Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg diturunkan dalam blog ini kita sering merujuk kpd ketetapan Islam melalui as-Sunnah bahawa sesiapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan penuh keikhlasan (yakni, semata-mata mencari keridaan dan kerahmatan Allah (a.w), sepanjang Ramadhan dan tidak dicemari sedikitpun oleh erbuatan maksiat dan lahan (i.e. membunag masa melalui mata, telinga, hidung dan anggotanya), maka dihapuskan Allah (a.w) dosa-dosanya yg telah lalu.
Sehubungan itulah juga, disebutkan bahawa rugilah seorang Islam yg beriman, apakala tamat puasa Ramadhan dia tidak mendapat keampunan Allah (a.w) atas dosanya setahun yg lalu itu! Kebanyak orang Islam, bukan sahaja tidak mendapat keampunan dari dosa-dosanya, malah mereka menambah pula kpd dosa-dosanya dalam bulan Ramadhan kerana melakukan pelbagai maksiat pada malamnya, walaupun pada siangnya dia berpuasa kerana malu dilihat manusia yg dia tak berpuasa! Malah ada golongan manusia yg semakin hebat pula maksiatnya dalam bulan Ramadhan. Mereka inilah yg diberi peluang untuk menebus neraka dan mendapat syurga, menolak syurga dan mencari neraka! Mereka mencari syurga dunia dan menolak syurga di akhirat. Golongan muda mudi Melayu semakin tidak yakin adanya akhirat!!
Ramai orang-orang sedemikian. Dan, semakin ramai orang Melayu, terutama golongan muda mudi, yg cetek ilmu ugamanya, bertindak sebagaimana orang-orang yg bukan Islam. Malah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan orang bukan Islam. Kenapa tidaknya!! Kalau keluar cerita membunuh dan berbunuhan, orang muda Melayu. Kalau keluar cerita buang dan bunuh bayi yg baru lahir, kaum muda mudi Melayu. Kalau keluar cerita dadah, golongan muda Melayu. kalau keluar sumbang mahrampun, golongan muda Melayu.
Hari ini Melayu sudah mula hilang di dunia, dan mereka juga akan hilang di akhirat. Melayu terkenal sebagai kaum yg mampu dan bijak meniru keburukan bangsa lain, tapi tak pandai meniru kebaikan bangsa dan ugama lain. Sehinggakan program reality American Idol pun ditiru oleh orang Melayu dgn program Akademi Fantasianya. Malah telah pula diimport reality show tersebut ke dalam ugama apabila diadakan program pertandingan Imam Muda. Apakah Islam menetapkan dalam syariatnya supaya Imam (dalam kes ini, Imam solat) itu dipertandingkan? Di dalam as-Sunnah jelas bagimanakah proses memilih atau melantik Imam solat itu. kalaulah perlantikan Imam itu boleh dipertandingkan sudah pastilah Rasulallah (s.a.w) mendapat wahyu dari Allah (a.w) 1,430 tahun lalu, supaya diadakan pertandingan! Jelaslah, para ulama' dan ilmuwan Islam di Malaysia sudah tenggelam punca dan mewujudkan pula pembaharuan yg amat serius dalam Islam dan syariatnya. Apakah ulama' dan para ilmuwan yg terlibat dlm program itu menyangka program seumpama Imam Muda itu diibenarkan oleh syara'?? Begitulah jauhnya Islam Melayu dari Islam yg haq. Begitu jahilnya pula Islam Melayu tentang Islam dan syariatnya yg hak. Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dunia (yakni, manusia yg Islam) pada kaca mata Islam akan slowly and surely (yakni, sedikit demi sedikit) semakin menjadi rosak dan akan hancur. Maka kelmarin jauh lebih baik dari hari ini, dan ehari ini jauh lebih baik dari esok atau lusa!!
Jelasnya, kalaulah golongan muda mudi Melayu yg ada sedikit keyakinan tentang Islam dan ada sedikit ilmu mengenai Islampun tersasar dalam melaksanakan tuntutan keIslamannya, apatah lagi golongan muda mudi Melayu yg langsung tidak yakin tentang akhirat dan mereka pula memang jahil tentang Islam!!
Di dalam al-Hadith disebutkan bahawa ketika Allah (a.w) menjadikan syurga (dan segala sesuatu kenikmatan yg menunggu orang yg akan menghuninya) diperintah oleh Allah (a.w) malaikat Jibrail (a.s) melihatnya. Jibrail (a.s) berkata jika itulah kenikmatan yg menunggu penghuni syurga, maka sesiapa yg melihatnya pasti akan ingin memasukinya. Kemudian Allah (a.w) jadikan neraka. Maka Allah (a.w) perintahkan Jibrail (a.s) melihatnya dan perhatikan apa-apa yg disediakan untuk bakal penghuninya. Maka berkata Jibrail (a.s) bahawa jika itulah yg disediakan dalam neraka maka sesiapa yg melihatnya pasti tidak akan mau memasukinya!
Kemudian disebutkan dalam hadith tersebut. Allah (a.w) menyediakan di tepi dan sekeliling syurga itu perkara-perkara yg menghiasinya, i.e. menghiasi syurga dan menghiasi neraka sebagai syarat untuk boleh masuk ke dalam syurga atau neraka. Jibrail (a.s) sekali lagi di suruh lihat dan perhatian apa yg telah disediakan oleh Allah (a.w) di sekeliling syurga dan neraka sebelum masuk pintu-pnitunya. Ketka ditanya Allah (a.w) maka berkata Jibrail (a.s). Jika itulah diadakan atau disediakan sekeliling syurga, maka tidak ramai orang yg dapat masuk ke dalamnya! Mengenai neraka pula, Jibrail (a.s) berkata bahawa jika itulah yg disediakan di sekeliling neraka itu, pasti ramai orang yg akan masuk ke dalamnya!!
Apakah perhiasan yg disediakan oleh Allah (a.w) di sekeliling syurga dan neraka itu? Jawabnya?
Disekeliling neraka itu diadakah segala sesuatu yg menyeronokkan dan yg merangsang nafsu dan keinginan naluri batin dan nafsu kebinatangan manusia yg enak-enak semuanya tanpa batasan. Apa? Segala sesuatu yg menyeronokkan manusia - lelaki dan perempuan - pergaulan bebas, seks tanpa batas, pakaian tanpa batas, wang dan sumber pendapatan tanpa batas, tak kira halal haram, makan dan minum tanpa batas, hiburan tanpa batas, entertainment (hiburan) on demand tanpa batas, wang ringgit, kekayaan, kedudukan dan nama, harta, kedudukan, pangkat, jawatan, gelaran dan segala sesuatu yg menjerumuskan manusia membuat dosa dan maksiat, yg melupakan dia tentang ajalnya dan tentang apa yg berlaku setelah matinya. Maka dgn itulah ramai manusia akan terjerumus ke dalam neraka - 999 drpd 1,000 akan masuk neraka.
Disekeliling syurga itu pula disediakan berbagai-bagai pula amalan dan ibadah yg wajib dan sunat dikerjakan untuk mendapat kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w), aurat dan pakaian, adab dan tata kelakuan, sifat-sifat diri zahir dan batin, etika bergaul sesama manusia, tatasusila terhadap orang tua terutama kedua ibu bapa, tatasusila terhadap orang lain terutama orang yg daif, fakir dan miskin, ketetapan mengenai Rukun Islam yg lima, Rukun Iman yg enam, tentang pengurusan harta, wasiat, membelanjakan sebahagian harta kekayaan untuk membela ugama Allah (a.w) dan umat Islam dan sebagainya. Semuanya dibenci manusia, kerana tidak menyeronokkan. Yg disediakan di sekeliling neraka itu semua menyeronokan!
Maka dgn itulah Jibrail (a.s) berkata, jika itulah yg disediakan di sekeliling syurga sebagai pra-syarat bagi manusia untuk masuk ke dalam syurga, sudah pastilah hanya sedikit yg berjaya masuk dalam syurga (nyatalah 1/1,000 orang). Dan, jika itulah apa yg disediakan di sekeliling neraka itu sebagai pra-syarat menjerumuskan manusia ke dalam neraka, pastilah ramai yg akan terjerumus (999/1,000 orang), kerana mereka melihat yg seronok di sekeliling neraka dan tidak kelihatan atau terlupa dia apa yg ada dalam neraka itu!
Mudah-mudahan, dengan ilmu yg sedikit ini kita dapat membuat perubahan diri menapak ke landasan hidup yg lain yg lebih selamat, kita mulakan satu anjakan paradigma (paradigm change) dalam hidup kita ketika kita masih ada masa untuk selamat dan diselamatkan, insya Allah.
Sebenarnya, apa yg disediakan dalam syurga itu adalah 99 kali ganda lebih baik dan lebih enak dan lebih seronok dari yg disediakan di sekeliling neraka itu. Manusia di dunia ini hanya diberi 1/99 kekuatan nafsu untuk segala sesuatu. Di dalam syurga manusia diberikan baki 99/100 kekuatan nafsu itu. Kecantikan wanita-wanita syurga itu adalah 99 kali ganda kecantikan wanita yg tercantik di dunia, dan kecantikan atau kejelitaannya kekal. Jika dilihat betisnya akan kelihatan isi tulang betisnya walaupun dia memakai kain sebanyak 7 lapis dari kain sutera terbaik! Tapi, hanya mereka yg yakin akan Islam sahaja yg yakin dgn cerita-cerita sedemikian itu. Ingatlah al-Quran itu mengndungi cerita yg akan menjadi realiti kelak...
Syurga itu ada 100 tingkat - yg terbaik adalah Syurga Firdaus. Syurga yg paling rendah di isi oleh orang yg terlepas dari neraka. Setiap seorang yg dapat tmasuk syurga kelas marhain itu (i.e. yg terendah itu) memiliki harta kekayaan 10 kali dunia dan seisinya dan dia mempunyai 72 orang hurun-ain sebagai isterinya... Dia lebih kaya dari orang yg terkaya dalam dunia. Dan, kekayaan itu kekal dan tidak habis-habis! Maka dgn itulah Jibrail (a.s) ketika diperintah Allah (a.w) melihat ke dalam syurga itu beliau berkata sesiapa yg melihat apa-apa yg disediakan dalam syurga itu, pasti ingin memasukinya!!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment