Saturday, August 7, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan teliti beberapa perkara lagi tentang puasa supaya menjelang Rabu depan kita lebih faham tentang puasa Ramadhan ini dan kebaikannya bagi kita semua.
Perintah Allah (a.w) supaya orang Islam berpuasa itu disebutkan di dalam al-Quran, Ayat 183, Surah al-Baqarah:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu kutiba ‘alaikumus siam kama kutiba ‘alal lazina min qablikum, la’allakum tattaquna.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, telah dikitabkan (yakni, diwajibkan) ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu berpuasa, semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa (yakni, orang yang takutkan Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w)).’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah]
Dengan turunnya ayat ini, syariat mewajibkan berpuasa ke atas umat Islam bermula. Disebutkan bahawa puasa itu telah dwajibkan kepada umat-umat terdahulu. Ini diperjelaskan oleh sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berpuasa bulan Ramadhan telah diwajibkan oleh Allah (a.w) kepada umat-umat sebelum kamu’ (yakni, ahli Kitab, kaum Yahudi dan Nesrani). [Hadith ibnu Khatim]
Kemudian Ayat 184, Surah al-Baqarah menyebutkan mereka yang diberi keringanan atau pengecualian berpuasa:
Firman Allah (a.w): 'Aiyamman ma’dudatin … (sehingga akhir ayat) … in kuntum ta’lamuna.' [Maksud: (Puasa itu) Beberapa hari yang dapat dihitung, maka sesiapa di kalangan kamu sedang sakit atau sedang bermusafir, maka bolehlah berbuka dan dibayar (atau diganti) pada hari-hari lain. Dan terhadap orang yang memaksa diri untuk berpuasa (yakni, tidak mampu), boleh membayar fidyah tebusan memberi makan pada seorang yang miskin, untuk tiap harinya (dia tidak berpuasa). Dan sesiapa yang suka menambah kebaikannya (yakni teruskan berpuasa) maka itu lebih baik baginya. Dan jika kamu dapat berpuasa maka itu yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui pahala berpuasa itu.][Ayat 184, Surah al-Baqarah]
Kelonggaran yang disebutkan adalah: pertama, orang yang sakit yang tidak mungkin sembuh sepanjang Ramadhan yang tidak membolehkan mereka berpuasa tanpa memudaratkan diri mereka; kedua, orang yang dalam musafir, dibolehkan tidak berpuasa, tetapi wajib mengqada’kan puasa yang tertinggal itu. Jika tidak mampu berpuasa pula, dibolehkan membayar fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin bagi setiap hari puasa yang tertinggal atau ditinggalkan atau tidak dipuasakan. Namun disebutkan, jika mampu berpuasa lebih baik baginya. Jelaslah, jika boleh tanpa menggunakan keringanan yang diberikan Allah (a.w) tersebut, berpuasa lebih baik.
Puasa yang diwajibkan kepada umat manusia zaman awal Islam mengikut Ayat 173 ini adalah mewajibkan berpuasa itu lebih ‘strict’ iaitu dibolehkan makan minum dan hubungan suami isterinya sebelum waktu solat Isya’ masuk. Selepas masuk waktu Isya’ tidak dibolehkan. Justeru itu puasa bermula apakala masuknya waktu solat Isya’ itu. Kemudian telah diberi kemurahan oleh Allah (a.w) dengan memansuhkan sebahagian ayat ini dan digantikan dengan Ayat 178. Sebelum turunnya ayat ini manusia yang beriman dengan ugama Allah (a.w) sebelum Islam berpuasa mengikut ketetapan dahulu, termasuklah mengikuti ketetapan Kitab Injil. Pada mulanya syariat puasa itu adalah berpuasa tiga hari setiap bulan, kemudian dimansokhkan dengan perintah puasa Ramadhan ini. Pahala membuat amal ma’ruf itu disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah gandaan 10 sehingga 700 kali ganda. Tetapi ganjaran pahala puasa dan gandaannya hanyalah Allah (a.w) menentukan (rujuk hadith menegnainya), tetapi semestinya melebihi 700 kali ganda dan sesiapa yang berpuasa dengan sempurna menjaga segala pantang larangnya diampunkan Allah (a.w) dosa-dosanya yang terdahulu. Fidyah tersebut adalah memberi makan kepada seorang miskin sehingga kenyang. Jika dikira dalam bentuk wang, berasakan harga beras, adalah RM 12.00 seorang. Ganjaran pahala, khususnya ganjaran gandaan pahanya adalah amat besar, dan hanya Allah (a.w) yang menentukan berapa kali gandaan pahalanya. Di dalam hadith disebutkan pahala berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan itu tidak boleh disamai oleh seseorang yang berpuasa setiap hari sepanjang tahun dalam bulan selain Ramadhan. Ini tidak termasuk pahala yang diterima daripada pelbagai amalan yang dianjurkan dibuat dalam bulan Ramadhan seperti solat sunat.
Justeru itu jelaslah besarnya kerugian bagi orang yg meninggalkan sehari puasa dalam bulan Ramadhan itu. Kerana, untuk menyamai pahala sehari puasa Ramadhan itu, jika dipuasakan setiap hari selain dalam bulan Ramadhan selama setahun tak henti-henti, tak sama ganjaran pahalanya.
Orang yg sudah dikira tua, iaitu berumur 60 tahun ke atas diberi kelonggaran oleh Islam untuk tidak berpuasa, sekiranya dia tak mampu. maka dia boleh membayar fidyah memberi makan seorang miskin setiap hari bagi hari-hari yg dia tak puasa. Tapi, seperti yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) tersebut, mereka yg tinggi keimanannya dan ketaqwaannya, faham betapa besarnya pahala puasa Ramadhan itu, maka bodohlah dia, jika dia mampu, tidak beprpuasa dan membayar fidyah. Namun, dia dibolehkan meninggalkan puasa, jika tidak larat atau mampu berlapar. Tidak ada kelonggaran bagi orang yg tidak tua atas apa alasan sekalipun, termasuklah kerana sakit.
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah (a.w) untuk berpuasa tahun ini, berjaya menamatkannya dan pada masa yg sama aktiviti dunia kita tetap beres dan lancar, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment