Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti lagi apakah pahala bonos dalam bulan Ramadhan itu bagi segala kebaikan yang kita lakukan. Secara amnya Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa setiap kebaikan dalam bulan Ramadhan yg kita lakukan atau kerajakan itu mendapat pahala yg pula digandakan melebihi 700 kali ganda, terpulang kpd penilaian Allah (a.w) atas segala amal soleh atau amal makruf yg kita kerjakan dalam bulan Ramadhan.
Rasanya, ramai antara saudara yg mengikuti blog ini telahpun tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila kita membaca al-Quran kita mendapat pahala 10 gandaan pahala membaca satu kalimah al-Quran. Yg dimaksudkan oleh Rasulallah (s.a.w), ketika menerangkannya kpd para sahabat, bukan 'alif-lam-min' itu satu kalimah, tapi 'alif' satu kalimah, 'lam' satu kalimah, dan 'mim' satu kalimah. Jadi bila baca 'alif-lam-min' dapat pahala 3x10 = 30 pahala. Begitu jugalah kalimah 'kap-ha-ya-'ain-sod' adalah 5 kalimah, maka dapat ganjaran pahala 5x10 = 50 pahala. kalau di luar bulan puasa. dalam bulan Ramadhan digandakan paling kurang 700 kali, yakni bagi 'alif-lam-min' adalah 3x10x700 = 21,000 gandaan pahala pula.
Pahala Menjamu Orang Berpuasa
Kita juga mendapat pahala yg banyak apabila kita menjamu atau memberi makan orang yg berpuasa BUKAN memberi makan pada orang dalam bulan puasa. Hendaklah kita memberi makan kepada orang yg berpuasa. Jika begitu, kita mendapat pahala sebanyak nilai puasa orang yg berpuasa tersebut, tanpa sedikitpun mengurangkan pahala orang yg kita beri makan itu pahala kerana puasanya.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ daripada Zaid bin Khalid al-Juhani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (memberi makan dan minum) orang yang berpuasa adalah baginya seumpama pahala seperti orang yang berpuasa, tidak mengurangi dari pahala orang-orang yang berpuasa sesuatupun.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Kerana itulah kita dapati begitu banyaknya masjid dan suruau yg menyediakan makan untuk dijamu kpd orang yg berpuasa yg datang untuk bersolat dimasjid tersebut. Antara masjid yg paling popular adalah Masjid Kampung Baru yg memberi makan kpd mereka yg datang ke sana untuk berbuka.
Namun, tidaklah kita tahu siapa yg berpuasa atau sipa yag tinggi nilai puasanya dari kalangan pengunjung masjid tersebut. Disebutkan tentang pahala puasa dan gandaan pahala puasa itu, walaupun melebih 700 kali ganda, namun tertakluk kpd aspek keikhlasan berpuasa dan nilai ketaqwaan orang yg berpuasa itu, kita yg memberi makan dapatlah pahala puasa orang yg kita beri makan itu dan kita juga dapat gandaan pahalanya. Jika tinggi nilai puasanya di sisi Allah (a.w) maka banyaklah pahala bonos yg kita terima.
Mungkin ada baiknya, kita beri makan segolongan ahli puasa yg benar-benar tinggi tahap keimanan dan ketaqwaannya. Maka dgn itu nilai pahala bonos yg kita dapat pastilah jauh lebih tinggi ... Tapi, siapa yg tahu keikhlasan serta ketaqwaan orang yg berpuasa itu? Yg pasti kita dapat pahala sebagaimana pahala orang yg berpuasa yg kita jamu itu.
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kelebihan rezki serta keinginan bersedekah yg lebih dalam bulan Ramadhan ini, termasuklah menyumbang wang ringgit kpd masjid yg menjamu orang-orang yg berpuasa, Amin.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment