatan berikut:
1. Makan dan minum siang hari
2. Bersetubuh siang hari - dikenakan pula kifarah yg berat iaitu berpuasa berturut-turut selama dua bulan atau memberi makan 60 orang- orang miskin
3. Segala perlakuan maksiat di siang hari menghakis pahala puasa walaupun puasa tidak batal.
4. Keluar mani yg disengajakan
5. Muntah yg disengajakan
Apakah perkara-perkara yg dibolehkan ketika berpuasa itu? Antara perkara yg dibolehkan, yakni tidak membatalkan puasa adalah:
1. Memasukkan air ke dalam hidung dan mulut ketika berwudu'
2. Menggosok gigi siang hari
3. Mandi dan berendam dalam air (spt dalam kolam) siang hari
4. Keluar mani siang hari bukan kerana bersetubuh tetapi kerana mimpi ketika tidur siang hari
5. Muntah yg disengajakan
6. Mencium isteri siang hari (namun orang muda dilarang bercumbu-cumbu dgn isteri siang Ramadhan)
7. Menelan air liur atau tertelan air ketika berkumur-kumur tanpa disengajai
8. Makan dan minum siang hari kerana terlupa (ketika sedar hendaklah meneruskan puasa)
9. Bersetubuh dgn isteri siang hari kerana terlupa
Kita akan teliti dgn lebih lanjut perkara 6 dan 9 ini dalam post yg akan datang, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment