Tuesday, August 10, 2010

Syariat Islam - Kesempurnaan Islam

Assalamualaikum,
Saudara, ramai yg mengakui dirinya Islam. Ramai juga orang yg Islam mengakui dirinya beriman, yakni yakin dia tentang Rukun Imannya. Malah setiap orang yg dikatakan Melayu itu pada asasnya mengakui dirinya Islam dan beriman. Tapi, pada hakikatnya bagaimana?
Kita tahu dan kita temui begitu ramainya orang Melayu - yg kaya maupun yg miskin - tua maupun muda - yg sehari-harian hidupnya tidak bersolat, tidak berpuasa dan sebagainya. Malah yg kayapun mampu menunaikan haji tapi tidak pergi haji, tetapi melancung ke luar negara kerapkali setiap tahun. Dalam post yg lalu kita telahpun beritahu ketetapan as-Sunnah (yakni, ketetapan Allah (a.w)) bahawa sesiapa yg mampu dari segi persedian kewangan untuk menunaikan haji kemudian tidak menunaikan hajinya dan kebetulan mati dia, maka sudah pasti matinya dalam keadaan matinya seorang jahililah. Orang jahiliah mati pasti masuk neraka takkan masuk syurga.
Orang Islam yg benar itu adalah mereka yg menepati ketetapan Rukun Islamnya: iaitu,

1. Bersyahadah dia dgn penuh keyakinan tiada Tuhan kecuali Allah (a.w) dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu RasulNya;
2. Solat dia lima waktu
3. Berpuasa dia sepanjang Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat yg diwajibkan ke atasnya dan mengnfaq dia sebahagian dari hartanya
5. Menunaikan haji dan umrah sekali seumur hidupnya.

Hadith di bawah ini juga menjelaskan Rukun Islam seperti hadith sebelumnya, tetapi terdapat suatu prinsip yang wajib kita hayati:

Diriwayatkan hadith daripada Sahlin (r.a) hadith daripada bapanya, hadith daripada Talhah bin Ubaidillah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya seorang Arab datang kepada Rasulallah (s.a.w) dengan rambutnya kusut masai, maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Khabarkanlah kepadaku apakah yang mewajibkan Allah (a.w) atasku dari solat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Solat fardu yang lima kecuali bahawasanya engkau solat sunat sesuatu (yakni, jika mahu boleh membuat solat sunat).’ Maka berkata Arab: ‘Khabarkanlah kepadaku apa-apa yang diwajibkan Allah (a.w) atasku ‘puasa’?’ bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bulan Ramadhan kecuali bahawasannya puasa sunat engkau sesuatu (yakni, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa sunat).’

Maka berkata orang Arab: ‘Dengan apa-apa diwajibkan Allah (a.w) atasku dari ‘zakat’?’ Maka mengkhabarkan Rasulallah (s.a.w) syariat Islam. Berkata Arab: ‘Dan demi zat yang memuliakan engkau (yakni, Allah (a.w)), tidak menambah aku sesuatu dan tidak mengurangkan aku sesuatu daripada apa yang diwajibkan Allah (a.w) atasku sesuatu.’

Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Untung (engkau) jika benar engkau atau masuk engkau ke dalam syurga jika benar engkau (dengan kata-kata dan janji engkau itu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]

Di dalam hadith di atas itu, selain syariat Islam yang telah ditetapkan, kita wajar tumpukan perhatian kita kepada ikrar orang Arab tersebut, kerana ikrar ini melambangkan seorang Islam yang beriman pasti mentaati apa yang diperintahkan Allah (a.w) dan RasulNya, tanpa mempersoalkan sesuatu dan tanpa memandai-mandai mengubah atau menambah sesuatu. Rasulallah (s.a.w) memberi pengakuan bahawa jika dia (termasuklah kita) tidak mengurang atau menokok kepada perintah atau syariat pasti mendapat syurga. Orang zaman sekarang pandai mengurang dan menambah ketetapan Allah (a.w) di dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah dengan mengamalkan beberapa bentuk dan jenis amalan berpandukan pendapat manusia yang mengaku diri mereka alim dan berilmu.

[Nota: Penambahan atau pengurangan kepada syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya bererti membuat ‘pembaharuan dalam perkara ugama’ iaitu ‘bida’ah’.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment