Assalamualaikum,
saudara, dalam ruangan 'Puasa Fardu' telah banyak kita ketahui nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai ibadah dan amalan tambahan untuk menjadikan kita benar-benar berpuasa demi kimanan yg penuh serta demi mencari pahala maksiumum, kerana Allah (a.w) janjikan keampunan dari dosa kita setahun yg lalu, dan jika kita mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan terbaik pula, kita dibebaskan Allah (a.w) dari neraka di akhirat kelak.
Antara malan tambahan yg membolehkan kita mendapat tahap prestasi puasa terbaik adalah berikut:
1. Puasa bukan setakat menahan lapar dan haus, tetapi benar-benar menjaga kesemua pancaindera dari sebarang kemaksiatan;
2. Menambah pada amalan harian - siang dgn solat-solat sunat spti Solat Duha (4 hingga 12 rakaat, dibuat empat-empat rakaat dgn satu salam) dan malamnya dgn solat-solat sunat terutama Terawih (8 rakaat dibuat empat-empat rakaat dgn satu salam), Solat Witir (1 atau 3 rakaat satu salam), Solat-solat Tahajjud (dua-dua rakaat satu salam), Solat Tasbih (4 rakaat), membaca al-Quran, dll;
3. Menyumbang dana kpd pihakk ugama untuk memberi makan kpd orang-orang yg berpuasa;
4. Bertadarus (i.e. membaca al-Quran) secara berkumpulan;
5. Iktikaf di masjid bermula 10 malam terakhir Ramadhan, yg bermula pada 30 August ini' dgn harapan menemui lailatul-Qadr yg membawa ganjaran pahala amal dan ibadah 1,000 bulan (atau 83.3 tahun);
6. Mengeluarkan zakat fitrah
7. Meneruskan puasa Enam hari Syawal.
Puasa Ramadhan yg penuh dicampur dgn Puasa Enam akan memberikan kita ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun.
Ramai orang beriktikaf, tapi mereka tertidur. Seseorang yg beriktikaf kemudian dia tertidur, maka terbatallah Iktikafnya malam tersebut. Kita tidak boleh tidur ketika beriktikaf. Mereka yg sering atau telah membiasakan diri bangun malam untuk Qiamul-lail mungkin mampu mengerjakan Iktikah ini. Bagi mereka yg sering menghabiskan masanya , terutama ketika malam, tidak mungkin dapat melakukannya. Begitu jugalah amalan tambahan siang dan malam hari. kalau tak biasa, maka sulitlah mengerjakannya.
Selain amalan yg disebutkan di atas dan dalam post-post yg lalu, bagi mereka yg berkemampuan, eloklah laksanakan satu umrah dalam bulan Ramadhan, kerana pahalanya bersamaan dgn mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Hari ini begitu ramai orang Islam, terutama tokoh-tokoh korporate yg digaji sebulan melebihi RM 30.k sebulan, yg masih muda dan bertenaga, belum sanggup melakukan pelbagai amalan yg bermanfaat untuk akhirat mereka, termasuklah menyumbang dana memberi makan kpd orang berpuasa, menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan, malah menunaikan haji ketika . Kita telahpun tau bahawa jika kita muda melakukan haji, kita berkeupayaan mengerhajakan haji dengan berjalan kaki dari Mekah ke Arafah, ke Muzdalifah, ke Mina dan kemudian kembali semula ke Mekah, maka Allah (a.w) berikan kita pahala bersamaas dgn 70 kali haji bagi mereka yg berhaji dgn kenderaan! Satu haji berjalan kaki pahalanya bersamaan dgn berhaji dgn kenderaan 70 kali! Tokoh-tokoh korporat ini wajib diingatkan bahawa kerana mereka sudah lebih dari mampu mengerjakan haji, maka jika mereka mati tanpa menunaikan haji, mereka mati sebagaimana matinya seorang jahililah (i.e. kafir), wal iya zubillah.
Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbaiki amalan puasa Ramadhan kita, terutama amalan sunat bulan puasa ini, insya Allah. Jika tidak mampu kita lakukan rugilah kita apabila Allah (a.w) berikan peluang sebulan setiap tahun untuk menghakis dosa-dosa kita!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment