Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidil Fitri: Siapa yg Untung dan Siapa yg Rugi?

Assalamualaikum,
Saudara, hampir 3 minggu penulis tidak menulis dalam blog ini, kerana tiada di dalam negara kerana suatu urusan akhirat. Namun, masih tidak terlambat untuk mengucapkan kpd saudara yg mengikuti blog ini 'Selamat Menyambut Aidil Fitri' yg merupakan hari kejayaan bagi umat Islam yg beriman dan bertakwa.
Sebenarnya, salutation dalam Islam bagi orang Islam dan iman kpd orang Islam dan iman yg lain adalah kalimah 'Taqaballahu minna wa-minkum' [Maksud: Semoga Allah (a.w) memakbulkan (yakni, menerima dan memberi ganjaran pahala terbaik) segala ibadah dan amalan dalam bulan Ramadhan bagi diriku dan bagi diri kamu sekelian]. Kerana itulah yg kita harapkan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Hari raya (Aidil Fitri) adalah mercu tanda kegembiraan mereka yg benar-benar berpuasa: dibebaskan dari neraka kerana berpuasa dengan sepenuh keimanan dan keinsafan serta mengharapkan pahala terbanyak dan terbaik dari Allah (a.w). Maka orang-orang yg sedemikian itu merayakan tamat Ramadhannya dgn bergembira kerana mereka tahu dan merasakan telah berjaya mendapati kurnian Allah (a.w) itu.
Orang Islam itu dikatakan beriman dan bertakwa apakala dia dengan penuh istikamah mengerjakan solat fardu dan ditambah pula dgn solat-solat sunat pada malam dan siang harinya, apabila dia berpuasa dan ketika berpuasa berusaha menjaga pancanderanya -mulut, telinga dan mata serta naggota fisikal yg lainnya dari melakukan sesuatu kemaksiatan. maksiat mulut adalah kerana berkata-kata bohong dan dusta, mencaci dan memaki dan bercakap sesuatu yg tidak mendatangkan faedah kpd diri sendiri dan kpd orang lain; mata melihat sesuatu yg tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri dan mendatangkan pula keburukan kerana melihat kemaksiatan; dan telinga ketika mendengar kemaksiatan serta kata-kata cerca, kotor, borak-borak kosong dan sebagainya. Orang Islam yg beriman dan bertakwa itu disuruh bercakap hanya kalau mendatangkan faedah dan kebaikan semata-mata. Dan jika tiada sesuatu kebaikan termungkin dari cakap-cakap itu, lebih baik kita diam atau tutup mulut. Ada orang suka bercakap, apa saja. Ada orang bukan saja suka bercakap, tapi bercakap sesuatu yg mendatangkan dosa. Mencaci hamun, memaki dan memfitnah, mengumpat dan seumpamanya membatalkan segala pahala puasa ketika kita berpuasa! Yg kita dapat hanyalah kelaparan dan kedahagaan sahaja, tiada pahala. Maka dalam keadaan sedemikian itu, maka kita tidaklah berjaya menjadi orang yg dibebaskan dari dosa sepanjang tahun lalu (tahun Hijriah 1431) kerana dosa-dosa kita tidak terampun ketika tamatnya Ramadhan. Allah (a.w) janjikan penganmpunan kpd kita yg berpuasa dengan penuh rasa ingin mencari pahala dan kurnian Allah (a.w), kerana puasa yg terbaik itu membebaskan kita dari api neraka. Malangnya, ramai antara kita yg gagal mendapat kejayaan tersebut!
Ada orang Islam yg beriman dan tinggi darjah ketaqwaannya akan mencuba melakukan amalan dan ibadah berikut dalam bulan Ramadhan, iaitu bermusafir ke Mekah:
1. Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan - diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w);
2. Bersolat sunat dua rakaat di Masjid Qubah - diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan satu umrah;
3. Memperbanyakkan ibadah dan amalan fardu dan sunat di Masjidil Haram ketika berada di Mekah - diberi gandaan pahala 100,000 kali ganda amalan yg sama jika dibuat di lain-lain masjid;
4. Ketika di Masjidil Haram Allah (a.w) taburkan kerahmatan sebanyak 120 rahmat siangnya dan malamnya - diberi kpd mereka yg mengerjakan tawaf sunat (40 kerahmatan), bersolat sunat (40 kerhamatan) dan melihat Ka'bah sambil berdoa (20 kerahmatan) pula;
5. Mengerjakan Tawaf sunat dan kemudian bersolat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dgn membaca Doa Nabi Adam (a.s) - diperkenankan oleh Allah (a.w) segala permintananya dalam doa tersebut;
6. Berusaha supaya dapat mengerjakan tawaf sunat [Nota: satu set tawaf sunat itu adalah termasuk solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim] sebanyak 50 kali ketika berada di Mekah, maka diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w)
7. Menambah bekalan pahala sebagai simpanan akhirat apakala beriktikaf di dalam Masjidil Haram pada malam 10 terakhir Ramadhan sambil mengerjakan solat-solat malam, spt tahajjud dan sebagainya ketika malamnya, berzikir, membaca al-Quran, berwirid dan berdoa, mendapat gandaan pahala serta keberkatan yg tinggi dan kemakbulan doa.
Dan, jika menemui Lailatul-Qadr ketika di Mekah maka mendapat bonos terbaik ibadah dan amalan kerana diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan amaln ibadah yg baik-baik selama 1,000 bulan atau 83.3 tahun dan termasuk dalam golongan orang yg tidak berdosa dalam hidupnya! Itulah ganjaran terbaik yg boleh didapati atau dikurniakan oleh Allah (a.w) kpd umat Muhammad!
Segala-gala peluang yg disebutkan di atas itu sudah berlalu bagi kita hari ini, kerana Ramadhan telah berlalu. Entah mungkin ataupun tidak kita menemui Ramadhan di tahun hadapan. Kalau kita ketemui, maka kita berpeluang utnk melabur untuk aklhirat kita, jika tahun ini kita gagal melabur. Jika tidak, maka terlepaslah peluang untuk mendapat pulagan pahala terbaik...
Namun, hari ini bari 5 Syawal - masih ada 25 hari lagi Syawal yg memungkinkan kita mengerjakan puasa sunat - Puasa Enam - dalam bulan Syawal. Sesiapa yg berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kemudian disambung dgn berpuasa Puasa Enam hari dalam bulan Syawal, Allah (a.w) berikan ganjaran pahala seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun! Begitu generousnya Allah (a.w). Kita puasa 30 hari dalam bulan Ramadhan dan ditambah hanya 6 hari dalam bulan Syawal (30+6=36 hari) kita dapat ganjaran pahala seumpama berpuasa 365 hari = setahun. Memanglah kita bodoh atau memanglah kita tidak yakin dgn akhirat, kalaulah kita tidak manfaatkan kemurahan Allah (a.w) kpd kita!
Mungkin ada sudara kita yg perempuan berkata bahawa mereka tidak mungkin dapat ganjaran seumpama kaumlelaki kerana, bagi seorang perempuan yg sihat, dia akan haid setiap bulan. Maka dgn itu dia tidak dapat berpuasa selama 7 hari dalam bulan Ramadhan. Namun, keistimewaan itu tetap untuk kaum wanita juga kerana walaupun dia haid dan tidak boleh berpuasa selama seminggu dalam bulan Ramadhan, dia tetap diberi ganjaran ahala sebagaimana lelaki, jika dia berpuasa penuh (selain hari-hari uzur itu) dan kemudian ditambah dgn enam hari dalam ulan Ramadhan. Justeru itu, bagi saudara ita yg perempuan, silakanlah mencari peluang terbaik untuk mendapat ganjaran pahala bekalan akhirat dgn mengerjakan puasa Enam Hari dalam bulan Syawal ini.
Oleh itu, saudara usahakanlah berlapar dan dahaga untuk 6 hari lagi untuk mendapatkan -pahala tersebut. Demi akhirat kita. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan jiwa dan kemantapan iman untuk melaksanakan puasa Enam dalam bulan Syawal ini, demi untuk kebaikan diri kita sendiri. Yg untung bukan orang lain, tapi kita sendiri.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment