Assalamualaikum,
Saudara, amalan yg diwajibkan bagi mensucikan segala kelemahan serta kekurangan ibadah puasa kita dalam bulan Ramadhan adalah mengeluarkan Zakat Fitrah atas diri kita dan orang-orang yg menjadi tanggungan kita. Zakat Fitrah ini boleh di bayar di awal Ramadhan sehinggalah sebelum disolatkan Solat Aidil Fitri pada 1 Syawal nanti.
Kita rujuk hadith-hadith berikut mengenai perkara ini:
Diriwayatkan hadith daripada Ibu Omar (r.a.) berkata dia: ‘Bahawa Rasulallah (s.a.w) telah mewajibkan zakat fitrah satu sok (satu ukuran kuantiti, kira-kira satu setengah Kg) daripada tamar atau satu sok daripada gandum bagi setiap hamba dan orang-orang yang dimerdekakan, lelaki atau perempuan, anak-anak kecil, orang dewasa dari orang Islam dan diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) pada zakat (bahawa) hendaklah didatangkan (dikeluarkan) sebelum keluarnya manusia untuk menunaikan solat Aidil Fitri.’ [Hadith Bukhari]
Hadith ini menjelaskan bahawa syarat utama bagi zakat fitrah itu sah dan diterima adalah dijelaskan sebelum solat Aidil Fitri. Sepotong hadith lain juga menyebutkan suatu riwayat daripada Ibnu Abbas (r.a) yang mengatakan bahawa zakat fitrah tidak dapat dikira zakat fitrah sekiranya dikeluarkan selepas solat Raya:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) telah berkata dia: ‘Telah diwajibkan oleh Rasulallah (s.a.w) sedekah fitrah supaya mensucikan puasa daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan sebarang pelanggaran (dalam bulan Ramadhan) dan memberi makan kepada orang-orang miskin, maka mendatangkan pada zakat fitrah sebelum solat Aidil Fitri, maka zakat itu yang diterima oleh Allah (a.w), dan barangsiapa mengeluarkannya selepas solat itu, maka zakat itu adalah satu sedekah diantara pelbagai jenis sedekah sahaja.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith ini memberi nas dan dalil al-Hadith bahawa zakat fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam dan dikenakan terhadap kesemua ahli keluarga, kecil besar, tua muda, lelaki perempuan, termasuk atas anak yang dilahirkan sebelum solat Raya Fitri. Hendaklah dijelaskan sebelum mulanya solat Aidil Fitri. Lewat dari itu tidak diterima oleh Allah (a.w) sebagai zakat fitrah, tetapi sebagai sedekah biasa. Jelaslah, begitu besarnya pahala zakat fitrah itu jika dikeluarkan sebelum solat Aidil Fitri. Oleh kerana zakat fitrah adalah ketetapan wajib, maka berdosa besar tidak mengeluarkannya. Apa-apa yang dibayar selepas solat Aidil Fitri itu hanyalah dianggap sebagai sedekah biasa (seumpama amalan sunat sahaja). Emas, sama ada dipakai atau tidak dipakai oleh wanita Islam wajar dizakatkan juga.
Selain zakat fitrah, umat Islam juga diwajibkan mengeluarkan zakat setiap tahun. Zakat dikenakan terhadap beberapa sumber rezki yang khusus sahaja. Antaranya adalah zakat bijirin (padi, gandung, barley, ots dan seumpamanya), ternakan (unta, lembu, kibas, kambing, dan seumpanya). Zakat perniagaan juga dikenakan. Tetapi, dalam Islam tidak ada zakat pendapatan.
[Nota: Pihak berkuasa pentadbiran ugama Islam di Malaysia ini membuat ijtihad bahawa zakat pendapatan serta zakat harta juga wajib dikeluarkan. Di dalam syariat Islam tidak ada ketetapan melibatkan zakat pendapatan sebagaimana cukai pendapatan. Begitu juga tentang zakat harta. Tetapi, terdapat apa yang disebutkan berulang kali dalam al-Quran tentang infaq. Infaq adalah mengeluarkan sebahagian harta atau pendapatan (rezki) sejumlah kira-kira 10%, tertakluk pada had maksimum yg diboelhkan 50% nilai harta. Insya Allah kita akan teliti ketetapan Islam mengenai infaq ini kemudian nanti.
Yg utama dalam hubungan Ramadhan adalah zakat fitrah diwajibkan. Selain itu zakat biasa melibatkan hasil bijirin spt padi, beras, gandum, oats, barley yg merupakan makan staples manusia dan buah-buahan seperti tamar dan anggur, ternakan spt kambing, kerbau, lembu, dan unta, dan zakat atas emas dan perak apakala cukup nisabnya, setahun.Selainnya, adalah tertakluk kepada infaq. Infaq tidak ada nisab kecuali ditentukan oleh pihak berkuasa pengurusan jema'ah Islam (i.e. oleh Imam atau Amir atau Khalifah)]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment