Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Mengimarahkan Malamnya

Assalamualaikum,
Saudara, dalam bulan Ramadhan kita tahu bahawa aktiviti atau ibadah malam yg utama adalah Solat Terawih di masjid dan disurau. Lazimnya dibuat Solat Terawih itu 20 rakaat + 2 rakaat + 1 rakaat - tak tau solat yg dua rakaat lepas Terawih tu solat apa, tapi solat satu rakaat selepas yg dua itu adalah Solat Witir. Tapi, para imam malah para ulama' dan ilmuwan mengatakan selepas 20 rakaat, solat dua rakaat salam dan satu rakaat salam itu adalah Solat Witir 3 rakaat, kata mereka!
Kalau kita tanya ustaz tentang berapakah sebenarnya bilangan rakaat Solat Terawih yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin? Ada dua versi jawapan. Terpulang siapa yg kita tanya dan sejauh mana mereka faham Islam dan syariatnya. Yg faham as-Sunnah mereka katakan bahawa Solat Terawih zaman Rasulallah (s.a.w) itu 8 rakaat dibuat dua solat setiap satu 4 rakaat. Maksudnya, Solat Terawih itu dibuat empat-empat rakaat disudahi dgn satu salam. Maksudnya, dua kali solat. Zaman Abu Bkar as-Siddiq (r.a) begitu juga. Zaman Omar ibni Khattab (r.a) begitu juga, tak berubah.
Zaman Rasulallah (s.a.w) Solat Terawih itu disolatkan di rumah. Namun pada tujuh malam Ramadhan terakhirnya, pada malam ganjil Rasulallah (s.a.w) ke masjid beliau untuk Solat Terawih, maka para sahabat menjadi makmum beliau. Pada malan 5 terakhir semakin ramai sahabat menjadi makmum. Pada 3 malam terakhir lagi ramai sahabat bermakmum sehinggakan tak muat masjid.
Kesimpulannya, Solat Terawih zaman Rasulallah (s.a.w) tidak secara lazim dijema'ahkan. Tapi, kebetulan kerana Rasulallah (s.a.w) solatkan di masjid, pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir, maka para sahabat tumpang jadi makmum.
Dalam zaman Omar ibni Khattab (r.a) menjadi khalifah (i.e. khalifah rasyidin al-mahdiyin ke-2, selepas wafatnya Abu Bakar as-Siddiq (r.a), Omar berpandangan bahawa lebih baik distandardisekan Solat Terawih itu supaya disolatkan sekali oleh semua orang yg ada di masjid di bawah seorang imam. Kerana, beliau melihat banyaknya perkumpulan yg menjema'ahkannya secara berasingan dan ceruk masjid dan ada pula sahabat yg bersolat secara bersendirian. Jadi tidak terorganise. Maka Omar (r.a) berpandangan wajar disatukan disolatkan secara berjema'ah dan diimamkan oleh seorang imam yg satu. Sesiapa yg nak buat selainnya bolehlah buat di rumah. Atau, sesiapa yg tak sempat sama, boleh solat berasingan.
Maka terjadilah Solat Terawih itu menjadi kelaziman dijema'ahkan di bawah seorang imam yg kekal, iaitu Ubai b Kaab (r.a). Tapi, zaman itu Solat Terawih kekal 8 rakaat, dibuat dua solat setiap satu empat rakaat satu salam.
Solat Terawih 20 rakaat yg dijadikan kelaziman sekarang ini dimulakan oleh, katanya, Omar b Abdul Aziz (r.a) kemudian kerana mereka berpendapat orang yg solat di Masjid al-Haram digandakan pahala 100,000, tapi di Masjid Nabi dapat gandaan 10,000 sahaja. Maka itu mereka perbanyakkan Solat Terawih dari 8 rakaat menjadi 20 rakaat, supaya mereka dapat pahala gandaan yg hampir sama dgn Mekah.
Yg menjadi isu adalah Solat Terawih: Mengapakah dibuat dua solat? Satu dua rakaat dgn salam dan satu lagi satu rakaat dgn salam? Solat Witir itu ganjil. Spt yg dijelaskan di atas Rasulallah (s.a.w) buat Solat Witir 7 atau 5 atau 3 atau 1 rakaat disudahi dgn satu salam, yakni takda Tahiyat Awal, tidak terputus, dan pada rakaat akhirnya saha di baca Tahiyat Akhir dan kemudian salam. Selepas salam dibaca Tasbih Khas Solat Witir iaitu 'Subhanal malikil qudus' 3x. Itu yg sebenarnya cara mensolatkan Solat Witir.
Mereka yg mempelajari (atau, mengaji) as-Sunnah atau al-Hadith tahu bahawa Solat Witir itu hendaklah ganjil. Rasulallah (s.a.w) membuatnya 7 rakaat satu salam atau 5 rakaat satu salam atau 3 rakaat satu salam atau 1 rakaat satu salam. Itulah syariat solat Witir. Tidak ada nas dan dalil as-Sunnah bahawa jika solat Witir itu dibuat 3 rakaat, hendaklah dibuat dua rakaat satu salam kemudian disambung pula 1 rakaat dgn disudahi dgn satu salam pula, menjadikannya tiga.Di Malaysia, memang seronok Solat Terawih kerana ada tasbihnya yg khusus yg dilagukan pula dan diorchestrated oleh makmum ketika dibaca oleh 'Bilal' (i.e. muazin). Itu bukan syariat Islam tapi sudah menjadi suatu budaya Islam Melayu. Itu juga bukan diajarkan oleh Imam Mazhab, tapi adalah sesuatu budaya yg disadurkan dgn kalimah Islam.
Insya Allah, kita akan lihat nas dan dalil hadith mengenai Solat Terawih dan Solat Witir ini kemudian nanti.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment