Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan: Mengimarahkan Malamnya (Samb.)

Assalauamaikum,
saudara, antara kegiatan yg dianjurkan oleh Islam bagi setiap orang Islam yg inginkan mendapat pelepasan dari neraka di akhirat kelak adalah berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya iaitu betul-betul berpuasa untuk mendapatkan pahala maksimum serta untuk mendapat keridaan Allah (a.w). Kita telah lihat sesiapa yg berjaya ke tahap puasa yg sedemikian itu dibebaskan dari neraka, yakni dikikis segala dosa-dosa yg lalu. Antara syarat mendapat tahap puasa sedemikian adalah menjaga dosa-dosa kerana mata (ie. penglihatan), telinga (i.e. pendengaran) dan mulut (i.e. percakapan) yg mendatangkan dosa dan mengimarahkan malam Ramadhan dgn amalan dan ibadah sunat, terutama Solat Trawih dan Solat Witir.
Antara kegiatan mengimarahkan malam Ramadhan yg disuruh Islam adalah berQiamul-lail dgn bertadarus, dan ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan beriktikaf di masjid mengerjakan pelbagai ibadah tanpa tidur. Semua umat Islam walau bagaimana jahilnya mereka sekalipun, akan tahu bahawa ada suatu malam dalam bulan Ramadhan itu, yg disebut 'Malam Qadr' atau lailatul-Qadr'. Tiada siapa yg tahu bila atau malam bila. Tapi semua diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa malam itu adalah salah satu malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Sesiapa yg menemui malam Qadr itu sudah pastilah dia mendapat syurga dan selamat dari neraka, kerana kebaikan malam Qadr itu adalah seumpama seorang itu mengerjakan amal makruf serta beribadah dgn perfectnya terhadap Allah (a.w) selama 1,000 bulan atau 83 tahun 3 bulan tanpa melakukan sebarang dosa!
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam]
Oleh itu wajarlah seseorang Islam itu meningkatkan amalam masing-masing apabila tiba malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Ganjaran pahala yang diperolehi oleh seseorang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berharapkan kurniaan pahala daripada Tuhannya amat besar, seperti disebut dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih].
Diriwayatkan bahawa pelbagai amalan diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w) ketika sampai malam kesepuluh terakhir bulan Ramadhan itu:
Menceritakan hadith oleh Abu Suhailin hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mempersungguhkanlah kamu (yakni, carilah) lailatul-Qadr (Malam Qadar) dalam hari-hari ganjil daripada kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Dalam Surah al-Qadr itu disebutkan bahawa pada suatu malam dalam bulan Ramadhan itu Allah (a.w) perintahkan malaikat rahmat turun ke dnuia dgn diketuai oleh ketua para malaikat Jibrail (a.s) untuk menyampaikan kerahmatan Allah (a.w), terutama kerahmatan Allah (a.w), kpd hamba-hambaNya yg bersusah payah mengimarahkan malam tanpa tidur untuk mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah.
Demikianlah satu lagi kemurahan Allah (a.w) terhadap manusia memberi peluang kpd mereka supaya menyelamatkan diri mereka dari disiksa dalam neraka. Namun, malangnya walaupun begitu pemurah dan kasih akan hambaNya masik banyak, dan semakin banyak hambaNya, yg mungkar dan melakukan pelbagai dosa, malah menambah pulai variety dosa yg mereka lakukan dalam hidup mereka, malah dalam bulan Ramadhanpun.
Orang-orang yg membuat dosa itu disebutkan orang yg 'fasiq' dalam al-Quran iaitu orang yg membantah perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka juga tergolong dikalangan orang yg disebut atau diistilahkan dalam al-Quran 'menzalimi diri sendiri' iaitu orang yg tahu tegahan dan larangan tetapi mengerjakannya. Orang yg fasiq dan menzalimi diri sendiri pasti masuk neraka kelak, kecualilah dosa-dosa itu ditaubatkannya dan Allah (a.w) ingin menerima taubatnya!
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan untuk memperbaiki tahap keIslaman kita sedikit demi sedikit dan meninggalkan perbuatan yg menimbulkan dosa-dosa yg besar, terutama dosa trhadap manusia lain. Kerana, dosa kepada orang lain tidak boleh ditaubatkan kecualilah orang yg kita berdosa padanya terdahulu memaafkan kita. Demikian jugalah dosa terhadap ibu bapa kita tidak akan diampun Allah (a.w) kecualilah kita mendapat keampuan dan keridaan kedua ibu bapa kita. Mudah-mudahan kita berkesempatan untuk membetulkan diri sebelum sampai ajal kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment