Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita lihat suatu amalan yg sering menjadi kelaziman mereka yg menguruskan masjid atau surau dan amalan dikalangan orang-orang yg tinggi imannya, orang yg sentiasa ingin membuat amal makruf dan meninggalkan kemungkaran. Antara amalan yg sudah menjadi kelaziman dalam bulan Ramadhan adalah menyumbang wang atau menginfaq atau bersedekah untuk pentadbiran masjid atau surau menyediakan makan untuk orang-orang puasa berbuka di masjid atau di surau kelolaan mereka.
Di Kuala Lumpur masjid yg terkenal dalam perkara menyediakan makan berbuka sepanjang Ramadhan adalah Masjid Kg Baru. Kalau saudara nak makan sedap sambil berbuka, pergilah ke sana. Insya Allah berbaloi.
Mengapakah, ramai orang bersusah payah menderma ketika bulan puasa ini menyumbang wang untuk memberi orang makanan dan minuman untuk berbuka? Kenapa tidak pada hari-hari lain? Mesti ada sesuatu yg memberi motivasi yg kuat kpd orang yg sedemikian. Dan, orang yg menguruskan program berbukan di masjid atau di surau itu.
Kalau saudara mengaji as-Sunnah saudara akan tahu apakah kebaikannya berbuat sedemikian. Bagi orang yg percaya dan yakin bahawa ada kehidupan akhirat baginya, i.e. ada kemungkinan masuk syurga. Balasan syurga itu tidak mudah. Daripada 1,000 orang yg mengakui mereka Islam hanya seorang sahaja yg dapat syurga!! Fikirkanlah. Mungkin kerana itulah ramai orang Melayu, terutama muda-mudi zaman ini, lebih suka menyiapkan diri mereka untuk neraka dgn berbagai-bagai cara pula. Mereka ini telah menerima balasan syurga ketika di dunia, maka seumpama orang yg telah mengeluarkan kesemua simpananya untuk dinikmati ketika muda, maka ketika tua dia papa kedana, mengharapkan belas kasih orang. Itu dunia. Akhirat tak sama. Jika sudah habis simpanan pahala dan semakin meningkatkan simpanan dosa, tidak ada kehidupan akhirat bagi mereka kecualilah dibakar di neraka.
Saudara, kita telahpun teliti dalam post sebelum ini bahawa sesiapa yg menepati prskripsi puasa yg disebutkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya - mencari pahala sebanyak mungkin dan kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dengan manifestasi keimanan dan ketaqwaan, balasannya adalah pengampunan dari dosa dan ganjaran syurga. Fikirkanlah begitulah hadiah atau kejayaan bagi orang yg berpuasa terbaik.
Orang yg faham dan orang yg ingatkan bahawa dia akan mati dan dunia akan kiamat dan dia akan dinilai baik buruknya di dunia, tau bahawa hendaklah dia melakukan segala sesuatu untuk mengurangkan beban dosa dan menghapuskan dosa yg ada dan menambah kpd bekalan pahala untuk akhiratnya. Antara peluang terbaik untuk melabur untuk akhirat adalah memberi makan dan minum pada orang yg berpuasa:
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa dan barangsiapa menunjukkan atas kebaikan, maka baginya seumpama pahala orang yang mengerjakan kebaikan tersebut.’ [Hadith riwayat Khatib dalam Kanzil Umal]
Hadith di atas itu adalah sumber panduan bagi orang-orang yg sanggup mengeluarkan wang untuk menyediakan makan dan minum bagi orang yg berpuasa. Inilah asas kegiatan di Masjid Kg Baru dan lain-lain masjid dan lain-lain surau seluruh negara menyediakan makan minum untuk orang berpuasa.Islam memberi satu bentuk pelaburan akhirat yg banyak tinggi dividen akhiratnya - memberi makan dan minum pada orang yg berpuasa dalam bulan Ramadhan. Kita yg memberi makan dan minum memperolehi pahala sama dengan pahala orang yang berpuasa. Fikirkanlah. Kalau orang yg kita jamu itu adalah orang yg baik-baik yg kental ketaqwaan dan keimanannya dan dia hampir kpd tahap sifat terbaik dikalangan orang yg berpuasa seumpama yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, orang itu mendapat gandaan pahala tertinggi yg dijanjikan Allah (a.w) baginya. Dan, kita hanya dgn mengeluarkan sedikit wang sama-sama dapat menumpang pahala yg diterimanya tanpa mengurangi sedikitpun pahala yg diterimanya kerana berpuasa! BUkankah itu pelaburan terbaik??
Bahagian kedua hadith itu menyebutkan secara umum pula satu lagi bentuk pelaburan akhirat yg tinggi dividennya. Jika kita menolong seseorang untuk suatu kebaikan baginya, maka jika orang yg kita tunjuk itu amalkan, maka dia dapat pahala dan kita juga dapat pahala seumpama pahala yg diperolehinya kerana kebaikan yg dikerjakannya. Kalaulah kita dapat mengubah seorang yg melakukan kejahatan untuk menjadi orang baik, maka ditakdirkan dia menjadi baik, maka kita mendapat pahala dari segala kebaikan yg dilakukannya. Tapi, kalau kita menunjuk atau mengajar kpd kejahatan, maka orang itu lakukan atau kerjakan kita menerima ganjaran dosa setiap kali orang itu lakukan kejahatan yg kita tunjukkan atau ajarkan. Ingatlah kejahatan yg dilakukan dalam bulan Ramadhan itu digandakan melebihi 700 kali ganda terpulang kpd ikhsan Allah (a.w). Oleh itu berwaspadalah saudara yg melakukan kejahatan setiap saat dan ketika.
Sesungguhnya, kita tidak akan hidup tanpa mati. Bukan umur yg menentukan kita mati. Semuanya sudah ditulis dalam qada' dan qadar kita. Apabila mati hanya ada dua kesudahan: masuk neraka atau masuk syurga. Kalau ada kesempatan untuk jadi baik, masih ada masa selagi nyawa dikandung badan. Gunakanlah akal dan fikiran kita yg waras untuk buat pilihan sekarang ini.
Kalau nak melabur suatu pelaburan yg amat tinggi gandaan dividen akhiratnya, dan kita ada wang, sumbanglah kpd memberi makan dan minum pada orang yg berpuasa, bukan sebarang ornag berpuasa, carilah kumpulan orang yg baik-baik supaya dividen kita tinggi ... untuk kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment