Wednesday, August 25, 2010

Tanggungjawab kpd Keluarga

Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg telah berkeluarga, ada tanggungjawab untuk mendidik dan mengurus anak dan isteri supaya menjadi orang yg soleh dan solehah. Tambahan pula ketika anak-anak kita masih belum baligh, segala kebaikan yg dikerjakannya, dia mendapat pahala dan kita juga mendapat pahala. Setelah anak-anak baligh, jika dia buat kebaikan kita dapat pahala dan kalau kejahatan yg dibuatnya, dia berdosa, kita tidaklah berdosa.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Anak-anak itu (tidak ditulis atasnya dosa perbuatan buruknya) sehingga baligh, (apabila baligh) ditulis Allah (a.w) baginya dan tidak kpd kedua ibu bapanya .' [Hadith Ab Ya'la dalam Musnadnya]
Tanggungjawab kedua ibu bapa itu terhadap keluarga, atau anak-anaknya adalah disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan, perintahkanlah pada sekelian ahli keluarga kamu dengan mengerjakan solat dan bersabarlah kamu atas mereka yg mengerjakan solat, tidak meminta Aku (Allah) padamu rezki, (malahan) Kamilah yg memberi kamu rezki dan kemenangan bagi orang yg bertaqwa.' [Ayat 132, Surah Toha]
Allah (a.w) memerintahkan kita supaya menyuruh ahli keluarga kita mengerjakan solat dan hendaklah kita mendidik anak-anak kita yg bersolat itu dgn penuh kesabaran. Kemudian, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebagai ibu bapa, wajib kita mengajarkan anak-anak kita bagaimana bersolat (malah tentang kesemua solat, i.e. berikan ilmu tentang solat) pabila umur mereka mencecah 7 tahun dan jika mereka enggan solat ketika sampai umur 10 tahun, anak-anak itu hendaklah dirotan atau dipukul. Dalam Islam seorang anak lelaki itu dikira baligh ketika sampai umurnya 15 tahun atau keluar mani melalui mimpi atau sudah tumbuh bulu kemaluannya, yg mana dahulu. Contoh: walaupun seorang lelaki itu baru berumur 12 tahun, tapi sudah tumbuh bulu di kemaluannya, walaupun belum mimpi keluar mani, tetap sudah dikira baligh. Anak perempuan dikira baligh setelah mencapai umur 12 tahun atau datang haid, yg mana dahulu. Ketika itu wajib baginya segala yg diwajibkan dalam Islam dan berdosa apabila dia melakukan segala sesuatu yg ditegah Islam. Antara yg diwajibkan mereka kerjakan adalah solat fardu dan puasa.
Diriwayatkan hadith dari 'Amru b Syua'ib hadith dari bapanya hadith dari datuknya yang berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Perintahlah kpd anak-anak kamu sekelian mengerjakan solat dan mereka telah mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka (jika tidak mahu mengerjakan solat) ketika berumur 10 tahun. Dan, pisahkanlah antara mereka (yakni, lelaki dan perempuan) beberapa tempat tidur mereka.' [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Mesej hadith di atas itu jelas: pertama, ajar dan suruhlah anak-anak yg berumur 7 tahun bersolat; kedua, ketika meningkat umurnya 10 tahun, hendaklah dirotan atau dipukul jika tak mau solat; ketiga, asingkanlah anak-anak tempat tidur mereka apakala sudah berumur 10 tahun- lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan. Perintah ketiga itu penting dalam zaman ini terutamanya kerana anak-anak sudahpun pandai membezakan alat kelamin lelaki dan perempuan dan melalui 'pendidikan informal' di sekolah dan luar sekolah, mereka tahu kenikmatan hubungan antara perempuan dan lelaki. Mereka sudah ada keinginan untuk melakukan apa yg dilakukan oleh orang dewasa, antara lelaki dan perempuan. Jika tidak diperhatikan akan timbul abang/adik lelaki bercengkerama dgn adik/kakak perempuan di rumah (yakni, sumbang makhram), tanpa pengetahuan ibu bapa. Ini sudahpun berlaku dan semakin banyak berlaku, kerana kesibukan kedua ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka.
Diriwayatkan hadith dari 'Amru b Said b 'Ass berkata:'Tidak memberi orang tua yg lebih baik dari adab yg baik' [Hadith al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak] [Hadith sahih]
Rasulallah (s.a.w) memebritahu kita bahawa pemberian yg amat berharga atau bernilai oleh kedua ibubapa kpd anak-abaknya adalah adab atau akhlak yg baik sebagais seorang Islam.
Diriwayatkan hadith dari Aba Hurairah (r.a) berkata: 'Mencium Rasulallah (s.a.w) akan Husin b Ali (yakni, cucunya), dan disisi Nabi ada Ikra' b Khabis at-Tamimi, maka berkata Ikra': 'Sesungguhnya aku ada bagiku 10 dari anak, tidak mencium aku dari kalangan mereka seseorangpun.' Maka menoleh Rasulallah (s.a.w) kepadanya, kemudian bersabda: 'Sesiapa yg tidak menyayangi dia (akan anaknya), maka tidak disayangi dia (oleh Allah (a.w).') [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Jelasnya, seseorang yg tidak menyayangi kanak-kanak, maka Allah (a.w) tidak menyanyaginya. Maka dgn itulah Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa setiap yg Islam itu bersaudara. Malah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith lain menyebutkan bahawa seseorang yg tidak mengasihi anak-anak kecil (yg bukan kerabatnyapun), tidak diakui sebagai umatnya!
Pada amnya, semua ibu dan bapa yg waras otaknya pasti menyayangi anak-anaknya dan cucu-cucunya, malah kanak-kanak kecil lainnya. Tapi hari ini, ramai juga bapa atau ibu yg sudah mengambil sifat syaitan dalam dirinya, sehingga sanggup membuang anak/bayi dan sanggup mendera dan membunuh anaknya sendiri. Allah (a.w) melarang orang Islam membunuh anaknya dan melarang membunuh orang Islam lain. Allah (a.w) melarang orang Islam mengambil nyawanya sendiri. Tapi, hari ini orang yg mengakui dirinya Islam telahpun lakukan apa yg ditegah oleh Allah (a.w).
Maka kerana membunuh anak atau isteri atau orang Islam lain atau kerana membunuh dirinya sendiri, maka orang yg sedemikian itu telah menempah tempat tinggal dalam neraka, wal iya zubillah. Mudah-mudahan kita tidaklah dipesongkan Allah (a.w) untuk melakukan sedemikian. Semoga Allah (a.w) memberikan kita kesabaran dan kekuatan untuk mendidik keluarga kita menjadi orang yg soleh dan taatkan Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment