Tuesday, August 10, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang Islam yg rajin dan istiqamah berpuasa - setiap Ramadhan dan juga mengerjakan puasa-puasa sunat. Harus diingatkan bahawa puasa sunat itu tidak diwajibkan diniatkan pada malam hari, yakni sebelum siang.

Niat Puasa Ramadhan Wajib Pada Malamnya

Yg penting kita ingat adalah puasa Ramadhan itu perlu diniatkan sebelum tiba waktu Subuh. Tidak ada kalimah khusus untuk 'niat' dalam syariat Islam, kerana niat itu gerak hati yg tidak dijelmakan dengan kata-kata.
kalau berpuasa sunat, memadailah kita niatkan puasa sunat itu bila-bila masa di siang hari asalkan kita belum makan dan minum, mungkin jam 12 tengah hari atau jam 6 petang selagi kita tak makan dan minum sebelum itu.
Tapi, lain dgn puasa ramadhan. Puasa Ramadhan perlu diniatkan setiap hari di waktu malam, yakni sebelum tibanya waktu Subuh apakala puasa kita bermula. Jika kita tidak niatkan, maka tak guna berpuasa, kerana puasa hari itu yg tidak diniatkan ketika malam, tidak sah dan tidak diterima.
Di bawah ini diturunkan beberapa hadith yang memberikan prinsip penting mengenai puasa fardu, Ramadhan, itu. Syariat Islam mensyaratkan bahawa puasa wajib atau fardu, yakni puasa Ramadhan, itu perlu diniatkan pada malam hari, iaitu sebelum terbit fajar atau tiba waktu Subuh. Nas dan dalil ketetapan ini adalah seperti dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Hafsah (r.ah) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tiada berniat (puasa) dahulu daripada fajr (yakni, sebelum waktu Subuh) maka tiada puasa baginya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith adripada Ibnu Syihab daripada Salim Ibni Abdillah, hadith daripada bapanya, hadith daripada Hafsah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajr (subuh), maka tiada puasa baginya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Jelasnya, puasa fardu Ramadhan hanya sah apabila diniatkan sebelum masuk waktu Subuh. Bagi puasa sunat pula, boleh berniat puasa bila-bila masa asalkan belum makan dan minum, walaupun tidak diniatkan sesudah naik matahari, asalkan kita belum ambil sarapan atau minum teh atau kopi, yakni apa-apa makanan dan minuman, kita boleh berniat berpuasa:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah bte Talhah hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika masuk atasku (yakni, datang ke kediamannya), bersabda:Adakah kamu makanan?’ Maka ketika berkata aku: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ Menambah Waqi’ pada hadith, berkata Aisyah (r.ah): ‘Maka masuk atasku suatu hari yang lain, maka berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Diberi hadiah bagiku ‘haisun’ (makanan umpama karipaf yang diperbuat daripada kurma, keju dan daging), maka menahan aku (yakni, menyimpannya) bagi engkau.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dekatkanlah kepadaku.’ Berkata Talhah: ‘Maka berpagi-pagi berpuasa orang yang berpuasa dan (petangnya) berbuka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) seringkali berpuasa sunat dia setiap kali dia tiada sarapan pagi. Maksudnya, puasa sunat itu boleh diniatkan bila-bila masa sahaja asalkan belum makan atau minum. Di dalam hadith kedua pula, Rasulallah (s.a.w), ketika diberitahu oleh isterinya ada makanan yang dihadiahkan oleh sahabat, maka makan dia walaupun dia pada mulanya berpuasa.
Yang jelas ketetapan as-Sunnah adalah puasa Ramadhan hendaklah diniatkan sebelum tiba waktu Subuh. Jika tidak diniatkan puasa itu tidak sah, yakni tiada gunanya. Bagi puasa sunat pula dibolehkan berniat pada bila-bila masa selagi tidak makan dan minum pada siang hari, selepas Subuh.
[Nota: Niat puasa sunat boleh dibuat pada blila-bila masa, walaupun setelah siang atau tinggi matahari, selagi belum makan dan minum boleh diniatkan dan puasa tersebut sah. Itulah perbezaan syariat puasa. Demikian juga syariat solat, solat fardu berbza dengan solat sunat, dan malahan di antara solat-solat sunatpun ada perbezaan pula.
Sila ambil ingatan bahawa tidak ada nas dan dalil al-Quran ataupun al-Hadith kita perlu melafazkan niat. Malah melafazkan niat adalah satu daripada amalan ‘pembaharuan dalam urusan ugama’ dan tertakluk kepada amalan bersifat bida’ah, dan perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa dan segala amalan.]
Semoga kita tidak lupa ketetapan syariat Islam ini, insya Allah. Selamat berpuasa dan semmoga kita mendapat keampunan yg maksimum dari dosa-dosa kita tahun lalu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment