Assalamualaikum,
Saudara, penulis yakin bahawa saudara tahu ketetapan Islam bahawa wanita yg datang haidnya tidak dibolehkan bersolat dan juga berpuasa. Tetapi, wanita yg selesai haidnya, hendaklah dia mengqada'kan (atau mengganti puasa yg tertinggal) sejumlah hari yg dia tak berpuasa iaitu antara 7 hingga 15 hari. Dan, wanita yg dah selesai haidnya pula tidak disyaratkan mengganti (atau menggada' atau membayar) solat-solat fardu yg tertinggal kerana haidnya.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Tiadalah aku qada’kan barang yang atasku daripada Ramadhan (yakni, hutang puasa yang tertinggal) melainkan dalam bulan Sya’ban, hingga wafat Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di atas menjelaskan bahawa sebaik-baiknya puasa Ramadhan yg digantikan kerana haid itu dibuat dalam bulan Sya'ban (yakni, sebelum tibanya Ramadhan). Dan, hadith berikut menyebutkan bahawa wanita yg haid itu diwajibkan ganti puasanya yg dia tertainggal kerana haidnya, tetapi tidak perlu ganti solat-solat fardu yg dia tertinggal ketika dalam haid.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adalah kami datang haid kemudian kamipun suci (yakni, bersih dari haid), maka disuruhnya kami qada’ puasa dan tiada disuruhnya qada’kan solat.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Dalam konteks bersolat semula itu, kebanyakan wanita tidak faham. Yg utama mereka perlu perhatikan adalah apabila telah pasti tiadalagi kotoran haid keluar (atau ada tanda-tanda kesan darah yg selalunya berwarna coklat), maka itu bererti haidnya sudah tamat. Jika haid tiada ketika pagi, hendaklah dia segera mandi junub, supaya dia boleh Solat Zohor. kalau tiada tanda bekas haid waktu zohor masih ada, maka hendaklah dia mandi junub segera supaya dia sempat Solat Zohor. Wanita yg haid tidak boleh mulakan solatnya ikut suka hatinya. Hendaklah dia mula solat semula sbaik saja haidnya habis dan segera mandi junub. Jika ketika sebelum Zohor dah habis dan dia mandi dan solat waktu 'Asar saja, maka dia terhutung Solat Zohor. Dia tergolong orang yg meninggalkan Solat Zohor dgn senagja, maka hukumnya jatuh kafir, kerana tak solat.
Oleh itu janganlah melambat-lambatkan bersolat setelah selesai haid. Dan, janganlah juga tak berpuasa ramadhan setelah haid selesai dan Ramadhan masih ada.
Tahukah saudara bagaimana mandi junub ikut as-Sunnah? Ini penting. Kerana mandi junub tak ikut as-Sunnah tidak sah mandi junub itu. Tak sah solat. Dan berdosa pegang dan baca al-Quran.
Dalam post yg lalu kita pernah sebutkan kaedah mandi junub ikut sunnah itu, bagi lelaki dan perempuan. Rengkasnya mandi junub itu mengandungi dua proses:
1. Mangambil wudu' dahulu, dan
2. (kemudian) mandi dengan meratakan air ke badan, mulai dari bahagian kanan kemudian bahagian kiri.
Ketika memulakan mandi, yakni berwudu' itu, sebutlah kalimah 'Bismillah' (bukan 'Basmalah'). [Nota: Basmalah adalah kalimah penuh 'Bismillahir rahmanir arahim). Wudu' tanpa menyebut 'Bismillah' dan mandi junub tanpa menyebut 'Bismillah' ketika memulakannya tak sah. Sila lihat post-post yg lalu]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment