Saturday, August 7, 2010

Solat Fardu dan Puasa Wajib: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah hubung kaitkan solat fardu dgn puasa wajib (i.e. puasa ramadhan). Kemudian kita telahpun teliti tiha potongan hadith yg menyebutkan hukuman seseorang yg tidak solat atau meninggalkan satu waktu solat fardu. Apa jadi? Boleh jadi syirik - kerana menentang perintah Allah (a.w) supaya bersolat kita tak solat, seolah-olah ada kuasa lain yg lebih berkuasa dari Allah (a.w) menghukum supaya ditinggalkan solat. Atau, kafir, kerana orang kafir tak solat. Orang Islam saja yg solat. Kita pilih yg mana satupun akibatnya tetap tempat yg sama, iaitu masuk neraka.
Dalam mentafsirkan hadith meringankan hukuman ‘kafir’ apabila meninggalkan solat itu, para ilmuwan dan ulama’ yang berpegangan dengan mazhab as-Shafie berlainan pendapat. Mereka tidak menghukum mereka yang meninggalkan solat itu ‘kafir’ tetapi hanyalah ‘fasiq’ (melanggar ketetapan Allah (a.w)) sahaja. Mereka mengatakan bahawa mereka yang meninggalkan solatnya dengan sengaja kerana sesuatu sebab walhal dia tahu sebagai seorang Islam bahawa wajib atasnya mengerjakan solat, tidaklah jatuh ‘kafir’ (yakni, keluar dari Islam) hanyalah tergolong sebagai orang yang ‘fasiq’ (melanggar perintah Allah (a.w)) sahaja. Pentakrifan hadith-hadith di atas ini sedemikian jelas berlainan daripada apa yang diputuskan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang betul? Allah (a.w) ke atau Rasulallah (s.a.w) ke atau ulama’ke?
Wajiblah kita ingat hakikat bahawa Allah (a.w) yang menetapkan Islam itu ugama yang diredhaiNya. Allah (a.w) yang menyuruh umat manusia itu mentaatiNya dan mengikut segala perintahNya dan mengikuti perintah RasulNya. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah ibadah yang terutama dalam Islam. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa solat itu tiang ugama. Barangsiapa meninggalkan solatnya maka dia meruntuhkan ugamanya. Apabila runtuh ugamanya, dia terkeluar dari Islam.
Utamanya solat itu juga boleh difahami melalui hadith qudsi berikut yang menyatakan bahawa Allah (a.w) menjanjikan kepada hambaNya yang mengerjakan solat dalam waktunya syurga:
Diriwayatkan hadith dari Said b Musaiyab bahawa Aba Qatadah b Rabi’i menceritakan kepadanya (hadith) dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Qolallahu Ta’ala: ‘ Inni faradtu ‘ala ummatika khamsa salawatin wa-‘ahidtu ‘indi annahu man ja-a yuhafizu ‘alaihinna adkhaltuhu jannata, wa-man lam yuhafiz ‘alaihinna fala ‘ahdalahu ‘indi.' [Maksud: Berfirman Allah (a.w) yang Maha Mulia dan Maha Tinggi: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) fardukan atas umat engkau (Muhammad) lima solat dan berjanji Aku di sisiKu bahawasanya barangsiapa yang datang (kepadaKu di akhirat) menjaga atas kelima-lima solat itu pada waktunya Aku masukkan mereka ke dalam syurga, dan barangsiapa yang tidak menjaga atas kelima-lima solat itu maka tiada janjiKu baginya di sisiKu.] [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Hadith ini jelas memberitahu kita bahawa sesiapa yang tidak menjaga, yakni mengerjakan solat lima waktu, dalam waktu-waktu yang ditetapkan baginya, tidak akan mendapati janji Allah (a.w) iaitu syurga. Hanya mereka yang mengerjakannya dalam waktunya sahaja yang mendapat syurga. Jika tidak mendapat syurga, tiadalah gunanya kalaupun kita diiktiraf orang lain sebagai Islam. Malah terdapat hadith-hadith menyebutkan bahawa meninggalkan satu solatpun dikira engkar dan jatuh kafir, malah jatuh syirik, wal iyazubillah. Justeru itu, janganlah kita remehkan. Tambahan pula ahdith tersebut menyebutkan ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) itu adalah haq, yakni pasti. [Nota: Kita diperingatkan di dalam al-Quran bahawa Rasulallah (s.a.w) tidaklah bercakap menurut kehendak hawa nafsunya atau berlandaskan perasaannya atau mengikut sesuka hatinya. Dia bercakap atas perintah Allah (a.w) bercakap berpandukan wahyu yang disampaikan kepadanya sama ada secara terus ataupun melalui perantaraan Jibrail (a.s).]
Oleh itu, janganlah saudara meyakini cakap-cakap para ulama' atau ilmuwan yg mentafsirkan bahawa meninggalkan solat itu jatuh syirik atau kafir! Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) telah membuat ketetapan, maka kitasebagai hamba Allah (a.w) terima dan sebagai umat Muhammad (s.a.w), ikut ajelah. Tiada siapa yg lebih berhak membuat penentuan selain Allah (a.w) dan RasulNya. Allah (a.w) menyebut dalam Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w)'. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu telah diberi endorsement oleh Allah (a.w). Maka dgn itulah wajib kita akur dan ikuti as-Sunnah sebagaimana diperintahkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, yg kita sering rujuk dalam blog ini.

Jazkaallahu khairah

No comments:

Post a Comment