Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai puasa wajib Ramadhan itu sebagai panduan kita benar-benar mengerjakannya dengan sandaran ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Apakah kefadhalan puasa Ramadan itu? Kita telah tau bahawa puasa itu digandakan pahalanya oleh Allah (a.w) melebihi 700 kali ganda tertakluk kpd keikhlasan kita - kita berpuasa dengan penuh keimanan serrta keikhlasan kerana mencari sebanyak mungkin pahala dari kurniaan Allah(a.w).
Pahala Puasa Ramadhan
Seperti yang dijelaskan, pahala berpuasa itu hanyalah ditentukan oleh Allah (a.w) banyak mana dan berapa kali gandaannya pula. Tidak siapa yang tahu dan tidak siapa dapat membuat telahan. Tetapi, kita yang mengamalkannya akan merasa sejauh manakah kita berjaya atau terkandas dalam perjuangan untuk mendapat ganjaran pahala yang maksimum. Di akhirat kelak kita akan mendapat tahu ‘score’ kita dalam mengerjakan puasa itu sepanjang hidup kita. Ini diperjelaskan oleh sepotong hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan (yakni pahala) yang serupa dengan amalan tersebut sehingga tujuh ratus kali gandaan atas apa-apa yang dikehendaki oleh Allah (a.w), kecuali puasa. Telah berfirman Allah (a.w):‘ Sesungguhnya bagi puasa Aku (Allah (a.w)) membalasnya, dengan berpuasa (hambaku) meninggalkankan syahawatnya dan makanannya, dariKu bagi orang yang berpuasa Aku (Allah (a.w)) kurniakan dua saat kesenangan (yakni, kemenangan): (satu kurniaan) dari saat berbukanya (yakni apabila dia berbuka dan kemudian apabila dia merayakan Aidil Fitri) dan (kurniaan kedua) dari saat bertemu Tuhannya, dan nescaya busuknya mulut orang yang berpuasa di sisi Tuhannya (bau mulut mereka itu) lebih harum atau wangi daripada bau minyak kesturi.’’ [Hadith Qudsi sahih Ibn Majah]
Sepotong hadith lain pula telah diriwayatkan oleh seorang sahabat yang lain pula seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Saad (r.a.) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Sesungguhnya pada syurga ada beberapa pintu (yang dinamakan pintu riyan), maka dikatakan bagi pintu bertanya ia pada hari Qiamat (yakni, memanggil pintu-pintu syurga itu dengan panggilan): ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ maka barangsiapa ada dari kalangan orang-orang yang berpuasa, maka masuklah mereka ke dalam pintu-pintu (tersebut) (di akhirat kelak), maka tiada haus mereka selama-lamanya.’ [Hadith Ibn Majah, Kitab as-Siam].
Hadith tersebut menjelaskan bahawa begitu suka Allah (a.w) terhadap orang yang berpuasa itu, sehinggakan di akhirat kelak, para malaikat yang menjaga syurga menyeru mereka di pintu-pintu syurga mempelawa dan mempersilakan mereka masuk ke dalamnya.
Diriwayatkan hadith daripada seorang yang boleh dipercayaai, iaitu Said Abi Mujahid at-Ta’i, bahawa hadith ini daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia (yakni, Abu Hurairah (r.a)): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga golongan tidak ditolak doa mereka: (pertama) Imam (pemimpin umat Islam) yang ‘adil, (kedua) orang yang berpuasa hingga mereka berbuka, dan (ketiga) doa orang yang dianianyai (atau dizalimi); mengangkat pada doa dari bawah awan (yakni, tidak dilindungi doa mereka) pada hari Qiamat, dan kerana doa tersebut dibuka beberapa pintu langit dan berfirman Allah (a.w): ‘Demi kemuliaanKu nescaya sungguh menolong Aku (Allah (a.w)) padamu walaupun sudah lewat tempoh doa tersebut.’ [Hadith Ibn Majah]
Selain ganjaran gandaan pahala berpuasa Ramadhan itu, disebutkan dalam hadith terakhir di atas itu bahawa doa orang yg berpuasa itu dimakbulkan Allah (a.w), yakni terus sampai kpd Allah (a.w) tidak tertahan. Itu adalah pemberian atau kurniaan yg terbaik oleh Allah (a.w) kpd mereka yg berpuasa menepati dua syarat itu: pertama, berpuasa dgn penuh keimanan; dan kedua, dengan nita semata-mata mencari ganjaran pahala kurniaan Allah (a.w) dan dia tidak mencemari puasanya dgn kata-kata serta perbuatan yg sia-sia dan maksiat.
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita kekutatan untuk berpuasa sebaik mungkin, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment