Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin keluar berita katanya dari DS Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, menyebut bahawa khutbah Jum'at di Pennag di beberapa masjid telah mengeluarkan rujukan kpd SPB Yang Dipertuan Agung dalam doa khutbah dan digantikan dgn doa untuk Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini berita dalam akhbar Sinar Harian. Hari ini dalam Sinar harian ada mini debat mengenai isu ini.
Abu Kassim Ketua UMNO Caw Jelutong kata pernah. Hafiz Naib YDP Persatuan Ulama' M'sia (Caw P Pinang) kata dia pernah baca khutbah mendoakan KM Cina itu. MAIPP kata tak pernah ada kerana semua khutbah masjid dlm P Pinang disediakan teksnya atau dirujuk kpd MAIPP untuk dibaca di masjid. Orang UMNO, spt biasa, menganggapkan isu itu perbuatan yg tidak menghormati Islam dan seumpamanya.
Anwar Ibrahim kata itu fitnah yg dibuat-buat oleh BN. Jamil Khir suruh siasat kesahihan perkara itu. Muhyiddin, TPM, kata siasat kerana perkara atau isu itu membawa implikasi yg amat besar. Kerajaan negeri P Pinang nafikan kata-kata Zahid, seolah-olah Zahid membuat tuduhan (atau memfitnah) tanpa asas dan bukti! Itu kenyataan Exco ugama dalam pentadbiran Lim Guan Eng. Mana yg betul dan mana memfitnah atau mana yg saja cari pasal untuk timbulkan senasai dan kontroversi.
Soalnya: Adakah pernah khutbah mengandungi doa untuk kebajikan orang bukan Islam dibaca semasa berkhutbah Jum'at atau dalam lain-lain sesi program bercorak keugamaan? Kita tak tahu dan tak pasti. Kerana isu itu dipolitikkan.
Soal keduanya, bolehkan dalam sesuatu amalan dan ibadah Islam, seseorang itu mendoakan kebaikan untuk orang bukan Islam secara khusus? Khutbah Jum'at adalah ibadah khusus yg menjadi sebahagian daripada Solat Jum'at, adalah ibadah khusus mingguan umat Islam. Apa kata tokoh-tokoh ugama? Takda komen, kecualilah Jamil Khir yg terpaksa kerana dia menteri.
Yang menarik bekas Mufti Perlis Dr Asri, yg kontroversial itu, menyebut bahawa tidak ada salahnya dalam Islam mendoakan untuk orang bukan Islam. Beliau menyebut bahawa salah jika mendoakan sesuatu yg tidak baik kpd orang bukan Islam. Saudara boleh baca pandangannya dalam Sinar Harian hari ini kalaulah dilapur sedemikian itu adalah benar.
Bagi mereka yg mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan tahu beberapa perkara menyentuh isu orang musyrik, orang kafir, orang munafiq dan orang Islam serta orang Iman. Orang musyrik dan kafir dilaknat oleh Allah (a.w). Malah masyarakat yg menentang Allah (a.w) dan Rasul serta para nabi yg menyampaikan syiar ugama Allah (a.w) dihapuskan atau mendapat siksaan yg amat berat ketika di dunia lagi. Contoh: kaum Nabi Nuh (a.s) ditenggelamkan dalam banjir dunia. Kaum Aad, Kaum Thamud (Nabi Salleh) dan Kaum Lut, kesemuanya dibinasakan. Firaun dan kaumnya di tenggelamkan di lautan Merah kerana menentang Allah (a.w) dan Musa (a.s) yang menyampaikan syariat ugama Allah (a.w) bersandarkan Kitab Taurat.
Di akhirat kelak, semua yg musyrik dan kafir akan masuk neraka tanpa dihisab. Orang munafiq juga akan masuk neraka tanpa dihisab. Malah mereka ditempatkan di dasar neraka, lebih rendah dari ruang/bahagian neraka yg dipenuhi oleh orang musyrik dan kafir. Orang yg Islam atau orang Iman akan dihisab, dan jika mereka tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu juga akan masuk neraka. Tapi, orang Islam yg ada sebesar zarah keimanannya terhadap Allah (a.w), akhirnya akan keluar dari neraka setelah dibersihkan dineraka, dan dimasukkan ke dalam syurga - orang yg paling akhir masuk neraka setelah orang lain menduduki neraka beberapa akhkab (satu akhkab = 100,000 tahun).
Nabi Ibrahim (a.s) yg diiktiraf oleh Allah (a.w) sebagai 'kekasihNya' (khalillullah) dicemoh Allah (a.w) apabila dia hendak mendoakan kebaikan akhirat bagi bapanya yg kafir. Allah (a.w) tidak benarkan. Nuh (a.s) pernah meminta Allah (a.w) selamatkan isteri dan anak kesayangannya ketika banjir mengahapuskan gunung dan isteri dan anaknya tidak ada tempat selamat, walaupun mereka, tetap tidak mahu ikuti Nuh (a.s). Allah (a.w) tidak benarkan dia meminta bantuan untuk keselamatan mereka.
Rasulallah (s.a.w) pernah berdoa (i.e. meminta Allah (a.w) berikan petunjuk kpd dua orang kafir yg menentang Islam zaman hayatnya, iaitu bapa saudaranya Abu Jahal dan Omar b Khattab (r.a). Tujuannya supaya Islam dapat mudah dan lebih cepat berkembang jika Abu Jahal, yg berpengaruh masuk Islam, atau Omar (r.a) orang yang dihormati dan ditakuti di kalangan orang Arab masuk Islam. Allah (a.w) perkenankan Omar (r.a) kerana Omar (r.a) diberi hidayah kagum dengan ayat-ayat al-Quran yg dibaca oleh anak perempuannya. Maka Omar (r.a) masuk Islam dan akhirnya Islam berkembang pesat, dan Omar (r.a) menjadi khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2 selepas Abu Bakar (r.a). Rasulallah (s.a.w) pernah memohon keampunan Allah (a.w) atas bapa saudara yg membesarkannya, Abu Thalib, ketika hendak mati, tapi tidak diizinkan oleh Allah (a.w).
Suatu perkara yg perlu kita faham iaitu Rasulallah (s.a.w) berdoa kpd Allah (a.w) bukan untuk kebajikan orang yg kafir atau musyrik tersebut, tetapi supaya Allah (a.w) berikan hidayah kpd mereka untuk membantu melancar dan mengimarahkan Islam, apabila orang-orang kafir yg didoakan itu memeluk Islam. Kalaulah doa dalam khutbah yg dibaca di P Pinang itu bertujuan untuk membuka hati Lim Guan Eng masuk Islam dan dengan itu boleh mengimarahkan Islam di Malaysia ini, maka ada parallel dalam doa Rasulallah (s.a.w) itu! Tapi, adakah Lim Guan Eng itu begitu berpegaruh dan amat utama dalam perkembangan dan kelancaran ugama Islam di Malaysia? Pada penulis, berbanding dgn Guan Eng, orang Islam yg wajar didoakan untuk mendapat hidayah adalah orang spt TS Prof Khoo Kay Kim yg faham sejarah Malaysia dan faham tentang Islam! Mungkin, kalau dia Islam ada gunanya. Kalau Guan Eng Islam tak nampak dimana manfaatnya pada masyarakat Islam.
Dr Asri dalam komennya dalam Sinar Harian itu berkata Islam melarang mendoakan suatu musibah atau perkara tidak baik terhadap orang yg bukan Islam. Kita yg mempelajari al-Quran tahu berapa kali Allah (a.w) melaknat serta menyumpah orang musyrik dan kafir dalam al-Quran. Rasulallah (s.a.w) pula mengadakan amalan khusus mendoakan kemusnahan kpd orang kafir di empat buah kampung Arab zamannya, melalui bacaan Doa Qunut Nazilah setiap solat fardu yg lima selama sebulan. Keempat-empat perkampungan Arab itu telah membunuh 69 daripada 70 mubaligh yg dihantar oleh Rasulallah (s.a.w) untuk mengajarkan Islam dan syariatnya kpd penduduk perkampungan tersebut atas permintaan mereka. Qunut Nazilah ini dibaca selepas bangkit dari Rukuk pada rakaat terakhir setiap solat fardu, selama sebulan. [Nota: Malangnya ramai para ulama' dan ilmuwan Islam confusekan Qunut Nazilah ini dgn Qunut yg diamalkan sekarang ini ketika Solat Subuh. Sebenarnya, tiada sandaran al-Quran atau as-Sunnah Qunut yg dibaca secara khusus pada solat Subuh itu]. Setelah binasa penghuni 4 kampung tersebut, Rasulallah (s.a.w) menghentikan membaca Doa Qunut Nazilah tersebut.
Maka dgn itu, orang Islam dibolehkan dalam Islam mendoakan musibah atau keburukan atau mala petaka ke atas orang bukan Islam yg menganianya atau menimbulkan pelbagai masalah kpd orang Islam atau kepada Islam. Dan, orang Islam boleh mendoakan kebaikan bagi orang kafir jika doa itu bertujuan meminta Allah (a.w) berikan petunjuk atau hidayah supaya memahami Islam dan memeluk Islam, dan bukan untuk kebajikan atau kesejahteraan dunia orang bukan Islam atau untuk keselamatan akhirat mereka!
Justeru itu, apakah yg dapat kita rumuskan? Jelaslah khatib yg setuju mendoakan kebaikan untuk Guan Eng dalam Khutbah Jum'anya adalah orang yg jahil dalam Islam tentang Islam. Kalau MAIPP luluskan teks yg mengandungi kalimah-kalimah doa sedemikian dalam khutbah mingguan bagi masjid-masjid di P Pinang, mereka juga orang yg betul-betul jahil, dan wajarlah mengosongkan kerusi resmi masing-masing! Malah, kutbah Jum'at yg sekarang ini di kesemua negeri adalah tidak menepati ketetapan as-Sunnahpun. Khutbah adalah peringatan mingguan kpd orang Islam tentang apa yg telah mereka lakukan seminggu lalu, apakah mereka telah membuat persedian sewajarnya untuk bekalan akhirat mereka, apakah mereka telah meninggalkan ciri-ciri kemaksiatan dan meningkatkan keimanan dan apa pula yg sewajarnya mereka buat demi akhiratnya untuk minggu depan... itulah mesej yg ada dalam khutbah. Khutbah Jum'at bukan untuk meminta suatu bersifat dunia atau mengingatkan duniawi. Khutbah yg mengutamakan mesej keduniaan tidak menepati as-Sunnah. Dan, khutbah adalah sebahagian (part and parcel of) Solat Jum'at, kerana ianya adalah sebahagian dari solat maka sewajibnya ditulis dalam bahasa al-Quran dan di baca sebagaimana membaca al-Quran.
Mudah-mudahan saudara yg baca post ini faham isu yg kita bangkitkan hari ini, insya Allah. Janganlah ada para ulama' atau ilmuwan Islam yg diperintah oleh orang bukan Islam sanggup membelakangkan ketetapan Islam dan syariatnya demi keselesaan dunianya, supaya tidak menyulitkannya kalau ingkar perintah pemimpin bukan Islam. Islam hanya membenarkan umatnya ikuti dan taati perintah kepimpinan selagi perintah tersebut tidak maksiat, yakni melakukan sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Islam sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment