Assalamualaikum,
Saudara, penulis dapati ada dua berita menarik dalam akhbar Sinar Harian hari ini, dalam konteks Islam dan syariatnya, iaitu:
1. Debat antara Dr Ridhuan Tee dgn wakil-wakil orang kuat PAS tentang 'kafir-mengkafir' bilamana Dr Ridhuan Tee menyebut bahawa PAS awal-awal lagi telah mengkafirkan Perlembagaan Negara yg dibentuk oleh Suruhanjaya Reid dulu dan akibat kafir mengkafir ini sehingga sekarang;
2. NGO Islam Perlis mengecam Dato' Nakhaei yg menulis dalam majalah Milinea Muslim keluaran Ogos 2010 bertajuk 'Penyelewengan Wahabbi' yg Perlis keluar dari kumpulan as-Sunnah wal-Jama'ah sebagai salah dan perlu ditentang
Ada banyak berita, tapi yg menarik melibatkan Islam dan syariatnya hanyalah dua ini.
Istilah 'kafir' dalam Islam adalah manusia yg tidak Islam. Manusia yg Islam adalah mereka yg termasuk dalam golongan yg akur dgn Rukun Islam yg 5 dan Rukun Iman yg 6. Mereka yg tidak akur dgn kedua-dua tersebut pasti tidak Islam.
Islam dan Kafir? Bezanya?
Apa kata Rukun Islam? Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa Islam itu dibina atas (yakni, orang yg Islam itu wajib mengikuti ) 5 perkara, iaitu:
1. Bersyahadah - tiada tuhan kecuali Allah (a.w) yg Esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hambaNya dan RasulNya (i.e. Pesuruh Allah (a.w)) - itulah permulaan nak jadi Islam;
2. Mengerjakan solat fardu lima solat sehari semalam;
3. Berpuasa dia puasa wajib sepanjang Ramadhan;
4. Mengeluarkan zakat yg haq dan wajib atas dirinya - zakat bijirin, zakat emas perak, zakat buah-buahan (tamar dan anggor); zakat ternakan apabila sampai khaulnya setahun dan, yg sering dilupakan, bagi harta dan pendapatannya dalam perniagaan, menginfaqkan 10% dari keuntungan bersih untuk fi sabilillah; dan
5. Menunaikan haji dan umrah sekali seumur hidup ketika sudah mampu.
Orang Islam yg menepati elemen #1 itu (ie. bersyahadah) adalah dgn lafaz, dengan perbuatan dan dengan ketetapan hatinya. Tanpa 3 elemen syahadah ini, bukan Islam. Manusia tau lafaz seseorang dan mungkin juga perlakuan seseorang, tapi hati seseorang hanya Allah (a.w) yg tau. Seseorang itu benar-benar Islam hanya 3 unsur itu wujud semasa padanya.
Apa yg dapat kita rumuskan. Seseorang itu tidak sempurna Islamnya bila dia bersyahadah tidak menepati tiga elemen tadi. Dan, pastilah kafir hanya label untuk seorang manusia bukan satu entiti politik atau persatuan atau pertubuhan!
Siapa yg betul dlm isu kafir mengkafir ini? Pastilah orang yg menyebutnya merujuk kpd seseorang atau sekumpulan orang yg tidak menepati Rukun Islam itu- satu atau kesemuanya sekali.
Selain itu, orang yg sudah Islam, yakni menepati 5 elemen di atas itu juga boleh kafir, jika berlaku salah satu event (perkara) berikut:
1. Dia syirik, mengakui wujud suatu 'kuasa ketuhanan' selain Allah (a.w), termasuk mempercayai telekan (i.e. tukang telek), bintang dan telekan nasib dan seumpamanya
2. Dia murtad
3. Kalau Islam itu secara berjema'ah, sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka seseorang yg meninggalkan atau memisahi atau keluar dari jema'ah adalah kafir menurut syariat Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah
4. Apabila seseorang itu menolak mana-mana ketetapan (i.e. hukum) Allah (a.w) dalam al-Quran dan hukum (atau ketetapan) Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Rujuk Ayat 13, Surah an-Nisa')
5. Seseorang itu tidak terima as-Sunnah
6. Meninggalkan satu waktu solat fardu
7. Membuat, mengembang dan mengajarkan bid'ah terkeluar dari Islam tanpa disedari, maka jadi kafir
8. Dia mampu mengerjakan haji tapi dia tidak pergi haji dan kemudian mati sebelum haji
9. Orang Islam yang mempercayai dukun atau bomoh atau tukang telek dan apa yang diteleknya
dan, banyak lagi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai orang yg asalnya Islam menjadi kafir kerana perbuatan atau perkataannya.
Oleh itu, jika salah satu perkara yg disebutkan di atas itu berlaku, Allah (a.w) dan RasulNya menghukumi orang itu kafir.
Kemarahan NGO Perlis terhadap tulisan Nakhaei
Nakhaei memang lantang orang yg mengakui dirinya sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' bersandarkan fahaman Mazhab as-Syafie, kerana fahaman as-Syafie adalah fahaman yg paling hampir kepada kesempurnaan ahlus sunnah wal-jama'h. Beliau sealiran den Dr Muhammad Uthman el-Muhammady. Mereka berdua ini adalah penentang kuat fahaman golongan yg mereka labelkan sebagai pengikut fahaman Wahabbi (walaupun mereka sebenarnya belum benar-benar faham apakah fahaman Wahabbi itu!). Mereka keras menentang golongan yg mereka labelkan sebagai 'golongan muda', 'golongan pembaharuan Islam', 'golongan Islam liberal' dan seumpamanya. Kebetulan golongan-golongan yg mereka labelkan 'sesat' atau anti-mazhab atau mengajar fahaman yg bahaya dan memecahbelahkan Islam itu adalah mereka yg tidak setuju bahawa Islam dan syariatnya itu wajib di asaskan kpd fahaman atau interpretasi Mazhab as-Syafie. Golongan-golongan ini akur bahawa Islam dan syariatnya adalah semata-mata bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, yakni kembali kpd asal Islam atau back to basic. Oleh kerana tuntutan atau pegangan golongan ini adalah setiap sesuatu yg diamalkan atau diajarkan supaya diamalkan dalam Islam yg merupakan syariatnya yg haq hendaklah ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Kalau berpandukan pendapat atau pandangan manusia walau alim stinggi manapun tidak boleh diterima.
Golongan-golongan yg dkecam oleh tokoh seumpama Nakhaei itu menolak fahaman atau amalan yg bersifat atau bercorak tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah, kerana kesemua ini mencemari keaslian atau kebenaran syariat Islam yg haq. Dalam post antara yg terbaru, penulis telah turunkan apa kata mereka yg dikatakan pengasas fahaman mazhab, termasuk as-Syafie dan juga komen Dr Yusuf al-Qaradawi tentang isu 'taklid' ini. Saudara boleh baca untuk faham mengapa kita tidak boleh bertaklid dan mengapa kita perlu bertaklid?
Apapun yg dihujjahkan oleh golongan muda atau fahaman terasing itu, walaupun menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak akan diterima oleh orang seperti Nakhaei. Justeru itu, takusahlah kita menghabiskan masa hidup kita berdepan dengannya.
Maka dgn itulah penulis sering sebutkan kalau seseorang itu berhujjah dgn sandara al-Quran dan as-Sunnah - pure and simple - kita boleh dengar dan kemudian untuk kepastian kita chek ayat apa atau hadith berapa. Kalau mana-mana ulama' bercakap menggunakan pendapat dan pandangan, maka akan timbul 1,001 macam pendapat dan huraian, walaupun sudah jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Contoh: Allah (a.w) berfirman pada Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 80, Surah an-Nisa, umpamanya adalah jelas tapi ditafsirkan berbagai-bagai. Rasulallah (s.a.w) sebeutkan bahawa jika kita tetap ikuti al-Quran dan as-Sunnah, PASTI kita tidak sesat mencari syurga. maksudnya, kalau kita gunakan pendapat manusia, PASTI SESAT kerana tentag Islam hanya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yag tahu. Tradisi Islam itu dipreservekan oleh para tabi'in selepas khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan para sahabat zaman mereka dan kemudian pengikut para tabi'in sehinggalah qiamat dunia. Nak tau Islam yg betul carilah para pengikut tabi'in sedemikian.
Mudah-mudahan, penulis dapat menjelaskan dua isu ini dalam konteks Islam supaya saudara faham. Insya Allah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment