Wednesday, August 11, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sudah banyak panduan yg kita perolehi tentang puasa ramadhan itu setakat ini. dalam post ini kita diperingatkan tentang

Kifarah Bersetubuh Siang Hari Ramadhan

Yg berat bagi kita jika terkena pada kita. Oleh itu seseorang suami atau isteri yg tahap keinginan syahawatnya entiasa bergelora, tanpa bezakan malam dan siang, berwaspadalah. Kifarah orang yg bersetubuh disiang hari dalam bulan Ramadhan itu amat berat. Berdosa besar kerana tidak berpuasa disebabkan puasa yg batal. Kemudian dikenakan pula denda berupa kifarah yg berat, iaitu:

1. (Merdekakan seorang hamba sahaya) Sekarang dah tak terpakai, kerana tiada lagi hamba; atau
2. Kedua-duanya wajib berpuasa berturut-turut dua bulan selepas Ramadhan; atau kalau tak mampu
3. Memberi makan 60 orang orang miskin

Bagi setiap hari Ramadhan yg terbatal kerana persetubuhan itu. Imagine kalau kita bersetubuh dua kali seminggu pada siang Ramadhan, kifarahnya berat, iaitu 2x4 = 8 x2 = 16 bulan!!! Oleh itu kalau betapa hebatnyapun shahawat and dalam bulan Ramadhan ini, janganlah buat kerja siang hari...
Islam mengenakan kifarah (denda) yang berat bagi mereka yang bersetubuh semasa berpuasa (khususnya, siang hari). Hadith di bawah ini memberikan hukuman bahawa bersetubuh siang hari itu mendatangkan dosa yang besar, selain membatalkan puasa, iaitu dikenakan kifarah yang berat, iaitu, sama ada:

§ Memerdekakan seorang hamba (seorang setiap kali melakukannya dalam siang hari berpuasa); atau

§ Berpuasa dua bulan berturut-turut (setiap kali berlaku satu pertubuhan); atau

§ Memberi makan enam puluh (60) orang miskin (setiap kali berlaku persetubuhan).

Jika berlaku persetubuhan empat kali pada waktu siang hari dalam bulan Ramadhan, jika pilihan (b) hendaklah berpuasa berturut-turut delapan (8) bulan! Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya tidak melakukannya.

Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia.

Hadith berikut menceritakan perkara yg sama, hanya lebh ringkas dari hadith di atas itu:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Binasalah aku!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Apakah yang membinasakan engkau?’ Berkata lelaki itu: ‘menjimak aku akan isteriku di dalam Ramadhan.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah berkuasa (atau mampu) engkau bahawa memerdekakan hamba?’ Berkata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka adakah berkuasa (atau mampu) engkau puasa dua bulan berturut-turut.’ Kata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah berkuasa (atau mampu) engkau bahawa memberi makan engkau enam puluh orang miskin?’ Berkata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Duduklah engkau!’ Maka duduk lelaki itu, maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) dengan ‘araq di dalamnya kurma. [‘Araq’ itu sebuah raga besar]. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berilah oleh kamu sedekah dengan kurma ini.’ Maka berkata lelaki itu: ‘Apa-apa diantara dua sempadannya seseorang itu lebih fakir daripada kami.’ Maka tertawa Rasulallah (s.a.w) sehiungga nyata (yakni, nampak) gigi gerahamnya. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka ambillah oleh kamu akan dia, memberi makan akan dia akan ahli (yakni, keluarga) engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]

[Nota: Kifarah ini dikenakan terhadap si suami sahaja, manakala isteri dikehendaki mengqada’kan puasanya bagi hari-hari berlaku persetubuhan ]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment