Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri?@ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.' [Maksud ayat: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)]. [Ayat 1 hingga 5, Surah al-Qadr.]
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan lagi bahawa suatu zaman dahuklu, sebelum kedatangan Islam, yakni al-Quran diturunkan, ada empat individu yg menghabiskan kehidupannya selama 80 tahu beribadah dgn ugama Allah (a.w) tanpa sekelip matapun melakukan sebarang maksiat. Meeka itulah yg terbaik dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) menetapi ugama Allah (a.w0 yg disyariatkan zaman tersebut. Maka para sahabat tatkala mendengar cerita atau kisah tersebut merasa kagum dan berfikir bahawa tak mungkin mereka dapat menyamai tahap keimanan empat individu tersebut. Namu, dgn turunnya ayat al-Qadr dan kebaikan atau kefadhalan yg boleh didapati darinya tanpa perlu menjadi ahli ibadah yg hebat sbagaimana hebatnya empat individu tersebut, para sahabat amat gembira. Malah kita yg Islam hari inipun wajar bergembira, kerana beramal satu malam kita melebih ganjaran pahala empat ahli ibdah yg disebutkan itu.
Hadith ini menyebut tentang keberkatan Lailatul-Qadr yang memberikan banyak manfaat kepada mereka yang bertemu dengan malam tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab
Kefadhalan lailatul Qadr itu disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, dan beliau memberitahu bagaimana hendak mendapatkannya, iaitu beriktikaf di masjid mengerjakan pelbagai malan, termasuk solat tambahan.
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Dalam hadith berikut, umat Islam (yakni, kita antaranya) digembirakan oleh khabar dari malaikat Jibrail (a.s) tentang malam Qadr itu:
Diriwayatkan daripada Ali bin ‘Urwat (r.a.) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) menyebutkan (yakni, menceritakan) bahawa pada suatu hari (zaman sebelum Islam) empat orang (yang amat ‘alim) keturunan Bani Israel yang menyembah (yakni beribadat dan mengabdikan diri) kepada Allah (a.w) selama delapan puluh (80) tahun tiada sekali-kali mereka menentang (mungkar atau melakukan apa-apa maksiat atau pelanggaran, yakni dosa) walau sekelip matapun, maka menyebutkan oleh Nabi (s.a.w) akan (yang empat orang it) Nabi Ayub (a.s), dan Nabi Zakaria (a.s), dan Hizkil bin ‘Ajuz (r.a), dan Nabi Usaq bin Nun (a.s).’ Maka berkata Ali (perawi hadith ini): ‘Maka hairanlah para sahabat Rasulallah (s.a.w) daripada yang demikian itu (kerana mana mungkin mereka (yakni, para sahabat) mencapai tahap amalan begitu ‘par excellence’ selama 80 tahun).’ Maka datanglah Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Hairankah umat kamu daripada ibadat golongan mereka itu yang beramal selama delapan puluh tahun dan tiada mereka menentang Allah (a.w) walau sekelip matapun? Telah menurunkan oleh Allah (a.w) yang lebih baik dari itu.’ Maka membaca Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w)(Surah al-Qadr): '
Inna anzalnahu fi lailatil Qadri, wama adrakama lailatul Qadri, lailatul Qadri khairum min alfisyahr…’,) (sambil berkata) ‘Ini lebih afdhal (yakni lebih banyak fadilatnya atau pahalanya) daripada apa yang kamu dan umat kamu hairankan itu (yakni, lebih banyak pahala dan fadilatnya dari amalan empat orang wara’ (ahli ibadah) Bani Israil selama delapan puluh tahun itu).’
Maka berkata Ali (r.a): ‘Maka disenangkan (yakni, digembirakan) dengan yang demikian itu oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) dan umat manusia yang beserta dengan Nabi (s.a.w) (yakni umat Islam).’ ’ [Hadith Ibnu Khatim]
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita kekuatan serta peluang menemui Malam Qadr ini sekali dalam hidup kita. Dgn itu, kita berjaya terlepas dari siksaan neraka dan berada dalam syurga Allah (a.w), insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment