Tuesday, August 10, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai puasa wajib/fardu bulan Ramadhan. Yg utama diingatkan adalah Islam itu dibina dgn 5 perkara (atau rukun), antaranya adalah puasa bulan Ramadhan. Sesiapa yg tidak puasa dalam bulan ramadhan belum Islam sempurna dia, kerana perintah puasa Ramadhan itu puasa wajib. Orang yg dibolehkan tidak berpuasa itu hanya 4 golongan, iaitu:
1. Wanita yg mengandung, takut dia cacat atau cedera anak yg dikandungnya, maka dia boleh tak berpuasa dgn syarat selepas bersalin hendaklah dia segera gantikan hari-hari yg dia tinggalkan dalam bulan Ramadhan;
2. Wanita yg menyusukan anaknya (yakni, kewajipan menyusukan anak itu adalah selama 2 tahun), kuatir dia kehabisan susunya untuk anaknya, maka dia boleh tak puasa tetapi perlu dibayar puasanya di bulan-bulan yg lain selain Ramadhan;
3. Orang yg musafir (ie. berjalan ke suatu tempat melebihi 89 kM), tapi dia perlu ganti puasanya di bulan-bulan lain sebanyak hari yg dia tak berpuasa; dan
4. Orang tua (i.e. berumur 60 tahun ke atas) kerana tidak mampu dia berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan seorang orang miskin setiap yg dia berpuasa (yakni, sehari seorang) dan dia tak perlu gantikan hari yg dia tak berpuasa.
Namun, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ganjaran gandaan puasa Ramadhan itu melebihi 700 kali ganda atas ikhsan dan kehendak Allah (a.w)menggandakannya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah seseorang itu tahu betapa besarnya pahala berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan itu, dia pasti akan sekuat mampunya berpuasa dan tidak meninggalkannya, walaupun Islam membolehkan dia meninggalkannya kerana sebab-sebab di atas. Juga betapa besarnya kerugian orang yg tidak berpuasa sehari sahaja dalam bulan Ramadhan itu, digambarkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa pahala yg terlepas kerana tak puasa sehari itu tidak sama dengan berpuasa setiap hari selama setahun! Begitu besarnya pahala sehari berpuasa Ramadhan dan betapa banyaknya kerugian pahal yg kita tanggung jika kita tak berpuasa walaupun kita sudah berusia lebih 60 tahun yg membolehkan kita mendapat rukhsah meninggalkannya dgn membayar fidyah memeberi makan seorang miskin setiap hari kita tak berpuasa itu.
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita kekuatan untuk berpuasa bulan Ramadhan ini, insya Allah

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment