Assalamualaikum,
Saudara, insya Aalah (a.w) jika kelihatan anak bulan malam ini, maka kita akan berpuasa Ramadhan mulai esok. jika tidak kelihatan kerana terlindung oleh mendong atau awan tebal, ilmu falaq akan digunakan untuk menentukan puasa esok setelah dikira cukup 30 hari Sya'aban.
Tahukah saudara bahawa sesiapa yg berjaya menyempurnakan puasanya dengan berdasarkan semata-mata berpuasa mencari pahala semaksimumnya dari Allah (a.w) dan kerana menunjukkan tahap keimanan yg tinggi, dia dijamin bebasa dari api neraka di akhirat kelak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu amat rugilah seseorang Islam yg beriman itu ketika datangnya Ramadhan dan berakhirnya Ramadhan dia tidak berjaya mnembersihkan diirnya untuk mendapat syurga Allah (a.w).
Berapa orangkah yg Islam dan beriman itu yg benar-benar berjaya? Disebutkan dalam hadith bahawa terdapat 73 golongan atau firwqah umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Kesemuanya yakin yg mereka Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi 72 golongan atau 72/73 golongan atau firqah atau kumpulan umat Islam gagal mendapat syurga dan terjerumus ke dalam neraka! Tak ramai. Ada banyak sebab mengapa kita terjerumus, antaranya kita tidak berjaya dalam puasa kita. Disebutkan dalam hadith lain pula bahawa daripada seribu umat Islam yg yakin mereka Islam, tetapi hanya seorang sahaja, yakni 1/1,000 yg berjaya mendapat syurga. Bagi kita yg yakinkan nikmat syurga itu, pastilah kita berwaspada supaya tidak tergolong dikalangan 72 golongan atau 999 orang yg gagal itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan biarlah jauhkan (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Allah (a.w) memberi peluang sebanyak mungkin hambaNya dimerdekakan dari neraka di akhirat kelak. Maka dgn itulah disebutkan dalam hadith di atas bahawa para malaikat menyeru memperingatkan manusia yg beriman itu supaya meninggalkan kemungkaran (yakni, melakukan segala sesuatu yg mendatangkan dosa) dalam bulan Ramadhan dan menyeru kpd mereka yg sukakan membuat kemungkaran dan maksiat, supaya mengehentikan segala kemaksiatannya dan melakukan amal makruf dalam bulan Ramadhan ini. Kerana, hanya dengan itu mereka akan berjaya mendapat kebebasan dari dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Bagi mereka yg tidak belajar ilmu as-Sunnah sudah pastilah mereka tidak tahu janji Allah (a.w) ini. Mereka tidak tahu betapa malaikat memperingatkan manusia supaya jangan alpa melakukan kebaikan dalam bulan Ramadhan.
Di dalam hadith berikut disebutkan sesiapaya yg secara istiqamah berusaha sekuat mampu berpuasa dan melaksanakan pelbagai amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan kerana mencari pahala di sisi Allah (a.w) dan kerana menunjukkan keimanan yg tinggi, mendapat balasan syurga di akhirat kelak. maksudnya mereka dibebaskan dari belenggu neraka dan berjaya mendapat syurga.
Saudara, kehidupan yg sebenarnya bukanlah kehidupan di dunia yg memaksimumkan nikmat dunia untuk kita, tetapi kehidupan sebenarnya adalah di akhirat kelak berjaya mendapat syurga. Di dalam syurga itu, mengikut as-Sunnah, terdapat sesuatu yg tidak pernah dilihat oleh mata, dicium oleh hidung, di dengar oleh telinga dan rasai oleh lidah manusia.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) dan menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya, tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Amat beruntunglah sesiapa yg berjaya dalam bulan Ramadhan ini sebagaimana yg disebutkan dalam hadith di atas itu. Mereka mendapat keampunan dari segala dosa-dosanya yg telah lalu (ie. yg dahulu) (kecualilah dosa yg melayakkan hukum had, yg perlu ditaubatkan dan yg memerlukan pengampunan kas Allah (a.w). Dosa-dosa lain akan terhapus kerana ibadah puasa Ramadhan dan ibadah-ibadah sokongan dalam bulan Ramadhan seumpama Solat Terawih.
jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment