Assalamualaikum,
saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang puasa ramadhan ini seterusnya.
Kita telah maklum betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Kita juga tahu bahawa jika kita adalah wargamas atau warga tua melebihi 60 tahun, kita dibolehkan tidak berpuasa dgn membayar fidyah memberi makan seorang miskin seorang sehari setiap hari kita tak berpuasa. Inilah kelonggaranyg diberikan oleh Allah (a.w) pada kita.
Keringanan bagi mereka yang tidak mampu berpuasa dan dibenarkan membayar fidyah dalam ayat di atas itu telah dimansukhkan pula apabila turunnya Ayat 185:
Firman Allah (a.w):'Syahru ramadhanal lazi unzila fihil quranu … Faman syahida minkumusy syahra falyasumhu … (sehingga akhir ayat) … wa la’allakum tasykurun.' [Maksud: Bulan Ramadhan itu diturunkan al-Quran … Maka barangsiapa menyaksikan anak bulan itu (yakni, nampak anak bulan Ramadhan) itu wajib dia berpuasa, dan sesiapa yang sedang sakit atau musafir, (boleh berbuka) maka dibayar fidyah sebanyak hari ia tidak berpuasa. Allah (a.w) berkehendakkan untuk keringanan kamu, dan supaya kamu cukupkan bilangannya, dan mengagungkan nama Allah (a.w) (dengan berzikir dan mengerjakan amalan dan ibadah sunat pada malamnya) yang memberi hidayah kepadamu, supaya kamu sekelian bersyukur.’[Ayat 185, Surah al-Baqarah]
Ayat 185 ini menyebutkan bahawa ianya bulan yang mulia dan banyak barakah, kerana, antara sebab utama, kesemua kitab-kitab Allah (a.w) (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran) diturunkan dalam bulan Ramadhan. Ketetapan wajib berpuasa itu bagi orang bermukim yang yang sehat, diulangi sekali lagi dengan menyebutkan bahawa sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan wajib berpuasa. Disebutkan juga sekali lagi orang-orang yang diberi keringanan tidak berpuasa dengan mengqada’kannya (iaitu mereka yang sakit dan yang bermusafir). [Nota: Ayat 184 membenarkan seseorang itu memilih – berpuasa atau tidak berpuasa tetapi membayar fidyah memberi makan miskin bagi setiap hari yang dia tidak berpuasa – satu keringanan yang menguntungkan orang yang berada, tetapi dimansukhkan oleh Ayat 185 ini. Dengan turunnya Ayat 185 itu, semua diwajibkan berpuasa dan tidak boleh membayar fidyah, tetapi orang yg sakit atau dalam musafir boleh tak puasa tapi digantikan dengan hari-lhari lain (yakni, setelah sembuh dari sakit atau setelah kembali dari musafir atau semasa tidak musafir).]
Di dalam hadith pula Rasulallah (s.a.w) mengulangi kelonggaran tersebut serta menambah kepada kelonggaran diberikan oleh ketetapan al-Quran, iaitu kelonggaran diberikan kepada:
§ Orang tua (lelaki dan perempuan)yang lanjut umur, yang ingin berpuasa jika mampu tetapi tidak upaya berpuasa boleh tidak berpuasa tetapi membayar fidyah;
§ Wanita yang hamil kerana takutkan kemudaratan kepada anak yang dikandungnya boleh tidak berpuasa semasa hamil tetapi wajib mengqada’kan (yakni, membayar kembali) puasa yang ditinggalkan pada hari-hari lain; dan
§ Wanita yang menyusukan bayinya yang takut akan kemudaratan terhadap anaknya seumpama kering susu badannya, dibolehkan meninggalkan puasa tetapi wajib mengqada’kan puasa yang ditinggalkan pada hari-hari lain.
Walaupun begitu, firman Allah (a.w) itu menyebutkan bahawa jika boleh diusahakan juga berpuasa adalah lebih baik dari tidak berpuasa. Zaman ini begitu banyak susu gentian bagi ibu yang menyusu anak dan begitu banyak pula vitamin dan zat buatan untuk kesihatan bayi dalam kandungan.
Jelasnya (mengikut ibnu Abbas (r.a)) Ayat 185 memansukhkan Ayat 184, kerana kalimat ‘faman syahida minkum aysyahra fal yasum hu’ (maka barangsiapa melihat anak bulan (Ramadhan) maka hendaklah mereka berpuasa) memansukhkan kalimat ‘wa ‘alallazina yutiqunahu fidyatun tha amu miskin’ (dan bagi orang yang tidak upaya berpuasa membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin) itu. Ketetapan al-Quran ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) di dalam as-Sunnah pula, seperti yang akan kita teliti selepas ini.
[Nota: Dalam Islam umur tua itu adalah lingkungan 60 tahun]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment