Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Mengimarahkan Malamnya (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita telah bayangkan bahawa antara ibadah yg utama dalam mengimarahkan malam Ramadhan itu adalah Solat Terawih dan Solat Witir. Juga, Solat Terawih itu dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu 8 rakaat dibuat empat-empat rakaat satu salam kemudian dikuti dgn Solat Witir 3 rakaat.
Pada zaman Rasulallah (s.a.w) disolatkan bersendirian. Namun, pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, Rasulallah (s.a.w) mensolatkan Solat Terawih itu di masjid. maka para sahabat mengikutinya, maka secara tak langsung jadilah Solat Terawih itu dijema'ahkan. Pada malan 27 Ramadhan selepas selesai Solat Terawih, beliau berkhutbah memberitahu para sahabat bahawa beliau khuatir yg para sahabat tidak mampu mengerjakannya jikalah Solat Terawih itu difardukan supaya disolatkan secara berjema'ah. maka kekallah Solat Terawih itu ada yg dijema'ahkan oleh para sahabat dan ada yg mensolatkannya berseorangan. Zaman khalifah Omar b Khattab (r.a), beliau berpandangan bahawa adalah molek kalau Solat Terawih itu disolatkan secara berjema'ah diketuai oleh seorang Imam yg tetap, daripada melihat para sahabat bersolat secara berjema'ah dan bersendirian tidak sistematis. Maka Omar (r.a) melantik Ubai b Kaab (r.a) untuk mengimamkan Solat Terawih secara lazim. Namun, para sahabat yg tidak berkesempatan atau ingin bersolat secara berjema'ah dgn keluarga mereka di rumah dibolehkan. tapi, di Masjid di solatkan sekali di bawah imam yg satu, Ubai. Hadith dibawah ini meriwayatkan apa yg berlaku zaman Rasulallah (s.a.w). Hadith yg berikutnya pula menceritakan apa yg dilakukan oleh Omar b Khattab (r.a) zaman kekhalifahan beliau.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab kakatanya memberitahu dia oleh ‘Urwat bahawasanya Aisyah (r.ah) memberitahu kepadanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) keluar malam ketika larut malam maka bersolat dia di masjid dan solat beberapa lelaki dengan solatnya (besertanya, yakni berjemaah), maka ketika paginya menceritakan mereka (kepada orang-orang lain bahawa mereka bersolat berjemaah dengan Rasulallah (s.a.w) itu). Maka berkumpullah kebanyakan dari mereka, maka solat mereka bersamanya, maka ketika pagi manusia (mereka) bercerita (yang mereka bersolat berserta Rasulallah (s.a.w) itu. Maka banyaklah ahli masjid pada malam ketiganya. Maka keluar Rasulallah (s.a.w) maka bersolat dia dan bersolat mereka dengannya. Maka ketika ada malam keempatnya lemah masjid (yakni, penuh sesak dengan makmum) atas ahli-ahli masjid (yakni, makmum) sehingga keluar untuk solat subuh. Maka ketika selesai solat fajr (subuh) menghadap Rasulallah (s.a.w) atas manusia (yakni, memberi nasihat), maka (setelah) memuji-memuji akan Allah (a.w), kemudian bersabda: ‘Amma ba'du' (maksud: Adapun kemudian daripada itu). Maka sesungguhnya tidak menghalang atas aku tempat kamu sekelian (yakni, mengikuti solat Rasulallah (s.a.w) secara berjemaah itu), dan akan tetapi aku khuatir apabila diwajibkan atas kamu sekelian, maka lemah kamu darinya (yakni, kurang sanggup atau tidak mampu mengerjakannya secara berjemaah itu).’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan perkara itu atas demikian (yakni, tinggal tidak berubah amalan memberi pilihan kepada umat Islam mengerjakan solat Terawih secara berjemaah atau bersendirian).’ [Hadith Bukhari, Kitab Terawih]
Dan, hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa ketika datang Ramadhan berpuasa dengan keimanan dan mengharapkan pahala mengampun Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahului dari dosanya.’ Berkata Ibnu Syihab: ‘Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan perkara itu atas demikian, kemudian ada perkara itu atas demikian di dalam zaman khalifah Abi Bakar dan permulaannya (yakni, mensolatkan Solat Terawih secara berjemaah bermula) dari zaman khalifah Omar (r.a).
Hadith berikut menyebutkan perubahan yg dibuat oleh Omar (r.a) zaman kekahlifahan beliau, menjadikan amalan rutin mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah di masjid.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman Ibni Abdil Qari bahawasanya dia berkata: ‘Keluar aku beserta Omar bin Khattab (r.a) (pada masa itu, Omar menjadi khalifah, selepas meninggalnya Abu Bakar as-Siddiq (r.a)) suatu malam ke masjid, bersolat beberapa kelompok terpisah-terpisah, bersolat beberapa lelaki atas dirinya (yakni, bersendirian) dan bersolat mereka dengan solat secara berkumpulan (yakni, berjemaah), maka berkata Omar: ‘Sesungguhnya aku berpandangan seandainya dikumpulkan mereka atas satu bacaan yang satu (yakni, dikerjakan dengan dipimpin oleh seorang imam secara berjemaah) nescaya lebih utama, kemudian sengaja (Omar (r.a)) mengumpulkan atas Ubai bin Kaab (r.a) (yakni, melantik Ubai sebagai imam), kemudian keluar beserta malam yang lain dan (melihat) manusia bersolat dengan solat bacaan mereka (yakni, meneruskan amalan bersolat Terawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ubai (r.a)). Berkata Omar: ‘Bida’ah kebaikan’ ini. ‘Dan yang tidur mereka darinya lebih afdhal dari yang berdiri mereka mengkehendaki akhir malam (yakni, mengerjakan solat Terawih pada sepertiga terakhir malam lebih afdhal), dan ada dikalangan manusia berdiri (yakni, bersolat) pada awal malam.’ [Hadith Bukhari, Kitab Terawih].
[Nota: Hadith ini menjelaskan bilakah amalan bersolat terawih secara berjemaah diamalkan menjadi kebiasaan, iaitu zaman Khalifah Omar Bin Khattab (r.a) yang menyuruh orang bersolat berjemaah di belakang seorang imam yang tetap. Berbanding dengan hadith sebelumnya tidak dilarang Rasulallah (s.a.w) bersolat jemaah semasa hayatnya, tetapi dia kuatir akan menjadi fardu pula amalan sedemikian itu. Ada para ilmuan menyatakan Omar (r.a) memulakan ‘bida’ah hasanah’ itu. Sebenarnya bukan bida’ah tetapi sebahagian daripada sunnah apabila amalan khalifah yang dipanggil ar-rasyidin al-Mahdiyin.]
Sesungguhnya ada para ulama' dan ilmuwan Islam yg menyatakan bahawa perbuatan Omar (r.a) itu adalah suatu bid'ah, maka mereka mengatakan perbuatan Omar (r.a) itu dijadikan precedence tentang dibolehkan membuat apa yg mereka sebut 'bid'ah hasanah'. Omar (r.a) menyebut apa yg dilakukan oleh beliauy adalah bid'ah kebaikan. Tapi, kita harus ingat bahawa mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah itu telahpun ditnjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa hayatnya, tapi tidak dijadikan kelaziman menjema'ahkannya. Omar (r.a) memulakan kelaziman mensolatkan Solat Terawih itu secara berjema'ah sebagai amalan yg dilazimkan di bawah seorang imam yg tetap.Harus diingat bahawa Rasulallah (s.a.w) mengiktiraf bahawa perlakuan Omar (r.a) sebagaimana perlakuan Abu Bakar adalah sebahagian daripada apa yg dikelompokkan sebagai 'as-Sunnah'.
Ini didijelaskan dalam ahdith berikut:
Diriwayatkan hadith daripda Rabii’, dan dia itu adalah Ibnu Hirasy katanya hadith daripada Huzaifah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mengikutilah kamu sesudahku Abu Bakr bin Siddiq (r.a) dan Omar ibnu Khattab (r.a). [Hadith at-Termidzi, Kitab Manakib (Pangkat)].
Walaupun, Solat Terawih itu disolatkan secara berjema'ah zaman Omar (r.a), namun mereka yg tidak berkesempatan atau berpeluang ke masjid atau yg ingin mensolatkannya degan keluarga mereka, boleh mensolatkannya di rumah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment