Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam post yg lalu betapa besarnya atau banyaknya gandaan puasa bulan Ramadhan itu, yg gandaannya hanya kita ketahui di akhirat kelak. Kita juga dapat tahu bahawa gandaan sedemikian itu terpakai bagi kesemua bentuk dan jenis atau kategori amalan yg kita kerjakan dalam bulan Ramadhan - siang atau malam. Kita juga telah lihat ketetapan mengenai pahal bonos dalam bulan Ramadhan.
Selain yg menguntungkan kita itu, ada yg merugikan kita pula. Membuat maksiat dalam bulan Ramadhan - siang atau malam - mendapat gandaan dosa yg serupa pula! Yg wajib kita waspada adalah menjaga mulut dan menjaga kemaluan.
Dan, bagi mereka yg tak berpuasa secara sengaja, telah diperingatkan bahawa mereka belum Islam kerana Islam itu dibina atas lima rukun atau tiang. Puasa itu satu dari tiang ugama. Kalau tak bertiang maka runtuhlah rumah. Demikianlah Islam seseorang itu hancur jika tidak berpuasa dia. Dalam hadith berikut, orang yg meninggalkan satu hari puasa Ramadhan tanpa keringanan yg ditetapkan oleh syara' (spt wanita mengandung, menyusu anak dan orang yg terlalu tua), menanggung kerugian yg amat besar yg tidak boleh diimbangi oleh puasa setiap hari sepanjang tahun atau setahun tapi sepanjang hayatnya!!!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya dan jika berpuasa dia akan puasanya.’ [Hadith gharib at-Termidzi]
Hadith di atas memberitahu bahawa kalaulah kita dengan sengaja tinggalkan satu hari puasa Ramadhan itu tanpa alasan yg dibenarkan oleh syara' dan tidak pula kita sakit, maka sekiranya kita puasakan setiap hari sepanjang hayat kita, tidak dapat mengimbangi kerguian yg kiat tanggung kerana meninggalkan seharai!!! Mengapa tidak? Puasa itu dapat menghapuskan dosa dan membolehkan kita mendapat syurga. Apakah sama nilai syurga dengan nilai puasa sepanjang hayat??
Mudah-mudahan tidaklah kita mensia-siakan puasa Ramadhan tahun ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment